View: 94151|Reply: 98
|
Macamana nak buat jubah empire cut ?
[Copy link]
|
|
hye all..
makcik teringin sangat nk belajar wt jubah..
lagi2x jubah empire cut..
mcm mne ye..
ade tak sesiapa yang sudi bg tunjuk ajar cara nk buat pola dan cara memotong jubah empire cut..
sumber gambar : google
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.
empire cut dress based on baku kurung peplum.. cuma peplumnye dikembangkan sampai ke bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.
empire cut dress based on baku kurung peplum.. cuma peplumnye dikembangkan sampai ke bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
Wakiwaki posted on 17-6-2014 01:50 PM
nak tunjuk ajar pasal kemahiran ni susah skit kat alam maya ni.. cara potong dsb.
empire cut dres ...
makcik confius cara wt kiraan untuk dpatkan circle tu..ade x formula..sebb makcik ade la ckit basic untk buat kurung moden..
Last edited by makcik.peah on 17-6-2014 02:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Wakiwaki posted on 17-6-2014 02:32 PM
Sini ada cara nak lukis pola dan potong peplum.. LINk Dibawah..
harap membantu.. :-)
Alhamdulillah...terima kasih Wakiwaki coz bagi link yg sangat berguna
|
|
|
|
|
|
|
|
Bole je Elle, bukan mkcik peah aje teringin buat, makcik adiraa teringin jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae posted on 18-6-2014 10:30 PM
Jubah empire cut memang cantik..like this..
Elle_mujigae..
makcik x wat lagi jubah..
marilah kongsi kan nota awk tu..
blh kita tukar2x pndapat
* makcik mmg xley nk bli jubah readymade sbb nye mesti senteng.makcik ni tinggi. tu yg nk kene wt sndiri *
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay makcik adiraa dan makcik peah...saya tengah taip nota untuk buat pola jubah ni...
Insyaallah dah siap nanti saya post kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ingin dat di bahagian belakang baju, teruskan ke langkah 21.
21. Tandakan point Q. EQ = panjang garisan EO bahagi 2
22. Dari point Q, buat satu garisan lurus ke bawah sepanjang 4.5 inci dan tandakan point ini,point R
23. Dari point Q, buat satu garisan lurus ke atas sampai garisan FN dan tandakan point ini,point S.
24. Dari point S, ukur 1.5 inci ke bawah dan tandakan point ini point T
25. Dari titik Q, ukur setengah inci ke kanan dan setengah inci ke kiri. Tandakan point ini point Q1 dan Q2
26. Sambungkan point T, Q2, R dan point T, Q1, R dengan pembaris lurus
Okay, siap pola bahagian belakang jubah (untuk bahagian atas baju sahaja)
Jangan gunting pola lagi
Next step, buat pola bahagian depan jubah pula.. dan pola bahagian hadapan dibuat menggunakan pola bahagian belakang ini sebagai template..
Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
I pilih garisan EO untuk garisan di mana bahagian atas dan bahagian bawah jubah I akan disambung.
Boleh pilih ikut keselesaan sendiri tempat nak sambung tu, sama ada ikut kat tempat pinggang paling kecil ukur lilitnya iaitu di garisan E , atas sikit dari garisan EO (garisan dash E1) atau bawah sikit dari garisan EO (garisan dash E2)..
Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 08:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian 3
Pola bahagian bawah jubah
(untuk pola bahagian atas yang tiada dat di bahagian hadapan, di mana point W dan O tak sama tempat)
1. Tandakan point X. BX = Ukur lilit punggung bahagi 4. Selepas dibahagi, tambah 5 inci untuk lebar bukaan kaki. Boleh ikut suka nak tambah berapa mengikut keselesaan bila melangkah.
2. Sambung point W dan point X dengan pembaris lurus. Garisan biru WX untuk pola bahagian hadapan kain
3. Sambung point O dan point X dengan pembaris lurus. Garisan oren OX untuk pola bahagian belakang kain
4. Dari point X naikkan 1 inci dan tandakan point X1. Dengan menggunakan pembaris hip curve,sambung point X1 dan point B
Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 06:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pola bahagian bawah jubah
(untuk pola bahagian atas yang ada dat di kedua-dua belah depan dan belakang)
1. Tandakan point X. BX = Ukur lilit punggung bahagi 4. Selepas dibahagi, tambah 5 inci untuk lebar bukaan kaki. Boleh ikut suka nak tambah berapa mengikut keselesaan bila melangkah.
2. Sambung point W dan point X dengan pembaris lurus.
3. Pola yang sama digunakan untuk bahagian hadapan dan belakang kain bila kedua kedua bahagian ada dat baju. (point W dan point O di tempat yang sama)
4. Dari point X naikkan 1 inci dan tandakan point X1. Dengan menggunakan pembaris hip curve,sambung point X1 dan point B.
Last edited by Elle_mujigae on 22-6-2014 06:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian 4
Pola lengan
1. AB = BC = DE = EF = 1/8 dari ukur keliling dada + 2.5 inci
2. BE = labuh lengan
3. Tandakan point G. AG = 1/8 dari ukur keliling dada
4. Dari point B,ukur 1 inci ke kiri (point I) dan ke kanan (point J)
Part depan lengan
5. Dari point H, ukur 1.5 inci dan tandakan point ini point K
6. Sambung point J dan H, J dan K dengan pembaris lurus
7. Tanda titik tengah garisan JH = point L
8. Dari point L. ukur 0.5 inci garis lurus ke garisan JK = point M
9. Sambung point BMH dengan pembaris French Curve
Part belakang lengan
10. Sambung point G dan I
11. Tandakan titik tengah garisan GI = point N
12. Tandakan titik tengah garisan GN = point O
13. Tandakan titik tengah garisan NI = point P
14. Dari point N, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point Q)
15. Dari point P, buat satu garisan lurus sepanjang 0.5 inci (point R)
16. Sambung point GOQRI dengan pembaris French Curve
17. Garisan D1 E F1 = lebar hujung lengan yang dikehendaki + 1 inci
18. Lukis garisan lurus dari point G ke point D1 dan dari point H ke point F1
19. Dari point D,ukur ¾ inci dan tandakan point S
20. Dari point F, ukur ¾ inci dan tandakan point T
21. dan sambungkan point SET dengan pembaris lurus
Pola lengan yang dah siap dilukis
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae posted on 23-6-2014 03:15 PM
Bahagian 4
Pola lengan
wah...super duper power nota u nie Elle_mujigae...tq..tq..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg power la elle_mujigae awak punya keterangan, terima kasih banyak share ilmu awak tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|