|
" Sampai bila Nuar? Sampai bila kau nak macam ni? Sorry to say lah tapi aku tengok kau dah macam orang bodoh Nuar.Cuba jujur sikit dengan diri kau.Aku nasihat kau banyak kali dah kan ? Tapi kau tetap macam ni jugak."
" Entahlah ,Jib "
Gelas minuman yang mengandungi kafein itu diletakkan kembali oleh Anuar selepas dua hirup lalu di tekak.Dia kemudian memandang gelas yang mengandungi separuh minuman itu dan mengusik-ngusik tangkai gelas.
" 12 tahun dah Nuar, 12 tahun.Kau nak tunggu sampai bila lagi? Sampai kau mati masuk kubur? Sampai dia beranak pinak ? Kemon-lah, move on lah Nuar ."
" Tapi kau tak paham Jib, aku sayangkan dia .Aku tak tahu what bother me so much ,apa yang buat aku sampai macam ni , aku pun tak faham kenapa ,tapi aku sayangkan dia . "
" Sayang ? Orang lain pun bersayang jugak Nuar, Tapi tak bodoh macam kau.Maaf cakaplah.Aku kenal kau lama Nuar.Ye, aku tahu kau sukakan dia lama tapi things are different now Nuar, accept it.Susah sangat ke?
" Entahlah Jib, kau cuma boleh cakap je kan.Tapi kau tak pernah paham.Aku pun tak mintak ada perasaan kat dia.Tapi aku bukan senang nak lupa atau sukakan orang.Kau pun tahu kan.Lain lah kau dulu, bertukar-tukar pasangan dah macam apa dah.
Jam dah berdetik hampir ke pukul 2, Tiba-tiba ringtone lagu daripada " Daughtry - Home " berbunyi daripada kocek Ajib.Dia menyeluk poket seluar dan tertera nama ' Ragemah ' di skrin.Kemudian simbol terima panggilan ditekan.
" Wa'laikumsalam Mah, abang kat kopitiam Talib ni dengan Nuar.Apa? nak kirim gula? Ha, nanti balik abang belikan .Okay , nanti abang balik cepat sikit ye.Teman Nuar ni kejap je.Dia ada masalah sikit "
" Uhuk!! " Anuar menekup mulut dengan tangan .
" Kau tersedak ni kenapa? sindir aku ke apa Nuar? " Handphone kembali dimasukkan ke dalam kocek seluar.
" Aku takde lah takut bini bro.Aku respek bini,jangan salah anggap . Engkau tu je yang tak nak kahwin.Tak habis - habis menunggu Julia tu.Dah macam takda makhluk lain dalam dunia ni."
" Tapi dia lain bro."
" Lain ? Kau ni banyak betullah tengok drama melayu.Banyak hafal skrip ya? Apa yang lain bro? Semua perempuan sama.Engkau tu je yang rasa lain sebab engkau perasan.Perasaan tu yang kaburkan minda kau,yang cipta kebetulan ,yang cipta seronok bagai bila kau dengan dia.Yang cipta perasaan indah yang bermain hari - hari dalam pikiran kau tu.Takda yang lainnya.Dia bukan layan kau pun sebenarnya.Tolong bro, tolong...."
Pelayan restoran tersebut laju mendekati Ajib selepas dilambaikan tangan untuk mengambil pesanan kali kedua.Kali ini, Ajib memesan laici ais mengantikan teh ais yang sudah habis segelas.
Ajib kembali menyeluk poket dan mengambil handphone samsung W nya.Kemudian dia kelihatan mencari sesuatu dalam aplikasi facebook yang dibuka.
" Nah tengok ! " Handphone kemudian bertukar tangan kepada Nuar.
" Apa ni ? " Soal Nuar, dia kelihatan bingung dengan apa yang ditunjuk Ajib.
" Kau reti baca ke tak ni ? Semalam Milahnau baru tag aku , Julia kau tu dah nak kahwin hujung bulan depan.Kau tak tahu ? "
" Hah ? Tapi dia takda pun tag ke beritahu aku "
" Nak tahu kenapa ? Sebab dia tak pernah pun anggap kau tu kawan dia.Kalau aku kata kau bodoh lagi sekali karang ,kesian pulak kau , tapi itulah....takkanlah kau tak sedar? "
" Kau tu bukannya siapa-siapa pada dia.Itu yang aku nak pahamkan kau tapi kau bebal jugak sampai sekarang .Kau jangan ingat dia baik dengan kau dulu ,kau ada makna pada dia ? Tak....Nuar , dia cuma anggap kau kawan biasa je .Tak perlu kau nak perasan lebih.Tak perlu kau nak anggap dia kawan baik ke , apa jadah yang kau pikir.Ni bukannya filem.Realitinya benda-benda tu takkan jadi pada kau , bro."
" Tapi...."
" Tapi apa? Sebab 4 tahun lepas ? Sebab lepas kau tegur dia dulu dia baik tiba-tiba dengan kau ? Dia baik bersebab bro.Bersebab . Yang kau pulak aku tengok masa tu dah macam orang anggau . Sampai aku pun kau buat tak layan.Serius annoying gila perangai kau masa tu kau tahu tak? Tapi aku takdelah nak cakap depan kau masa tu, takut kau terasa ."
" Macam ni bro, sorry lah apa yang aku cakap.Bukan aku tak support kau.Bukan aku nak kata kau ni apa ke ,Benda macam ni , bab perasaan ni aku paham memang komplikated.Tapi tengok daripada apa jadi kat kau ni , aku kesian.Ye lah, tak sepatutnya kau jadi macam ni.Tapi some people killed themself for this type of love.Aku tak nak kau tanggung benda ni macam benda ni salah satu keperluan asas hidup kau "
" Aku paham Jib,apa kau nak sampaikan...tapi nak lupakan benda yang depan mata aku dulu bukan senang Jib.Bukan senang.Aku tak minta benda macam ni jadi kat aku.Aku pun rasa annoying kadang bila aku pikirkan balik tapi it's more like routine.Aku dah jumpa dia hari - hari bro, dan tiba-tiba perkara tu hilang.Ia kuatkan lagi rasa rindu tu .Aku tak paham pun sebenarnya macam mana keadaan ni.Tapi aku tak boleh lari, aku dah mula sayangkan dia.Bukan benda senang bila ia dah jadi parut dalam hati, Jib ".
" Macam ni, aku bukan nak tuduh dia jahat ke apa ke .Bagi aku, memang jahat kalau orang buat kau macam ni Nuar,tapi dalam dunia ni Nuar, tak semua benda kita nak dapat .Tak semua ditentukan untuk kita.Tak semua yang jadi tu benda baik.Mungkin ni pengajaran untuk kau.Aku pun tak boleh cakap apa.Mungkin juga hikmah.Tapi benda macam ni memang biasa Nuar.Sebab benda ni soal perasaan.Bukan boleh paksa.Bukan boleh kawal.Kau nangis keluar air sirap pun , it still happens.Aku cuma boleh nasihat kan kau, cuba lupakan .Cuba terima kenyataan.Kalau iya kau sayangkan dia,doakan yang baik-baik untuk dia walaupun aku rasa dia mungkin tak kenal kau dah kot.Aku nak chow dulu ok, jumpa lagi "
Ajib berlalu daripada kopitiam tersebut meninggalkan Anuar yang masih lagi berfikir.Mungkin ada betul nasihat rakannya itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menarik... teruskan. Nak sambungannya... |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan yg menarik TT... nanti sambung ya... tak sabar nak tau kisah selanjutya... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-6-2014 08:12 AM
Ajib, Nuar, Mah?
Nak komen yang tu semalam Nicki, macam sesuatu kan...
Bila tengok Nicki komen, gelak sorang-sorang. Aduhlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah.. memang menarik.. teruskan TT |
|
|
|
|
|
|
|
bagus...kena sambung lg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
TT... where are u? nak entry baru ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|