CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165119|Reply: 819

[Merge] All About Dajjal

[Copy link]
Post time 20-12-2003 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 17-12-2011 09:59

KETIKA perang Vietnam dengan Amerika, beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Hairannya anggota tentera Amerika yang ditahan oleh komunis ini berpaling tadah sehingga berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada tentera Amerika lain.  
Mengikut kajian para psikologis, mereka yang ditahan telah diprogramkan (brain wash) dan salah satu cara paling berkesan yang digunakan komunis ialah cara mengulang-ulangkan pemahaman mereka kepada tentera tadi. Maknanya apabila mendengar sesuatu berulangkali, seseorang itu akhirnya akan yakin dengan sesuatu perkara tersebut. Kaedah tersebut sama banyak dengan kaedah psikologi hipnotisme lain yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam medan media untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif dianggap aneh atau taboo akan akhirnya menjadi perkara biasa dan masyarakat akan menjadi lali jika berulang kali didengar atau dipaparkan. Kaedah repetitive hypnotism ini sangat berkesan. Contohnya, homoseksual menjadi kebanggaan malah diberi hak berkelakuan tidak senonoh dan dilindungi oleh undang-undang sekular, hasil propaganda repetitive media.  

Dalam ajaran islam, Allah dan rasulnya menggunakan kaedah repetitive brain wash ini. Kita sembahyang lima kali sehari, membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, Al-Quran disarankan dibaca selalu. Justeru, kita tahu bahawa seseorang yang telah menerima bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai penyampai mesej Allah dan menjadi ikutan hidupnya, akan dibersihkan otaknya (brain wash) dari segala akidah yang salah, pemahaman yang karut dan segala sifat yang keji. Diterapkan akidah yang benar bersifat mulia dengan mengerjakan ibadah yang bersifat repetitive tersebut.  

Kini, adik-adik dan pemuda pemudi Islam terdedah dengan hypnotism yang diselitkan dalam rancangan kartun Pokemon sehingga mufti-mufti ditanah Arab membawa fatwa mengharamkan Pokemon. Individu yang tidak peka dengan kejatuhan akidah dan akhlak umat akan berkata "Apa sangat nak dihebohkan dengan perkara kecil simbol-simbol benda kartun ni?"  

Pengharaman kad mainan Pokemonini wajar dilakukan kerana kad tersebut mengandungi antaranya simbol-simbol Kristian dan salib. Muslimin sekalian, jangan pandang remeh bahaya Pokemon ini kerana dalam masa berhibur, anak-anak yang menonton kartun ini dipukau dan diracun mindanya dengan sedikit demi sedikit ajaran-ajaran keji. Dipukau dengan aksi-aksi hebat penyelamat-penyelamat dunia yang menggunakan simbol logo-logo Zionis, Freemason dan Christianity.  

Sedikit demi sedikit generasi akan datang, akan akhirnya menjadi pengikut dan askar-askar Dajjal! Perlu diingat, kaedah tipu helah syaitan yang popular ialah mencampur-adukkan banyak benda baik dengan sedikit benda buruk supaya tidak ketara kita ini disesatkan dan ditipu hidup-hidup. Contohnya, berjuta manusia terpedaya dengan ramah-tamah, baik budi pemurah Mother Theresa, mencampur adukkan kebaikan membantu fakir miskin dengan keburukan Trinity menyembah Bapa Tuhan, Anak dan 'holy spirit' menggantikan Allah yang Esa.  

Apa sebenarnya aktiviti dan pengaruh 'Freemason' yang dikaitkan dengan kedatangan Dajjal tidak lama lagi? Maklumat terperinci kedatangan Freemason sebagai tentera Dajjal banyak diriwayat dalam hadith. Kedatangan Dajjal tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran sebab itu golongan anti hadith tidak akan ada perisai menangani tipu helah Dajjal  

Secara ringkasnya, Freemason adalah pertubuhan rahsia bawah tanah golongan elit dunia yang juga adalah penyembah syaitan. Dahulunya mereka ini terpaksa lari mencari tempat perlindungan kerana diburu kerajaan Kristian Eropah kerana dianggap murtad mengamal sihir dan menyembah syaitan. Tetapi mereka ini berjaya mendapat pengaruh politik beberapa kerajaan Eropah dan akhirnya menerajui pucuk pimpinan (secara rahsia) kerajaan-kerajaan Eropah bermula dengan Scotland, zaman Robert The Bruce, England dan France.  

Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Freemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika.  
Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi.  

Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.  

Apabila matlamat mereka tercapai, di mana manusia sejagat telah tidak lagi menyembah Tuhan yang Esa tetapi menyembah hawa nafsu dan kehidupan duniawi maka secara automatik kedatangan 'Ra' atau Dajal akan disembah sebagai tuhan. Ini kerana siapa yang mengikut Dajjal akan menjadi mewah dan siapa yang menentangnya akan sengsara.  

Dia mengaku sebagai tuhan mampu memberi dan menyekat rezeki, dan dikurnia Allah berbagai-bagai keistimewaan sebagai ujian.  

Pada zaman ini, di mana sahaja anda berada baik di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom atau Malaysia, setiap yang kita dengar dari media, lihat, tonton, baca semuanya telah dipengaruhi Freemason. Mereka ini telah berkerja keras menyesatkan masyarakat sehingga mempengaruhi minda kita sejak peringkat bayi lagi.  

Saya ingin menyentuh rancangan Teletubbies, rancangan untuk bayi memaparkan watak-watak boneka Tinky-Winky, Dipsy, La la, Po yang comel-lote. Rancangan ini sangat popular sehingga patung teletubbies laris menjelang Krismas dua tiga tahun lepas.  

Beberapa bulan kemudian televisyen dan akhbar tempatan United Kingdom membawa berita bahawa hasil kajian mendapati bayi sedunia sebenarnya bertutur bahasa bayi yang sama. Pada permulaan rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis, seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip mata (dalam suku saat) logo Freemason dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari di permulaan rancangan Teletubbies tersebut.  

Kaedah flashing image ini telah lama digunakan dalam media perfileman untuk membawa maksud tersirat (subliminal message). Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.  

Contohnya kadangkala bulu roma tengkok naik scram semasa menonton filem sebab banyak diselitkan 'flasing images' makhluk hodoh scram. Dalam rancangan Teletubbies tersebut, setiap kali bayi matahari ini muncul akan ada perkara ajaib yang berlaku di kaca televisyen. Macam cerita Dajjal, beliau mengaku tuhan dan ada banyak perkara ajaib.  

Keberkesanan mempengaruhi manusia dari peringkat bayi ini mungkin tidak sebesar mana tetapi Islam melalui sunnah Nabi mengajar kita azankan di telinga kanan dan iqamahkan di telinga kiri beberapa saat lahirnya bayi ke dunia. Ekoran daripada itulah Allah menyuruh kita tundukkan pandangan, selamatkan diri dari melihat papan tanda lucah merata-rata yang sudah jelas dikuasai syaitan bertopengkan syarikat pengiklanan di seluruh dunia.  

Sebagai tanda kebanggaan mereka menguasai dunia, mereka asyik selitkan logo Dajjal mata satu dimerata-rata. Contohnya:  
1. Logo Channel Television America CBS  
2. Logo 'ICON' a Film producing company  
3. Siaran TV 'Star in their eyes'. Star diletakkan di posisi mata diatas pyramid lambang Freemason.  
4. Siaran Quiz kanak-kanak 'Inside Out' memaparkan seorang all-knowing professor yang memberi jawapan kepada soalan sukar bersemayam di atas pentas bermata satu.
5.Filem kartun Monster...ala makhluk hijau mata satu tu
6. Carik sendiri yang lain-lain  

The fact that they will always show their one eyed sign on anything that they show is a rahmah upon the Muslim from Allah because every muslim can see the word "kaf fa ra" Kafir on the forhead of the Dajjal when he comes.



[ Last edited by PlutoNium on 10-2-2004 at 01:53 AM ]

[ Last edited by  amazed at 4-10-2008 11:55 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winzip This user has been deleted
Post time 22-12-2003 03:42 AM | Show all posts
good info..

cyclops hero x-man tu pun bermata satu jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2003 06:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 11:06 AM | Show all posts

salam..

i teringat satu cassette ceramah given by this one brother( dah tak ingat namanya dah) ttg Islamic revival lah- katanya " sometimes we marvel at their tech and science . their gadgets and stuffs... and we tend to see defeat when ALLah wants us to win and vive versa" ...

sebenarnya, in my opinion lah kan , if they could reach and have to reach this level utk kuasai umat dunia - ( ini bhs kiasan yer)etc..then golongan yg mereka mahu kuasai itu sememangnya adalah lebih kuat dr mereka lah , kan?

sbb banyak kali kena pelbagaikan tactics and method utk conquer everything.
so why do we have to be scared? just know thy enemy and keep them at your arm's length and be bold ( intelliigently lah) . Be aware > kuasai Ilmu. itu saja.Belajar cara approach mereka .Adakah pendekatan mereka ambil gelojoh? or bising sana sini. Tidak kan? mereka guna cara yg subtle but kita failed to see this. Banyak buat bising saja.Itu kita tahu.So belajarlah dr sejarah.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 22-12-2003 11:20 AM | Show all posts
OK, aku nak tanya sket: orang Kristian, Zionis, Freemason etc sebarkan dakyah mereka menggunakan pelbagai pendekatan dan teknologi terbaru. Can we blame them for using what is accessible to them?

And how does whining like this help us? Why don't we counter the attacks by coming up with our own cartoon shows and children's programmes that contain subliminal Muslim messages?

I think we defeat ourselves by trying to stuff religious dogma down people's throats, which to me is juts another example of what happens when today's ulama still wants to live in the middle ages...
Reply

Use magic Report

fyrdd This user has been deleted
Post time 23-12-2003 02:55 PM | Show all posts
satu lagi benda yg ada tanda mata satu nih (dajjal) - wang kertas US.. check kalau tak percaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
winzip This user has been deleted
Post time 23-12-2003 09:39 PM | Show all posts
macam mana nak check tu..? citer ler sket.. kene lipat ke macam mana ke..
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 23-12-2003 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-23 09:39 PM:
macam mana nak check tu..? citer ler sket.. kene lipat ke macam mana ke..



sbhgn gambonya


ko kena tgk 1 US dollar jer.....

  
GAMBARAN SATU DOLAR U.S

1. Piramid : Lambang Firuan / Piramid Gaza, Menara Babil, Hierarki Kekuasaan. Jumlah bata pada Piramid adalah 13 baris ( the lucky number ) yang terdiri dari 72 bata.

2. Satu Mata : Menunjukan pengendalian dunia di bawah pengawasan mata Tuhan (the eye of Lucifer). Menurut pendapat Batt Robertson : adalah cahaya atau mata Tuhan orang Mesir Kuno (Osiris),Tuhan yang selalu mereka kunjugi di sela-sela pertemuan rahsia yang diadakan para penganut Masuniyyah. Jeneral William J.Car dari Amerika menjelaskan bahawa cahaya atau mata yang ada di atas piramid itu memancarkan cahaya ke segala penjuru arah, yang mengisyaratkan perwakilan perisikan dan penindasan seperti Gestapo yang didirikan oleh Weishaupt di bawah lambang persaudaraan dengan tujuan menjaga rahsia organisasi dan memaksa manusia tunduk kepada undang-undang organisasi melalui penindasan .

3.Annuit Coeptis : Limpahan kurnia ( favour our daring undertaking ). Dua kata yang tertera di baha- gian atas lambang itu yang b ermakna " Sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan ". Ia juga bererti " Kejayaan Milik Kita " atau " Kepentingan Penuh Keberhasilan " atau " Yang Agung Yang Beraja " atau juga bererti " Raja Istimewa " atau " Penutup (Segel) Orang Mesir ". Makna-makna seperti itulah yang Dimaksud oleh kata-kata yang ada pada lembaran wang Dolar Amerika itu yakni " Segel Terbesar Milik Raja Istimewa " yang menentukan asal usul ketinggian dan pengaruh yang membentuk keperibadiannya itu dan dikembalikan ke negeri Mesir yang diakui oleh Dajjal sebagai permata di muka bumi ini . 2 kata tersebut juga boleh ditemui dalam bahasa Perancis Le grand Coptis yang bererti orang Qibti terbesar. Sementara itu, al-Qibti adalah "orang mesir" dan bukan orang kristian. Anneoun juga Bererti Lingkaran atau al-Khatam bermakna segel. Segel itu adalah segel Dajjal yang Mengaku dirinya sebagai dukun terbesar (dari keturunan) Mesir .

4. Novus Ordo Seclorum : Secara harfiah bermakna " Tata Dunia Baru " atau " Tata Masyarakat Baru ". Pemikiran dan nama sebuah buku terkenal karangan Adam Weishaupt. Buku Yang berisi konsep-konsep,doktrin serta teori tentang pemikiran global. Selesai disiapkan pada tanggal 1 Mei 1776 iaitu Hari Perayaan Komunis di seluruh dunia. Salah satu hal yang harus dicatat ialah bahawa lambang ini di- buat atas dasar Ideologi Masuniyyah @ Freemason sesudah bergabungnya organisasi ini dengan organisasi Nurainiyyah selepas diadakanya Muktamar Filmsbad pada 1782 .

5.The Great Seal : Bahagian bawah bertulisan Inggeris yang bermaksud Mohor Terbesar .

6. In God We Trust : Bererti hanya pada Tuhan yang satu - Setan Lucifer dan Jehovah - kita percaya .

7. ONE : Merupakan singkatan dari ordo novus empirium : pemerintahan imperialis baru .

8. MDCCLXXVI : Tanggal yang ditulis dengan huruf-huruf roman adalah tanggal diumumkannya secara rasmi pembentukan organisasi Pendokong Cahaya Syaitan. Ini adalah perletakan asas pertama untuk secara mudah menduduki otak dunia,bumi dan kekayaannya. Tanggal itu bukanlah tanggal pengumuman dokumen Kemerdekaan Amerika .

9. Lambang Burung Phoneix : Bereti simbol kebebasan. Jumlah huruf pada annuit coeptis adalah 13 sama dengan jumlah huruf pada E.Pluribus Unun. Bintang di atas burung berjumlah 13 dan membentuk lambang bintang Daud (the star of David). 13 daun,13 bulu pada sayap dan 13 panah , 13 garis bendera menjadi tameng burung. Angka 13 itu sendiri merupakan lambang kekuasaan empat penjuru dunia ( Utara-Timur-Selatan-Barat ). 13 = 1+3 = 4 penjuru . Burung helang yang ada di dalam lembaran wag ringgit Amerika itu Di atasnya ada bintang segi enam adalah lambang bagi Yahudi,Israel dan Zionis serta tanda bagi setiap yang berhubungan dengan warisan Ibrani atau kewujudan Nazi Yahudi. Para penganut Masuniyyah men- yebut bintang itu sebagai " Baju Besi Nabi Daud " ( Dira' Daud ). Menurut mereka ,Nabi Sulaiman mewarisi baju besi itu. Dalam pand- gan orang-orang Yahudi, bintang itu mengisyaratkan 2 mata pada baha- gian dalam 2 segitiga. Dan sisi dari masing-masing mata segitiga adalah sama.Menurut dakwaan orang-orang Yahudi, Nabi Sulaiman telah men- unjukkan perhatian kepada segitiga itu, sebagaimana halnya jika segitiga itu adalah " Mata Allah ". Pada akhirnya nanti,mata dan segitiga tersebut menjadi " Lambang Allah " sendiri. Begitulah alasan dan dasar orang- orang Yahudi dan para penganut Masuniyyah mendewakan lambang itu.

Setengah pendapat : 13 adalah keturunan atau suku Yahudi, putera-putera Nabi Yaakub . Namun putera-putera Nabi Yaakub seramai 12. Mereka disebut juga Asbat,suku Nabi Ishaq dan Nabi Ibrahim. Asbat adalah cabang keturunan Bani Israel Yahudi sebagaimana halnya kabilah-kabilah Arab adalah keturunan Nabi Ismail . Firman Allah , surah al-A'raf :160 :

" Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masing berjumlah besar ..... "

Dari manakah satu lagi angka bagi melengkapi jumlah 13 itu ? Mereka yang ke 13 adalah Yahudi Khazar yang melarikan diri. Seorang penulis Yahudi, Arts Kistler ( mati 1983 ) , seorang sarjana yang tiada tandingannya di kalangan Yahudi mengatakan bahawa Yahudi Khazar inilah kabilah ke 13. Kistler dalam bukunya ' The Thirteenth Tribe ' : " Majorati kaum Yahudi sekarang ini bukan berasal dari 12 kabilah keturunan Nabi Yaakub sebagaimana kisah tentang mereka dalam Al-Quran dan Taurat. Bahkan mereka itu telah menyimpang dari kabilah Khazar, kabilah ke 13. Keturunan mereka ini bertebaran di seluruh negara Eropah Timur khususnya Poland,Hungary dan Russia. Ertinya mereka bukan berasal dari Palestine tetapi dari Kaukas dan Asia Tengah.

Pengakuan Prof. Abraham Bolyake, Yahudi keturunan Russia : " Yahudi yang ada sekarang ini datang dari Khazar, suku ke 13. Bahkan beliau dengan terang-terangnya menyerang pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sekarang adalah perlarian dari kabilah yang konsisten pada Taurat ( Al-Qabilah At-Tauratiyyah ) .

Genggaman burung helang yang kuat di atas lembaran wag dolar Amerika merupakan lambang genggaman, cengkaman dan kekuasaan Dajjal yang dikutuk Allah. Angka ke 13 merupakan lambang yang sangat jelas bagi setiap orang yang mengerti bahawa itu adalah lambang asal usul Yahudi.

Segala sesuatu yang tertulis dalam lembaran wang satu Dolar Amerika itu menguatkan bukti nyata yang dikemukakannya. Demikian pula masalah air yang diliputi oleh piramid. Itulah air pada Segel Dajjal yang dipergunakan untuk protokol dan surat-surat rasminya.

Sesungguhnya , Manusia Iblis ini telah lama mengisytiharkan atau memperkenalkan ehwal dirinya sendiri secara diam-diam. Dan yang demikian itu akan disusul pengumuman rasminya ketika ada kesempatan yang tepat untuk melakukannya. Tetapi bagaimanapun , ia akan gagal menentukannya. Firman Allah SWT :

" Dan kamu tidak dapat menghendaki ( menempuh jalan itu ) kecuali apabila di kehendaki oleh Allah , Tuhan Semesta Alam ".

At-Takwir : 29

sos:http://tranung.gq.nu/berita10/andalus.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 23-12-2003 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2003-12-22 11:06 AM:
i teringat satu cassette ceramah given by this one brother( dah tak ingat namanya dah) ttg Islamic revival lah- katanya " sometimes we marvel at their tech and science . their gadgets and stuf ...

Originally posted by racerX at 2003-12-22 11:20 AM:
OK, aku nak tanya sket: orang Kristian, Zionis, Freemason etc sebarkan dakyah mereka menggunakan pelbagai pendekatan dan teknologi terbaru. Can we blame them for using what is accessible to them?
...



tujuan penyebaran cerita2 sebegini untuk mmbolehkan kita berhati2 dgn dakyah mereka dan amik contoh dr apa yg mereka telah lakaukan
sebagai propaganda menyebarkan pengaruh mereka..etrpulg la pd
kita nak mengamik iktibar dari sejarah, atau
sekadar mempelajari ilmu sejrh..

realitinya, kita (meujuk pd umat islam, bukan yg saya quotekan muehhe)
mundur krn kita ikut, bukan kita yg buat..
saya tuju buat diri saya jugark..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2003 07:07 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 22-12-2003 11:06:
if they could reach and have to reach this level utk kuasai umat dunia - ( ini bhs kiasan yer)etc..then golongan yg mereka mahu kuasai itu sememangnya adalah lebih kuat dr mereka lah , kan?
sbb banyak kali kena pelbagaikan tactics and method utk conquer everything.
so why do we have to be scared? just know thy enemy and keep them at your arm's length and be bold ( intelliigently lah) . Be aware > kuasai Ilmu. itu saja.Belajar cara approach mereka .Adakah pendekatan mereka ambil gelojoh? or bising sana sini. Tidak kan?



Yahudi dan Nasoro adalah golongan yang sangat arif dengan Islam dan Nabi Muhammad saw.Mereka dapat maklumat daripada kitab2 Injil dan Taurat.Mereka memusuhi Islam kerana faham apa itu Islam. Saya cuma bimbang jika ada kalangan orang Islam yang faham Al Quran tapi menentang Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan secara syumul.Mereka ini berperangai seperti ahli kitab yang dahulu juga walaupun mengetahui mesej daripada Allah dan Rasulnya!!!Jika Ahli kitab dahulu menolak Al Quran, Hari ini Orang Islam sendiri menolak Al Quran.Siapakah yang lebih zalim??? ini bukan masalah bising sana bising sini....

Sesungguhnya KUASA itu hanya ALLAH yang memiliknya. Namun demikian untuk manusia mempunyai "kuasa" anugerah Allah dari KUASA-Nya ada 2 cara:
1. Sebagaimana Allah Anugerah Syaitan memiliki "kuasa" (Surah Al-Israa':17:61-64)

2. Sebagaimana Allah Anugerah Jin dan Manusia memiliki "kuasa" (Al-Dhariyat:51:56 dan Surah Al-'Anam:6:162}.

Sebagai manusia, ada 2 pilihan untuk "berkuasa", iaitu sama ada mematuhi syaitan (No.1) atau mematuhi Perintah Allah (Q:51:56 dan Q:6:162, iaitu (No.2).

Maka manusia telah terbahagi kepada 2 golongan, iaitu (a) Golongan yang memperoleh kuasa dengan cara No.1 dan (b) Golongan yang memperolehi kuasa melalui cara No.2.

Prinsipnya mudah :

1. Laksanakan perintah Allah spt. Solat 5 kali sehari semalam, tunai haji, tunai zakat, puasa dibulan ramadan, laksanakan hudud ikut Al-Quran dan Hadith dll

2, Jauhi larangan Allah spt. menggalakkan judi, arak, rasuah, zina dll

Insya Allah, kita semua akan bersatu dibawah panji Islam...

[ Last edited by PlutoNium on 24-12-2003 at 07:13 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2003 07:16 AM | Show all posts
Originally posted by racerX at 22-12-2003 11:20:
I think we defeat ourselves by trying to stuff religious dogma down people's throats, which to me is juts another example of what happens when today's ulama still wants to live in the middle ages...
...


Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan),
menyatakan:"Andai umat Islam itu bersatu padu di seluruh dunia, dan
menyatukan seluruh aspirasinya, saling bekerjasama untuk melepaskan diri
dari cengkeraman bangsa Eropah (Kristian/Yahudi), lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariat Islam, maka mereka akan mampu bangkit dan mengalahkan kita (Kristian). Dan wajiblah bagi kita Kristian/Yahudi untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka (Islam).

Laksanakan dan kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan sebaik-baiknya tugas yang telah serahkan kepada kalian, dan pasti kalian akan berhasil dengan gemilang".
Demikianlah kenyataannya, yang diwujudkan dengan memupuk rasa kecewa,hilang maruah dan putus asa terus di jiwa umat islam.

Mabuk arak,disko,film porno dan sex bebas dibudayakan, sehingga generasi Islam terlena dan terhanyut sampai jauh dari cita-cita semula yang luhur, hingga aqidah sebagai senjata ampuh yang terakhir ditanggalkan satu demi persatu .


Ilmu yang ada pada kita ni cuma sikit ajer dibanding dengan ilmu yang ada pada ulamak...


[ Last edited by PlutoNium on 10-2-2004 at 01:55 AM ]

[ Last edited by  PlutoNium at 8-5-2006 12:57 PM ]
Reply

Use magic Report

leggy_gurl This user has been deleted
Post time 24-12-2003 12:30 PM | Show all posts
menarik pasal freemasonry ni...

Harun Yahya banyak terangkan pasal freemasonry dan pasal knight of templers... pasal where do they come from...and pasal organisasi ni.

I rasa (my personal opinion) yang dikatakan "fitnah besar yang datang umpama awan besar di angkasa" (something like this) from hadis (not that sure source mana ..kalau salah sorry yeh) actually refers to freemasonry people ni lah.

ada satu yang menarik, kefahaman freemasonry ni jugak di adoptasikan oleh sekumpulan org muslim by the name of "brethen of ishmailtte" (camtu lah nama lebih kurang). Dieorg ni duk kat negeri2 sebelah morocco sana. So, kire2 disorg ni murtad gak lah. (kalau salah maaf lagi sekali sebab saya baca ni dari buku).

anyway, kesimpulan nyer mmg betul.. freemason ni adalah lebih bahaya dari mana2 agama..because dieorg berjala secara senyap..dan kite tak tahu kalau kita tak berilmu..dan kalau kita 24hours ignorant terhadap our serroun
dings.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 24-12-2003 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by PlutoNium at 24-12-2003 07:16:
Ilmu yang ada pada kita ni cuma sikit ajer dibanding dengan ilmu yang ada pada ulamak...


And how would one go about to measure or quantify that, I wonder?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 24-12-2003 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by PlutoNium at 24-12-2003 07:07:
Yahudi dan Nasoro adalah golongan yang sangat arif dengan Islam dan Nabi Muhammad saw.Mereka dapat maklumat daripada kitab2 Injil dan Taurat.Mereka memusuhi Islam kerana faham apa itu Islam. Saya c ...


Invisible enemies everywhere you care to look (except inside ourselves perhaps?). "Kita kena laksanakan Islam dengan syumul". Mmm. Sounds very pretty. And what does that mean? "Mudah aje: dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang."

In other words, amal makruf nahi mungkar. Gee. Never heard that one before. I wonder what it REALLY means, though.

Can't see beyond the ritual ibadah? Don't blame you. Not many people take the trouble to ponder, why did Allah tell us to do solat, fast, give zakat, etc when it benefits Him not. So if everyone were to go pray 5 times a day at a masjid then we'll all be saved from the tyranny of our hidden enemies? Heck, didn't work for Ali's people.

Could it be that the prayer itself is just a means to another end, that is, just a way to bind people to something, and that if that objective is not met then that ibadah, as the Prophet had said in a hadis, would have no benefit the follower and in fact would just leave him/her hungry and thirsty? And some Muslims wonder why God seems to have abandoned us.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 24-12-2003 03:31 PM | Show all posts
Ada tak kisah pasal Dajjal ni dalam kitab hadis sahih? Sebab so far yang aku jumpa cuma daripada sumber hadis ahad yang sangat lemah. Contoh, hadis tentang muallaf Kristian yang pernah jumpa Dajjal berantai disuatu pulau. Dan hadis yang kata bila perang akhir zaman nanti, bila tentera Yahudi (kenapa Yahudi, bukan Freemason ke?) menyorok belakang batu pun batu akan menyeru tentera Islam suruh datang bunuh.

Jadi dari mana datang sumber yang mengesahkan cerita Dajjal ni adalah "halal" disisi Islam? (Dalam Quran tak yah cari le... tak de sebut apa pun, melainkan berkali-kali Allah emphasise: bila datangnya hari kiamat tu dan tanda-tandanya hanya Allah saja yang tahu, malah Quran kata Nabi Muhammad pun tak tahu bila dan apa tanda-tandanya).
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2003 12:19 PM | Show all posts

okay now..

dah tahu semua kan. so apa yg patut buat?
lari ke dlm gua?? atau okay atau mcm mana nak berhati sbb kalau didenagrkan tape ttg mereka ini pun - sapa yg dengaq tahulah ada diceritakan ttg penggunaan credit cards and stuffs ...jadi dgn melihat pada situasi ini adakah kita akan lari / tolak tepi or berhati-hati.
bila sebut pasal berhati semua noktah lepas perkataan ini. Soalnya pada saya cuma satu ..how to be berhati-hati sedangkan semau bende ada connection - the banking system and so on?
itulah kita juga perlu cerdik and tactful  utk hadapi semau ini.
bagaimana>
sgn ilmulah dan lagi satu
tolong elaborate bagaimana ulamak dapat memainkan peranan dlm hal -hal ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2003 01:03 PM | Show all posts
Hi Guys and girls
Any of you guys wish to know more about zionism, jews, illuminati...
I strongly recommend a visit to this site. Very enlightening.
http://www.rense.com/Datapages/zionismdata.htm
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 27-12-2003 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by smilesenyum at 2003-12-26 01:03 PM:
Hi Guys and girls
Any of you guys wish to know more about zionism, jews, illuminati...
I strongly recommend a visit to this site. Very enlightening.
[url]http://www.rense.com/Datapages/zionismda ...




t.q..grazie..byk sgt links dia, ...nantila cuba bukak..)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 27-12-2003 08:26 AM:
t.q..grazie..byk sgt links dia, ...nantila cuba bukak..)


memang banyak links yang menarik.
Masa Tun Dr. Mahathir bagi komen tentang Yahudi, ada beberapa artikel yang beri komen ucapan Tun Dr. Mahathir pun ada kat sini. Antara yang menarik ditulis oleh Makow, yang kata perlu bezakan Yahudi dengan Zionis.

link yang aku beri itu aku ambik dari http://www.rense.com yang selalu paparkan berita dan artikel yang mendedahkan tembelang zionism.
Reply

Use magic Report

Num^locK This user has been deleted
Post time 27-12-2003 09:19 AM | Show all posts
Sauron yg dlm citer LOTR tu digambarkan sebagai the eye tu ade kaitan ngan dajjal ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.954751 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list