View: 2312|Reply: 4
|
Bagaimana Untuk Tahu Tahap Kewangan Anda Di Paras Bahaya
[Copy link]
|
|
Bagaimana Untuk Tahu Tahap Kewangan Anda Di Paras Bahaya
Hidup di zaman moden ketika ini begitu mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Apapun kita bukan ingin melihat pada situasi anak orang kaya atau sudah sedia dilahirkan kaya.
Namun kita ingin melihat dari perspektif individu yang mempunyai tahap kehidupan dan pendapatan sederhana. Di mana jika golongan ini tidak mempunyai perancangan kewangan yang bijak, berkemungkinan mereka mungkin tiada simpanan bukan sahaja untuk masa depan tetapi juga diwaktu kecemasan.
Percaya atau tidak lagi banyak pendapatan yang diperolehi lagi banyak wang yang akan mengalir keluar. Sebagai contoh, jika seseorang itu memperolehi gaji sebanyak 4 ribu sebulan adakah individu tersebut hanya ingin memakai perodua myvi dan beg dibeli hanya di kedai biasa.
Sudah tentu selera dan kehendak individu tersebut sudah berubah ke arah barangan yang lebih mewah. Jika anda sendiri meletakkan diri sendiri disituasi yang sama pasti anda juga akan bersifat sedemikian kerana anda tahu anda mampu.
Berbalik pada topik bagaimana untuk mengetahui tahap kewangan anda pada paras bahaya. Ia akan dapat diketahui apabila anda sudah mula berbelanja melebihi pendapatan setiap bulan. Di mana akhirnya anda terpaksa mengabaikan simpanan tetap yang sepatutnya disimpan setiap bulan.
Jika perkara ini berlaku maka anda sudah mula tidak tahu untuk mengawal perbelanjaan harian. Hal ini akan mendorong anda menggunakan kad kredit kerana duit gaji sudah habis sebelum sempat tiba hujung bulan.
Tidak salah untuk individu menggunakan kad kredit namun jangan sampai anda dibelenggu hutang kerananya. Sekiranya anda seorang yang bijak mengawal diri daripada berbelanja dan tahu bagaimana mengawal perbelanjaan anda. Maka silakan untuk anda memiliki 2,3 atau 5 kad kredit. Akan tetapi jika anda tidak tahu mengawalnya, ia akan membawa anda ke paras kewangan yang bahaya.
Seumpama anda gali lubang di sini dan anda cuba tutup lubang satu lagi. Akhirnya, anda sendiri yang terbelenggu dan terbeban untuk menanggung komitmen yang begitu banyak. Oleh yang demikian anda perlu berhati-hati jika ingin menambah komitmen atau berbelanja. Pastikan tahap kewangan anda berada ditahap yang kukuh dan pendapatan yang diperolehi mencukupi untuk menampung segala komitmen dan perbelanjaan anda.
Ayat yang lebih mudah belanjalah mengikut kemampuan. Jangan sampai menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memenuhi kehendak kehidupan gaya mewah hingga mengakibatkan diri terbeban dengan hutang yang tiada penghujung. Jadi sentiasa berhati-hati dan memeriksa tahap kewangan anda adakah ia di paras bahaya atau tidak.
Last edited by easicircle on 18-6-2014 02:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu....
gaji 4K dulu sy masih pakai myvi....sbb takut tak mampu bayar klu pakai keter besar n mahal..duk KL gaji 4K x yah nak berangan pakai keter 100K ke atas ok...klu mak bapak bukan org berada or dapat laki kaya....mana nak tlg derang lagi...klu ada anak2...mana nak sekolahkan derang lagi..nak bantu suami lagi....
tapi klu 4K tu mmg tuk diri sendiri..xde share dgn sesape...lepas tlg zakat/income tax...boleh la nak pakai kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus maksudnya anda sedar kemampuan diri anda yang masih banyak lagi komitmen yang perlu ditanggung. Bukan semata hanya ingin hidup gaya mewah namun berbelanja melebihi pendapatan bulanan. Namun jika individu peroleh 4k pada hari ini tidak berumahtangga dan hanya menanggung diri sendiri cukup untuk bergaya dengan kereta bawah 130k. Terima kasih atas pandangan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr posted on 18-6-2014 03:28 PM
huhuhu....
gaji 4K dulu sy masih pakai myvi....sbb takut tak mampu bayar klu pakai keter besar n ...
RM4k bukan banyak sangat pun, memang sesuai la Myvi tu even though single ke, dah kahwin ke, or worse kalau dah ada anak2.
Kalau rumah masih belum at least 2, I tak recommend beli expensive cars sebab the car loans will get in the way of your house purchases. Unfortunately ramai gila anak melayu bila nak beli rumah and apply for a loan, tak lepas because of the inspira and hondas that they bought.
Kereta memang boleh tayang tapi rumah yang boleh buat duit. Most of my chinese clients kalau beli rumah, commitment bulanan kereta mmg tak lebih dari 20% of their net income, senang bankers nak dapatkan loan untuk pinjaman rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
wild_card_my posted on 21-6-2014 04:11 AM
RM4k bukan banyak sangat pun, memang sesuai la Myvi tu even though single ke, dah kahwin ke, or wo ...
Agreed. Thanks for your opinion.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|