[size=0.9em]Perut buncit boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri terutama ketika dalam khalayak ramai. Masalah ini biasa dialami sama ada lelaki atau perempuan tidak kira tua atau muda. [size=0.9em]Bagaimanapun, mengatasi masalah itu bukan mudah kerana ia perlu seiring dengan diet pemakanan serta senaman yang konsisten.
[size=0.9em]Seperti yang diketahui, senaman tidak kiralah sama ada berbentuk fizikal kardiovaskular atau membabitkan otot memang bagus untuk kesihatan.
Bagi yang mahu me-ngempiskan perut, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menguat-kan otot di kawasan abdomen. [size=0.9em]
Untuk membakar lemak di perut pula, lakukan apapun senaman yang membolehkan kadar denyutan jantung tinggi dan metabolisme badan bergerak laju. [size=0.9em]
Dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak yang terkumpul dalam badan juga akan berkurangan.
Senaman tekan tubi atau ‘crunches’ yang membabit-kan pergerakan perut pula boleh menguatkan otot di bahagian itu.
Bagaimanapun, harus diingat senaman berkenaan tidak akan mengempiskan perut dengan segera. Ia ha-nya membantu menguatkan dan menimbulkan bentuk otot abdomen selepas lapisan lemak yang menyelaputinya disingkirkan.
Minggu ini, Pengurus Dream Fitness di Kompleks Sukan Airport Nilai Maz Marlisa Mohd Muslim dan jurulatih kecergasan Muhajjatin Jamilah Abdulah berkongsi cara senaman bagi menguatkan otot bahagian abdomen yang boleh dilakukan bersama rakan.
Senaman ini bukan saja dapat membantu menguatkan otot di bahagian abdomen malah mempunyai kesan baik kepada otot paha dan lengan.
Seboleh-bolehnya, cuba luangkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk melakukan senaman ini yang bukan hanya boleh mengeluarkan peluh, malah memberi kesan positif terhadap gaya hidup kita.
sumber : HMETRO
|