CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1958|Reply: 1

Kurangkan kesan gelap di bawah lengan

[Copy link]
Post time 25-7-2014 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Masalah kulit gelap di bawah lengan atau gelap ini tidak hanya berlaku kepada majoriti lelaki, malah menjadi kebimbangan dalam kalangan wanita terutama yang berkulit sawo matang dan gelap.
Ketika mengenakan busana tanpa lengan, keadaan bawah lengan yang tidak menarik pasti menjejaskan penampilan. Bagi yang bergaya dengan pakaian tanpa lengan juga tidak terlepas daripada masalah ini kerana bakteria daripada peluh serta jenis fabrik pada pakaian yang digunakan boleh membuatkan masalah itu bertambah buruk.
Wujud beberapa kaedah atau teknik untuk membantu mengurangkan tanda gelap itu. Rawatan di spa, krim, suntik putih, dan deodoran sering menjadi pilihan utama kerana mudah dilakukan.
Bagaimanapun, bereksperimen dengan ubat-ubatan tanpa memahami punca masalah gelap di bawah lengan boleh menjadi sesuatu yang tidak produktif. Dalam beberapa kes, ia berbahaya.
Pertama, fahami apa itu pigmentasi kulit. Manusia mengalami perubahan ton kulit dari semasa ke semasa. Apabila ultraungu (UV) menyerang kulit yang terdedah, ia merangsang sel khas dikenali melanosit untuk menghasilkan pigmen berwarna perang.
Pigmen ini yang dipanggil melanin, melindungi kulit daripada sinaran UV lalu menukarkan tenaga berbahaya kepada haba. Jika terdedah di bawah matahari dalam tempoh lama, kulit akan menghasilkan lebih banyak melanin, sekali gus menyebabkannya menjadi gelap.
Namun, selaran matahari saja bukan punca tunggal kepada kesan gelap di bawah lengan. Beberapa keadaan kesihatan dan penjagaan diri yang tidak betul juga menjadi antara penyumbang besar kepada masalah terbabit.

Berikut ditampilkan beberapa kaedah atau cara ringkas untuk mengurangkan kesan gelap itu & contoh product.


Deodoran
Penggunaan deodoran atau penyahbau amat penting bagi membantu mengurangkan bakteria di bawah lengan terutama ketika berpeluh.
Kebanyakan deodoran di pasaran ketika ini diperkaya dengan bahan pemutih untuk membantu mengurangkan tanda gelap di bawah lengan.
Tapi tidak semua deodoran pemutih sesuai dengan kulit atau keadaan diri. Segera tukar jenis atau jenama deodoran jika tanda gelap itu tidak berkurangan dalam tempoh dua minggu hingga sebulan. Sebaiknya gunakan deodoran yang dihasilkan daripada bahan semula jadi dan organik.

Singkir bulu
Menyingkirkan bulu dengan kaedah melilin (waxing) antara cara paling ringkas dan efektif dalam mengurangkan masalah gelap di bawah lengan.
Namun, masih ramai yang menggunakan pisau pencukur atau mencabutnya dengan alatan khas atas alasan takut untuk melilin.
Sebenarnya, kulit di bawah lengan amat nipis. Apabila menggunakan pisau cukur, ia boleh menyebabkan geseran keterlaluan pada kulit hingga menyebabkan tertanggalnya lapisan kulit paling atas.
Apabila kulit mulai sembuh daripada geseran itu, parutnya (biasanya tidak begitu nampak di bawah lengan) boleh menyebabkan kulit menjadi gelap.

Tumbuhan
Lemon amat popular dalam produk pemutihan kerana asid yang terkandung di dalamnya membantu mengurangkan kesan pigmentasi. Perah sedikit jus lemon pada kawasan gelap dan biarkan ia kering antara 15 hingga 30 minit. Kemudian cuci dengan sabun buku dan air suam.
Jus lemon boleh juga dimasukkan ke dalam botol dan semburkannya pada bawah lengan beberapa kali sehari bagi mendapatkan hasil segera. Ia juga boleh dijadikan alternatif deodoran bagi mereka yang alah dengan bahan kimia.
Asid dalam ubi kentang juga dapat membantu mengurangkan masalah terbabit. Caranya sama iaitu gosok kentang (sebaiknya dilenyek atau dipotong kecil bagi mendapatkan jusnya) pada kawasan bermasalah selama 10 hingga 15 minit. Bilas kawasan terbabit dengan air suam.

Soda penaik
Elemen pemutih semula jadi dalam soda penaik amat sesuai untuk membantu mengurangkan kesan gelap atau hitam di bawah lengan.
Komponennya tidak terlalu berasid atau beralkali, sekali gus elok untuk digunakan pada kulit.
Ia turut membantu mengimbangi tahap pH kulit dan boleh digunakan untuk memerangkap bau badan serta menyingkirkan kulit mati.


Last edited by laila-nur on 25-7-2014 01:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 09:58 PM | Show all posts
sy ada kut, sakit hati.....everytime luk at it, sakit hati, pening kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.163687 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list