CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18920|Reply: 40

SAMARINDA : MIRANDA [FASHA SANDHA, DAZRIN]

[Copy link]
Post time 19-1-2014 07:43 PM | Show all posts |Read mode
SAMARINDA
"MIRANDA'





Along berkata, sebagaimana Menjinak Ombak, dia turut memberikan sentuhan terbaik buat drama yang membariskan ramai pelakon popular antaranya Fasha Sandha (Miranda), Dazrin Kamarudin (Ammar), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Shukri), Zila Bakari (Datin Rina), Roy Azman (Datuk Salleh) dan Fauzi Nawawi (Fezrul) ini.

“Konsep drama dalam Samarinda ialah korporat. Bagaimanapun, kelebihannya cerita ini ada babak di kampung. Jadi, saya banyak mainkan panorama kampung seperti rumah kampung di Melaka.

“Ini kelainan yang ditampilkan dan saya cuba buat perubahan. Pihak TV3 juga tiada masalah menerima pembaharuan yang dibuat,” katanya.

Meneliti judul dramanya, konsep drama ini seolah-olah diambil dari telenovela Latin. Namun, Along menafikannya kerana Miranda dibuat mengikut acuan sendiri.

“Miranda tak meniru mana-mana drama. Ia bermula dengan karakter Miranda yang berasal dari kampung dan menceburi dunia korporat. Perkembangan jalan cerita dan kombinasi dengan setiap watak memang menarik dan penonton pasti akan seronok mengikuti kisahnya,” katanya.

Along berkata, mereka terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan penggambaran mengikut masa ditetapkan bagi mengejar masa tayangan.

Sehubungan itu, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, dia mengamalkan konsep penggambaran mengikut blok iaitu menghabiskan semua babak di satu lokasi sebelum berpindah ke lokasi lain.

“Kami terpaksa buat begini kerana ia lebih pantas. Saya juga tak suka penggambaran berlarutan selepas jam 12 malam dan lebih senang bermula sebelah pagi. Saya akan siapkan dalam 15 hingga 18 babak sehari dan selepas itu arahkan pelakon balik untuk berehat kerana mahu mereka cukup tidur,” katanya.

Menurut Along, kebiasaannya episod awal sesebuah drama baru agak sukar menarik perhatian penonton seperti mana drama Menjinak Ombak.

“Mulanya ia perlahan tapi lama kelamaan jadi sebutan ramai. Apapun, bagi saya watak Miranda sendiri akan buat peminat mengikuti drama ini. Wataknya lain daripada drama Natasha yang menaikkan Fasha, cuma ia akan jadi ‘comeback’ buatnya untuk lebih diminati ramai,” katanya yang pernah bekerja dengan Fasha menerusi drama Cinta Elysa.


Sinopis

Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

  Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

  Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

  Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

  Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya.

Nantikan drama bersiri 15 episod ini bermula pada 22 January 2014 pada setiap hari Selasa hingga Khamis (perubahan siaran mulai January 2014) pada jam 10 malam di slot Samarinda TV3 selepas berakhirnya drama Istidraj Cinta.



Last edited by eddlisa_uyuk on 5-2-2014 10:17 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2014 07:51 PM | Show all posts











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dazrin sgt tak hensem... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
citer istidraj tu bosan sangat
rasa macam ntah apa2 watak johan asari ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 03:20 PM | Show all posts
adelea posted on 20-1-2014 08:46 AM
citer istidraj tu bosan sangat
rasa macam ntah apa2 watak johan asari ...

mmg pon..memula igt best..tp bila dh follow xbest pom..pelikkan org buta tp leh solek pakai lipstik cantik2...logik ke?..xnampak mcm org kg..rita rudaini..cuba tgk nabil kat citer balqis..muka mmg org kg..nampak real jer,..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:49 PM | Show all posts
dazrin ok la kot...
sejak dia belakon cite cinta pandang kedua, mcm best dia belakon..

fasha mcm nmpak tua sbg heroin...

miranda ni ada ke nama org melayu...

teringat telenovela latin dulu2 byk guna nama miranda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2014 08:11 AM | Show all posts
mycute posted on 20-1-2014 09:49 PM
dazrin ok la kot...
sejak dia belakon cite cinta pandang kedua, mcm best dia belakon..

tgk iklan....tgk jap je ada dazrin nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 05:03 PM | Show all posts
mlm ni start kan..wah mesti tgk ni...nk tgk fasha...suke suke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 21-1-2014 08:11 AM
tgk iklan....tgk jap je ada dazrin nih....

Takde pon citer miranda...tvt3 tipooooo
Cita pistachio dayana ke bwnde tahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:12 PM | Show all posts
Ha 'ah la... td abes lestary, iols nk try jgk la tgk citer ni..alih2 pistachio dayana  plk yg ditayangnya? Motip?? Bkn ke miranda nii dah promo apa semua eyh?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2014 01:17 AM | Show all posts
tiewa posted on 23-1-2014 10:12 PM
Ha 'ah la... td abes lestary, iols nk try jgk la tgk citer ni..alih2 pistachio dayana  plk yg ditaya ...

baca kat IG fasha.....akan masalah teknikal sikit....miranda akan tayang feb nnti.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:34 AM | Show all posts
Fasha nampak tua utk berganding dgn Dazrin yg bermuka jambu ni..
Dah mcm adik ngan kakak...

Mcm drama Sam dgn Fazura dulu tu...mencari cinta ke apa tah tajuknya
Gandingan yg kureng sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:45 PM | Show all posts
Muka fasha bulat sangat dlm cerita ni and betullah nampak tua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero cam x seswai je
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 09:28 AM | Show all posts
uda posted on 5-2-2014 09:45 PM
Muka fasha bulat sangat dlm cerita ni and betullah nampak tua.

btol fasha muke nmpk tua dlm cite ni..plus gemok n fesyen ntah apa2 dia bwk dlm cite ni...yg plg sedey fasha cm org baru berlakon..control gler lakonan dia..why fasha why fasha..pulangkan fasha yg dulu (poyo )
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 11:10 AM | Show all posts
fasha dh xsesuai jadi herion muda remaja..muka dia nmpak matured plus badan still berisi..pastue dressing masa kat kg mmg xkne lnsung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2014 12:11 PM | Show all posts
x best laa fasha sedeh mcm x sedeh tp berjuraian air mata tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 10:39 AM | Show all posts
tgk trailer tp cam sendu je citer nie ??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 01:18 PM | Show all posts
Episode 1 tu tengok skip skip. Banyak menjerit je drama ni. Mcm tak best sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 10:49 PM | Show all posts
sapa yg jadi melly tuh??? tah apa2....tak pandai lakon je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.171942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list