View: 40458|Reply: 291
|
Berdialog Dengan Jin [U]
[Copy link]
|
|
Sambungan Putri Berkuda Putih
@clarizsa @miss_rose @popotalks @aKudaRikayanGan
HILANGNYA KUNYIT HITAM
Salim dan Arif sedang duduk santai sambil minum petang . Salim bercerita tentang perjalanannya naik ke gunung bertemu Ayahanda tempoh hari. Arif begitu khusyuk mendengar sehinggalah Salim mengutarakan tentang buah tangan pemberian Putri Milofa yang ditanya oleh Ayahanda sebelum dia turun dari gunung.
"Bang, saya cuba ingat semula di mana saya simpan pemberian itu" jawab Arif sambil dahinya berkerut-kerut kebingungan. Lalu Arif bingkas masuk ke rumah. Semua ceruk ruang digeledah dan segala lipatan kain diselak untuk mencari hadiah istimewa itu.
Salim selayaknya sebagai seorang abang, penasihat dan teman hanya tenang duduk di beranda rumah; menunggu sambil melihat tingkahlaku Arif. Peribadi Salim seorang yang lembut tetapi tegas. Badannya yang sasak, kulit gelap, bermisai hitam persis penampilan pegawai polis, tentera atau seorang ahli bela diri.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Arif keluar semula menemui Salim.
"Benda tu dah tiada, hilang dah bang... aduuuh" keluh Arif.
Salim punya firasat yg tersendiri akan kehilangan benda yang di berikan oleh Putri Milofa
"Saya tahu. Sekiranya barang sudah tiada dalam tangan abang, ini memberi makna yang baik" Salim menambah.
"Tolong jelaskan bang" desak Arif.
"Baiklah. Ini petandanya sudah sampai masa untuk menyunting dan seterusnya menikah dengan Putri" ulas Salim dengan lebih lanjut.
Berkerut bulu mata Arif sambil merenung ke langit, seolah-olah percaya tidak percaya mendengar penjelasan Salim.
Begitulah sifat Salim, hujahnya ikhlas. Kata-katanya bersahaja seperti dia mengetahui hal-hal yang orang lain tak tahu.
"Macam mana saya boleh nikah dengan Putri?" tanya Arif lagi
"Barang itu kan adik tak jumpa, TIDAK bererti hilang. Barang itu dah diambil semula oleh Putri Milofa; dibawa ke gunung untuk dijadikan mas kahwin semasa pernikahan adik nanti" jawab Salim.
Perasaan Arif menjadi agak gementar bercampur gembira bagaimana hal ini boleh berlaku. Semasa perbincangan mereka berdua, rupa-rupanya Putri Milofa turut berada di situ, beliau mendengar sambil tersenyum gembira menunggu saat bahagia akan tiba.
Bersambung... 5# Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:12 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanx tt sbb tag...
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel or what?
Saya tak kisah kalau anda berminat untuk berkarya di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Segala yang saya telah, sedang dan akan publish adalah KISAH BENAR, bukan rekaan imaginasi saya. Saya telah diamanahkan sebagai chronicler oleh watak utama dalam kisah berkenaan. Mereka ingin berkongsi segala cerita adventure mereka di alam ghaib. EXCLUSIVE only on my blog and cari.com.my forum.
Di board lain, walaupun thread mencapai 1,000+ view, saya telah diperlekehkan, dipersoalkan, disingkirkan, dan akhirnya di LOCK tanpa diberi peluang untuk menjawab.
Oleh yang demikian, terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan Mod kerana membenarkan saya posting di sini. Walaupun bahasa melayu saya tak seberapa, saya cuba pastikan posting di sini berkualiti taraf novel. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa baik pihak tuan. |
|
|
|
|
|
|
|
@Shahreen74
FERI DILANDA BADAI
Sebagaimana yang dirancang, Salim & Arif bertolak menaiki feri. Mereka berhajat menuju ke gunung untuk menemui Ayahanda bonda lalu menyunting Putri Milofa menjadi isteri Arif.
"Eh bang, kenapa langit tadi cerah tiba-tiba gelap macam hendak hujan lebat?" kata Arif yang khuatir dengan perubahan cuaca yang mendadak.
"Ya dik, mari kita berdoa untuk yang terbaik" Salim menjawab.
Keadaan menjadi semakin membimbangkan, kilat dan halilintar sabung-menyabung, gelombang laut semakin besar. Feri seolah-olah bola kecil yang tidak berdaya di lambung ombak. Para penumpang yang riuh menjadi sunyi sepi. Di benak hati masing-masing mula risau semacam apakah sudah sampai ajal mereka hari ini. Feri tenggelam timbul di mamah air hingga ke bumbung.
"Bang, ikut adat dengan ombak seperti ini feri akan tenggelam" kata Arif.
"Ya dik, tapi moga-moga kita selamat sampai ke tujuan kita" Salim cuba meyakinkan Arif.
Feri terus meluncur seolah-olah ombak yang besar tidak menjadi halangan untuk terus ke depan. Salim menoleh ke bxxxtan feri, sambil mengerut-ngerutkan matanya cuba memfokus akan sesuatu.
"Ada apa bang?" Arif mencelah.
"Lihatlah di belakang feri ini, siapakah mereka" ujar Salim.
Dua beradik itu terpegun melihat mereka bagaikan diekori oleh bala tentera yang lengkap bersenjata keris, tombak dan panah. Beribu-ribu bilangannya, menaiki kenderaan masing-masing mengiringi feri di sepanjang perjalanan.
"Maha Besar Allah yang menjadikan makhluknya di alam sana berbagai rupa dan bentuk. Ada yang menunggang berkuda, ada yang menaiki burung besar, ada pula yang menaiki naga. Ya Allah, kau Maha Hebat" berulangkali Arif memuji kebesaran Tuhan akan kejadian itu.
Arif dan Salim semakin asyik memerhatikan pasukan pengiring dari alam lain itu, berpakaian lengkap serba indah sama ada yang terbang di udara atau bergerak di permukaan air, hinggakan dua beradik itu tidak perasan yang ombak dan kilat telah pun reda.
"Bang, cuba lihat di sebelah kanan, siapa yang sedang melambai tangan" kata Arif kepada Salim.
"Eh, itu kan Putri Ratni, wah manisnya senyuman dia, rupa-rupanya dia mengiringi kita" Salim menjawab puas.
Perjalanan bertambah lancar sehingga ke destinasi. Setibanya di tanjung, putri melambai tangan seolah-olah mengucapkan selamat sampai kepada mereka berdua. Begitu jua semua makhluk alam lain yang mengiringi feri sejak tadi, melambai-lambaikan tangan lalu beredar terus hilang dari pandangan .
"Ayuh bang, kita atur untuk naik gunung" ajak Arif yang sudah teringin melihat Ayahanda bonda.
Salim mengangguk saja kerana lega setelah menempuh perjalanan yang unik tadi. Apa pula ujian lain yang akan mereka lalui apabila berhadapan dengan Ayahanda bonda untuk menyunting Putri Milofa
Bersambung... 14# Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:14 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Taknak komen part benar atau tidak.
Cuma, kalau tak keberatan, boleh tak letak nama pada watak istead of Puteri M, Pakcik S, Makcik A, TUVW...
Letak lah nama apapun walau bukan nama sebenar.
Agak terganggu kalau baca tanpa nama...
Thanks.
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sedara salah masuk board kot...biasanya pengalaman mistik begini ada aje kat CARI MPS (Misteri, Paranormal & Sakti)...di sana ramai aje yg berpengalam seperti sedara...
Ada juga forumer yg dah nak bukukn kisah benarnya...
Apa pun teruskan menulis ya... dan setuju kalau lebih baik jika abjad tersebut digantikn saja nama tp letaklah bukan nama sebenar...saya mmg suka genre macm nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Merujuk kepada isu berkenaan, berpandukan perbincangan panjang lebar saya bersama tuan punya cerita S & A, ada maklumat alam ghaib yang perlu ditapis (seperti nama sebenar yang hanya di letakkan alphabet).
Walaubagaimanapun, jika beliau membaca maklumbalas baik dari tuan/ puan, moga-moga saya berjaya memujuk beliau untuk memperbaiki situasi ini untuk memudahkan pembaca sekalian. Terima kasih atas komen2 bernas dari semua. |
|
|
|
|
|
|
|
....dah ada kat MPS rupanya... penggunaan bahasa puncanya...guna bahasa santai aje sedara.... kalu betul ini bukan kisah sedara mmg elok minta kebenaran empunya diri...takut jadi isu lain pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sambungan.. |
|
|
|
|
|
|
|
para pembaca yang dihormati, jika benar-benar asli mengikut sumber lisan tuan punya cerita, gaya bahasanya mirip perfileman Jalan Ampas jika tidak silap saya zaman 60-an, 70-an.
Setiap kali pre-publish meeting, gaya bahasa final product telah saya tone down untuk memudahkan pemahaman generasi mainstream sekarang.
Continual improvement akan sentiasa dibuat berdasarkan maklumbalas di thread, di fb atau di blog
Last edited by saudagaralam on 28-5-2014 05:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih saudagarmalam sebab tag nama saya...
macam tak cayer je uols sudi tag iols...
smbung2 story yer...tak sabar nak tahu kisah selanjutnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya episod dah bersusun ni, In Shaa Allah saya cuba update 2 kali seminggu. Sharing is caring.
Encik S pesan hold on to your seats, more revelations coming soon
Last edited by saudagaralam on 29-5-2014 02:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
@sranua
MAWAR MERAH BERTUAH
Setibanya di pelabuhan, sambil melihat ke langit Salim berkata kepada adiknya "Syukurlah kita dah selamat, ayuh kita teruskan perjalanan"
Dua beradik terus bergerak menuju ke rumah Ayahanda yang dititipkan untuk menjaga Putri di gunung. Ketibaan mereka disambut oleh ramai anak-anak gunung yang sedia menunggu untuk menemani mereka berdua di puncak gunung. Semua dah berkumpul untuk membincangkan persiapan awal.
"Kalian harus mencari sekuntum mawar merah yang berbunga sulung" arah Ayahanda kepada dua beradik berkenaan. Salim dan Arif menganggukkan kepala tanda faham.
"Bang, di mana kita hendak mencarinya?" Arif berbisik perlahan kepada Salim.
Salim memberanikan diri lalu bertanya pada Ayahanda.
"Di mana kita hendak mencarinya ya Ayahanda?" kata Salim sambil tunduk.
"Ada" jawab Ayahanda pendek.
Mereka diberi petunjuk untuk mencari bunga tersebut di rumah Pak Selamat yang tidak jauh dari situ. Mereka dikehendaki memohonnya dan dilarang sama sekali mengambilnya tanpa izin Pak Selamat.
Sesampainya di rumah itu, ternyata memang ada sekuntum mawar merah yang masih segar. Arif sendiri yang memohon dan memetiknya. Mereka mengucapkan terima kasih pada Pak Selamat dan terus pulang menemui Ayahanda .
Bunga diletakkan di atas pingan putih kecil yang sudah disediakan oleh Ayahanda. Lalu Salim dan Arif mohon untuk keluar berbelanja barang makanan untuk majlis yang akan diadakan selepas Asar .
Lepas Asar, semua siap berkumpul. Ayahanda dan bonda, Putri Milofa dengan bertudung selendang berwarna emas, berpakaian serba kuning lengkap dengan mahkota gemerlapan duduk bersimpuh lembut. Matanya yang tajam berwarna biru begitu cantik, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sedangkan Arif berasa kewalahan kerana hanya berpakaian biasa dan berbaju t.
Ayahanda menikahkan Putri Milofa dengan pasangannya Arif. Peristiwa ini bersaksikan Salim. Ramai tamu yang hadir, mereka ikut bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan selamat. Ayahanda menutup acara dengan membacakan doa selamat.
"Syukur, sayang dah menjadi isteri abang sekarang" kata Arif kepada Putri Milofa.
Putri Milofa memegang erat tangan Arif dan menatap wajahnya dengan manja, lalu berkata
"Bang, saya ingin balik ke rumah Ayahanda kandung kerana hati ini ingin melihat suasana di alam sana"
Tanpa ragu-ragu, Arif memberi keizinan "Baiklah yang, sampaikan salam abang pada ayah ya"
Putri Milofa melepaskan genggaman tangannya dari Arif, berlalu pergi dan hilang sekelip mata.
Arif bercerita kepada Salim akan perbualannya dgn Putri Milofa.
"Lain kali jangan kirim salam saja untuk Ayahanda" nasihat Salim kepada Arif.
"Seharusnya adik kata begini kepada Putri; Abang ni macam mana? Abangkan suami sayang"
"Nescaya Putri akan bawa bersama ke istana kayangaan milik ayah mertua adik tu. Bercakap dengan makhluk ini kena belajar cara-caranya" terang Salim dengan panjang lebar.
Arif berasa terkilan kerana salah menjawab ajakan Putri dan berazam tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Dia tidak mahu ditinggal berseorangan. Arif berharap putri akan segera kembali ke pangkuannya untuk berbulan madu bersama.
Bersambung... 21# Last edited by saudagaralam on 16-6-2014 01:15 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa masalahnye nak gantikan A dan S tu kepada nama rekaan?
guna aje la nama yg common kalo takut sagt org tahu A tu sapa S tu sapa..
Ani, Ana, Samad, Sout, Sabri...
sangat potong mood bila baca cerita yang wataknye A,B,C,D,E,F |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 30-5-2014 11:58 AM
apa masalahnye nak gantikan A dan S tu kepada nama rekaan?
guna aje la nama yg common kalo takut s ...
Kan? Macam baca gossip retis lak.
Saudara saudagar,
Di harap 'tuan punya cerita' benarkan penggunaan nama. Letaklah Samad, Salleh, Aiman ke hapa ke. Rasanya, pihak di sana takkan keberatan dan saya yakin, kisah yg cuba diceritakan lebih mudah difahami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-5-2014 12:06 PM
Kan? Macam baca gossip retis lak.
tiba2 terbyang2 nama watak dlm citer2 p ramlee
|
|
|
|
|
|
|
|
Para pembaca yang budiman, pemohonan telah diluluskan ketika sesi brainstorming (sebenarnya borak lepas penat rewang sambil minum kopi 0 panas )
Encik Salim (updated from S) mood baik semalam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|