CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 5

Boleh pakai pendakap gigi dari umur 12 tahun

[Copy link]
Post time 2-8-2014 04:03 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Walaupun masalah kesihatan pergigian kanak-kanak dewasa kini semakin baik hasil pelbagai program berterusan Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, namun maloklusi pergigian seperti gigi berlapis dan jongang dalam kalangan kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya.
          
        Pakar Perunding Ortodontik, Jabatan Ortodontik, Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Rohaya Megat Abdul Wahab berkata kanak-kanak yang menghadapi masalah maloklusi ini boleh mendapatkan rawatan seperti pemakaian pendakap gigi seawal usia 12 tahun.
          
        "Bagi mendapatkan rawatan ini, kanak-kanak berusia melebihi 12 tahun dilihat sesuai memandangkan gigi susu telah tanggal dan telah berada dalam gigi kekal.
          
        "Kanak-kanak ini perlu hadir ke hospital atau klinik ortodontik berkaitan bagi mendapatkan nasihat yang betul sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.
          
        Katanya, bagi kanak-kanak yang mempunyai gigi yang jongang, kaedah rawatan menggunakan aplians fungsi mungkin dapat dilakukan kerana rawatan itu sesuai bagi kanak-kanak yang sedang dalam proses tumbesaran.
       
        Kebanyakan kanak-kanak atau remaja yang mempunyai gigi yang berlapis pula lebih sesuai dirawat menggunakan aplians tetap.
          
        Dr Rohaya berkata, pemakaian pendakap gigi ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak selain membolehkan mereka dapat mengunyah makanan dengan betul dan bertutur dengan jelas tanpa masalah.
            
        "Bermula daripada usia awal mereka ini juga, kita boleh menerangkan kepada mereka kebaikan atau fungsi pendakap gigi ini supaya tidak menjadi bahan ejekan dari kawan-kawan di sekolah seperti 'gigi besi'," katanya.
          
        Katanya, pendakap gigi diperbuat daripada keluli tahan karat atau seramik dan pendakap gigi ini adalah selamat digunakan. Wayar arkus yang digunakan pula diikatkan pada pendakap dengan menggunakan modul elastik (getah) pelbagai warna dan corak yang menarik seperti hijau, kuning, dan merah jambu.

berita penuh - http://www.sinarharian.com.my/na ... r-12-tahun-1.304212

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 02:27 AM | Show all posts
Kos nya ribu raban jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:56 PM | Show all posts
adlii posted on 8-8-2014 02:27 AM
Kos nya ribu raban jugak

kalau kat gomen rasanya tak sampai ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 02:10 PM | Show all posts
Dulu tak pernah tau gomen ada sediakan perkhidmatan buat braces ni. Tapi rasanya sampai umo 18 tahun aje kan?? Tapi kena tunggu giliran kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:33 PM | Show all posts
julia5094 posted on 3-9-2014 02:10 PM
Dulu tak pernah tau gomen ada sediakan perkhidmatan buat braces ni. Tapi rasanya sampai umo 18 tahun ...

mesti lama nak tunggu giliran kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 03:15 PM | Show all posts
cuti mgu lepas bru anta anak pegi cek gg utk buat braces....umo 12 tahun ader 8 batang lagi gg susu, doktor tu kate tggu gg susu dia abis gugur dulu bru leh buat....next tunggu 6 bulan lagik utk cek gigi dia......

dr yg me baca kat klinik gg tu takde ckp pun had umo pastu kalu kompom leh buat dia bagi surat trus pegi dekat klinik pakar utk buat braces

me rasa yg lama kalu wat gg palsu kot!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046653 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list