CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10240|Reply: 23

AKU ADA WALI [SELASA 10 MLM][Siti Saleha, Zahiril Adzim]

[Copy link]
Post time 25-1-2014 10:03 PM | Show all posts |Read mode

Drama bersiri Aku Ada Wali akan memulakan penyiaran mulai 14 Januari 2014 di Tv AlHijrah. Berbeza mengikut trend kini yang mengadaptasi Novel kepada drama, drama sebanyak 13 episod ditayangkan terlebih dahulu sebelum novelnya dikeluarkan di pasaran. Penulis novelnya ialah Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga seorang penulis novel Seindah Mawar Berduri. Drama ini menampilkan beberapa pelakon tersohor seperti Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Menarik juga boleh diperhatikan melalui drama ini, dimana lokasi pengambaran dilakukan diluar negara iaitu Seoul dan Busan. Pengarah drama ini ialah Aidilfitri Mohamed Yunos.

Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Tarikh : 14 Januari 2014
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2014 10:05 PM | Show all posts
tertenguk cite ni...
best.. lawak pun iyer.. cari2 benang cite nih tade plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:09 PM | Show all posts


trend terbaru industri hiburan kini menyaksikan penerbit berlumba-lumba menghasilkan drama daripada adaptasi novel popular. Tidak terkecuali mengambil pendekatan ini, Tsar Asia Sdn Bhd yang menghasilkan drama daripada novel Aku Ada Wali karya Fatimah Syarha Mohd Noordin yang menemui penonton menerusi TV Alhijrah pada penghujung Disember ini.Penerbitan drama di stesen TV itu mempunyai syarat tersendiri, namun pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos tidak melihatnya sebagai masalah besar. Apatah lagi dia sudah kerap mengarahkan drama antaranya berjudul Nikalaya.




“Untuk kali ini pendekatannya berbeza kerana ceritanya sangat lain. Aku Ada Wali adalah kisah moden bergenre romantik komedi serta ada nilai intelektual. Sebelum ini saya pernah mengarah cerita Janji Adam tapi ini kali pertama saya arahkan drama yang berkonsep remaja.

“Drama ini berlainan sikit kerana barisan pelakonnya Siti Saleha, Zahiril Adzim, Shawal Ruslan, Puteri Chi Chi dan ramai lagi bukan pelakon komedi tapi kena bawa karakter komedi. Bagaimanapun, mereka mampu lakukannya dan komedi yang ditampilkan bukan slapstik,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
ANTARA babak menarik dalam Aku Ada Wali.



Menurutnya, sebagai pengarah dia tidak mahu terlalu mengikat pelakonnya dan membiarkan mereka selesa membawakan watak komedi masing-masing di atas landasan yang ditetapkan.

“Saya lebih suka setiap mereka berlakon spontan kerana setiap watak ada jalan cerita dan karakter berbeza. Saya nak mereka tafsirkan sendiri watak yang diberi dan melakonkannya. Pihak AlHijrah ada sukatan tersendiri terhadap drama yang disiarkan menerusi stesen mereka, namun drama ini agak santai dan tak terlalu berat dengan unsur agama.

“Bagaimanapun, Aku Ada Wali tetap berada di landasan yang dipersetujui sebelum ini. Naskhah ini kuat kerana memaparkan pendirian seorang gadis dalam menanti jodohnya. Bagusnya cerita ini tiada hero kerana melebihkan fokus pada heroin. Syarat yang ditetapkan oleh AlHijrah sangat membantu pembikinan drama ini,” katanya.


Penggambaran di Korea

Selain Malaysia, drama 13 episod ini turut mencatat sejarah tersendiri kerana menjalani penggambaran di Korea Selatan selama 15 hari.

“Penggambaran di Korea menggunakan lokasi yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia serta penuntut kita di sana. Kami mendapat bantuan daripada pihak pelancongan Korea Selatan untuk mendapat lokasi yang menarik di sana. Selain Seoul, Busan juga menjadi lokasi penggambaran drama ini.

“Penggambaran di luar negara serta barisan pelakon hebat di dalamnya menjadikan kos yang dikeluarkan agak besar. Namun kami beruntung kerana mendapat kerjasama beberapa pihak seperti Pelancongan Korea dan AirAsia,” katanya.

Penerbit Tsar Asia Sdn Bhd, Wan Sariah Wan Jaafar pula menjelaskan ada kelainan di sebalik pembikinan drama ini kerana drama ditayangkan terlebih dahulu sebelum disusuli novel ini di pasaran.

“Idea ini dibincang bersama dan tercetus daripada Fatimah sendiri yang pernah menulis novel popular, Seindah Mawar Berduri. Saya setuju kerana yakin dengan kemampuannya untuk menarik perhatian peminat. Apatah lagi Fatimah mempunyai peminatnya tersendiri.

“Sebelum ini syarikat saya sudah menghasilkan beberapa program berkonsep majalah dan bual bicara untuk Al-Hijrah. Ini kali pertama kami diberi peluang menghasilkan drama bersiri, jadi tentunya kami tak mempersia-siakan peluang yang diberikan ini.

“Disebabkan itu, saya memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha dan Zahiril Adzim untuk menunjukkan kelainan kepada penonton. Saya juga tak kisah keluarkan kos yang lebih untuk penggambaran di luar negara. Selalunya orang pilih negara Asia Barat untuk drama sebegini tapi saya pilih Korea Selatan untuk cari kelainan kerana di sana pun ramai pelajar Malaysia.

“Kita dapat lihat pelajar di sana menuntut dalam pelbagai jurusan antaranya undang-undang dan seni bina kejuruteraan tapi mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.

Secara jujur, Sariah mengakui beruntung dapat mengambil Siti Saleha berlakon dalam drama ini kerana namanya dikatakan memuncak. Secara tidak langsung tempias popularitinya membuatkan peminat menonton drama ini apabila ditayangkan nanti.



Last edited by qis13 on 25-1-2014 10:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:13 PM | Show all posts

Sinopsis:

Aku ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan.
Syumaila seorang pemimpin pelajar yang sibuk dengan pelajaran, program persatuan dan usrah sertasukan. Keutamaan juga adalah fokus mencinta Allah. Cinta kepada Allah itulah menjadi motivasi untuk mencintai ilmu, dan memimpin warga kampus.
Syumaila melanjutkan pelajaran ke Korea bersama-sama Syifa dan Zahira. Naim yang juga pelajar di kolej sama dengan Syumaila menaruh hati padanya dan mencuba pelbagai cara memikat Syumaila. Namun,Syumaila teguh pendirian dan menolak cinta Naim.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2014 10:15 PM | Show all posts
Aku ada WALI episod 1

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:17 PM | Show all posts
Aku ada wali episod 2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2014 10:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 10:59 PM | Show all posts


novel aku ada wali karya ustazah fatimah syarha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 11:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 11:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2014 11:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 04:10 PM | Show all posts
OST aku ada wali
Cinta Sesungguhnya..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2014 08:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2014 08:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 04:35 PM | Show all posts
layan gak cite ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 07:56 PM | Show all posts
kupu2siang posted on 3-2-2014 04:35 PM
layan gak cite ni..

saya suka naim tu... lawak... n berlakon pun best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 07:58 PM | Show all posts
Aku ada wali episod 3

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 08:35 AM | Show all posts
qis13 posted on 3-2-2014 07:56 PM
saya suka naim tu... lawak... n berlakon pun best

aah..cute je biasa sy tgk on9 je sbb nak tgk bkn kerana aku x cinta tgk cite ni sbb ada kuiz
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.498878 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list