View: 3397|Reply: 4
|
Penawar Angin Dalam Badan.
[Copy link]
|
|
More detail pls visit my blog
http://anginohangin.blogspot.com/
Berikut adalah tanda - tanda angin banyak di dalam badan
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dll rasa ketidakselesaan badan.
2. Punca AnginDalamBadan
2.1. Sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan baik.
2.2. Alahan kepada makanan-makanan tertentu.
2.3. Pengambilan 'painkiller' yang berterusan.
2.4. Emosi yang tidak stabil.
Sistem Penghadaman
Makanan yang masuk ke perut mesti keluar semula dalam bentuk najis; proses hadam-buang ini perlu berlaku dalam tempoh 18 jam. Kuantiti najis yang keluar mestilah berkadaran dengan kuantiti makanan yang masuk. Bayangkan bagaimana serbuk kelapa diperah untuk diambil santannya dan hampasnya dibuang. Jadi bolehlah kita lihat samada kitaran ini lancar atau tidak dalam badan kita. Jika tidak lancar, maka bermulalah masalah angindalambadan.
Najis(termasuklah hampas makanan, bahan toksid, lemak, lendir, asid) akan keluar dari usus besar(perut) melalui usus kecil ke saluran dubur. Najis yang besar dan keras tidak akan muat untuk melalui usus kecil menyebabkan saluran jadi tersumbat. Bila saluran tersumbat, najis akan berkubang di perut dan menghasilkan angin busuk yang membawa masalah kesihatan yang buruk.
Lemak dan lendir mudah lekat ke dinding-dinding usus membentuk lapisan tebal yang kotor. Jika bertahun-tahun tidak dibersihkan, kesan kekotoran ini menghasilkan angin busuk yang menjejaskan kesihatan. Tanda yang jelas berlakunya masalah ialah bila najis keluar sedikit atau macam tahi kambing.
Alahan Kepada Makanan Tertentu
Biasanya makanan seperti pulut, kekacang(semua jenis), buah nangka dan lain-lain memberi kesan 'banyak angin' selepas di makan. Ia menjadi lebih teruk jika sistem penghadaman pulak bermasalah.
Tahap alahan dan jenis makanan yang terlibat bergantung kepada badan seseorang.
Pengambilan Painkiller Yang Berterusan
Pengambilan painkiller yang berterusan akan menyebabkan penghasilan banyak asid dalam perut. Asid ini selain menghasilkan angin juga boleh menyebabkan ulcer dan gastrik.
Emosi Tidak Stabil
Sistem badan kita berfungsi secara normal jika jiwa kita tenang atau dalam 'relaxing mood'. Tetapi bila emosi tidak stabil, bila marah atau sedih, akan berlaku perubahan kepada penghasilan hormon dan sistem saraf. Misalnya bila marah, urat saraf akan mengembang dan darah menjadi panas (boleh di ketahui dengan memeriksa 'blood pressure) dan ada hormon-hormon yang cepat rosak. Hasilnya terhasil banyak angindalambadan. Orang tua-tua kata, marah itu ialah 'naik angin'.
Gangguan emosi selalunya mengganggu sistem penghadaman, jadi bergandalah angindalambadan.
Angin yang terhasil akibat 'emotional outbursts' sukar keluar dari badan; agaknya sebagai hukuman dari ALLAH.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kenapa orang asia je sibuk pasal angin dalam badan? westerner ada ke angin ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for sharing..
ni nk kene sabar bebanyak.. jgn marah2 dan stress.. nnnti byk angin msuk lam badan.. eh btol x neh? |
|
|
|
|
|
|
|
Angin berlaku akibat daripada gaya hidup & pemakanan |
|
|
|
|
|
|
|
dlm badan manusia mmg tak lepas lari drpd 4 unsur kan tanah, air, panas dan angin..kalo tak stable salah satu, ia akan mendtgkan penyakit, kena balancekan selalu, tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|