View: 8873|Reply: 19
|
Cerpen:Dating Online -ForeverAloneDotCom
[Copy link]
|
|
Edited by Esmiria at 24-8-2015 01:51 PM
' He's so sweet! Dia mainkan gitar sambil menyanyi lagu I Will Always Love You untuk aku..Bertuah gila aku dapat boyfriend macam dia. Aku sayang sangat kat dia. .. Dia telah menjadikan hari lahir aku semalam ialah hari lahir yang paling best sekali aku pernah sambut . Dia bla bla …..'' cerita Ita, rakan baikku tentang sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke - 23 semalam. Disambut bersama boyfriendnya. Katanya lagi, apabila selesai potong kek bersama, adegan suap menyuap berlaku. Kemudian adegan make love di tepi tasik. Errk, berani mati betul rakan baik aku ni melakukan perbuatan geli-geli tersebut dengan boyfriendnya. Tentulah aku yang mendengar perihal mereka berdua berasa cemburu. Cemburu kerana tidak mempunyai kekasih setiap kali mendengar tentang mereka yang selalu dia beritahu padaku. Alangkah bahagianya jika aku mempunyai kekasih yang romantik seperti kekasihnya.
Tapi apakan daya, aku tidaklah secantik Wawa Zainal atau Izara Aishah atau Hanis Zalikha atau errr banyak pulak atau aku ni. Kalau didalam bahasa inggeris, ada perkataan untuk rupaku ini.. Iaitu ' Neutral Zone ' . Sederhana badanku dan biasa wajahku. Tidak ramping dan tidak berisi badanku serta wajahku tak akan mampu menarik mana-mana mata lelaki yang pervert atau bermata keranjang setiap kali aku keluar bersama rakan baikku yang sudah tentu cantik. Cantik seperti Lisa Surihani. Tapi kalau hendak dibandingkan dengan Lisa Surihani, cantik lagi kot rakan baikku.
' Wei, kau ni dengar ke tak apa aku cerita ni? ' soal Ita sambil menepuk kuat bahu kananku, mengejutkan aku daripada lamunan. Lamunan yang aku bayangkan jika aku mempunyai kekasih sepertinya... Aku sengih. Angguk sambil berkata
' Dengarlah.. lepastu apa kau orang buat lagi, ceritalah.. Kena tangkap basah ke? Hehe ''
usikku yang memang berharap diorang kena tangkap suatu hari nanti. Tampaknya, responnya hanya mengundang kehampaan dalam hatiku. Tiada sesiapa yang nampak perlakuan mereka pada malam semalam.
' Untung kau dapat boyfriend macam dia. Aku ni, sejak sekolah hingga dah habis sekolah dan sudah bekerja . Tiada siapa pun nak kat aku. Teringin gak rasa nak berboifren ni. Nak rasa manisnya cinta macam drama orang putih tu . ' kataku sugul.
Mataku melirik ke bawah. Jatuh ke riba aku. Jari telunjukku bergesel dengan jari telunjuk kiriku.
' Aku ni memang beruntung orangnya.. hehe.. eh, janganlah begini. Kalau kau nak berboifren tapi rupa kau tak macam aku. Aku ada cadangan untuk kau. ' ujar Ita dengan nada ceria membuatkan kegembiraan muncul didalam hatiku. Sengih di wajahku.
' Apa dia? Beritahulah cepat. Hehe.. '' sebutku teruja.
' Kau bawa laptop kau ke bilik aku ni. Nanti aku beritahu. ''
Aku bingkas daripada katil dan menuju ke bilik aku. Tanpa berlengah, terus sahaja aku mengambil laptop Acerku dan menapak masuk kedalam bilik Ita.
Setelah beberapa minit, aku telah menjadi ahli dalam sebuah laman didalam internet.
Sebenarnya Ita yang tolong daftarkan . Katanya ia sebuah laman dating untuk orang yang masih bujang dan ingin mengisi kekosongan hati dengan perasaan cinta. Atau dalam erti kata lain, mencari kekasih.
' Kau yakin ke dengan cara ini aku boleh dapat boifren? ' tanyaku ragu. Agak tidak yakin dengan cadangannya itu.
' Bukan boifren je, malah suami orang. Ehehe... percayalah cakap aku, kau akan dapat boifren melalui website foreveralone.com ni. Aku pasti, mesti ada orang lelaki diluar sana minat kat kau. Bak pepatah Dr Azizan Osman, fikir positif ' tuturnya memberiku semangat. Aku hanya diam sahaja sambil memerhati pictureku diupload ke profil aku dalam laman tu.
Sudah seminggu berlalu. Tiada khabar yang baik yang kudapat daripada laman foreveralone.com. Bodoh betul nama url website itu tersebut. Foreveralone? Come on.
Tema website ialah Dating Online tapi url seorang selamanya? Huh!
Kenapalah aku pergi ikut je kepala otak Ita tu untuk mendaftar menjadi ahli didalam laman tersebut? Kalau free takpelah juga. Ni kena bayar . Lagi bengang aku ni.
' Cikgu Fina, asal muka macam nak makan orang ni? ' tanya salah seorang rakan sekerjaku yang mengejutkan aku daripada fikiranku. Aku hanya tersenyum seraya berkata
' Takde apa-apa. Cuma fikir tentang macam mana nak handle budak-budak yang suka bercakap semasa saya mengajar subjek BM semalam. Lepas ni kelas budak-budak nakal tu. Mesti pening saya dibuatnya. ' bohongku memandang muka rakan kerjaku disebelah mejaku . Laman foreveralone tersebut sudah ku tidak layari sebaik sahaja rakanku menegurku. Oh tuhan, berilah aku cinta. Aku nak sangat macam mana rasanya bercinta dan aku ingin cinta itu membawa aku ke jinjang pelamin. Doaku dalam hati .
Amin.
' So macam mana Fina? ' tanya Ita padaku . Aku sedang menanda jawapan dalam buku latihan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Putih Hitam. Sekolah dimana aku mengajar. Sebenarnya aku cikgu sandaran sahaja untuk sebulan bagi menggantikan cikgu BM pelajarku yang sedang berpantang. Bolehlah sementara mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan SPTMku. Ceh, cakap macam fresh grad pula aku ni. Heh.
' Macam mana benda? ' jawabku tanpa memandang ke arah Ita yang berpakaian baju kelawar itu. Hishh, buruknya tulisan sorang budak ni. Sakit betul hati aku. Pangkah salah jelah.. ehehe..
' Lah yang foreveralone tu .. dah sangkut ke belum dengan mamat dalam tu? ''
' Tak. Tak berbaloi langsung duit untuk menjadi ahli dalam laman tu. ' balasku yang menumpukan perhatian ke buku latihan pelajar-pelajarku.
' Sabarlah.. mungkin dalam 2-3 hari tu adalah nanti. Mana tahu aku akan makan nasi minyak kau dulu ..ehehe.. ' Ita meledakkan ketawa halus. Aku hanya diam dengan harapan kata-katanya menjadi kenyataan.
Hari ini hari Ahad. Hari cuti bagi budak sekolah. Dan juga bagi aku. Walaupun ada kerja untuk menanda buku-buku pelajarku. Ahh, biar dululah. Malam kang baru aku buat kerja tu.
Laman Foreveralone.com itu kubuka dan ternyata saat ini telah mengundang perasaan teruja dan gembira dalam diriku. Aku mendapat satu mesej peribadi daripada seorang lelaki. Aku menggerakkan mouse aku ke profil lelaki itu dan ternyata lelaki itu tampan.
Tampan seperti Zain Saidin. Tapi kuagak dia lagi lawa daripada Zain Saidin. Bila cakap fasal Zain Saidin, sian dia dapat orang tua sebagai bini. Eh apa aku cakap ni, tolong abaikan.
Aku mengambil 15 minit untuk membalas mesej daripada lelaki tersebut. Ya, agak lama sebab aku hendak menatap gambarnya di dalam album-albumnya didalam laman tersebut.
Namanya Zerin. Berumur 26 tahun. Single dan mencari bakal isteri. Bakal Isteri. Wau!
Ada peluanglah aku tampaknya. Namun, keterujaan itu kutidak tunjukkan . Kerana aku hanya membalas mesej peribadinya dengan sepatah perkataan sahaja . One way conversation gitu..ehehe..
' Awak ni cantik. Saya tak pernah lihat perempuan secantik awak. ' balasnya. Dalam 2
minit sahaja. Aduhhhh..Berbunga-bunga aku mendengar pujiannya itu.
' Saya biasa-biasa je. '' balasku kemudian. Sengih.
' Biasa bagi awak. Tapi cantik bagi saya. Awak sudah lama ke single? ' responnya lagi.
' Dah lama. '' Lagi kulebarkan senyumanku.. teruja!
' Oh. Same here. Awak sibuk ke tu? ' tanya dia lagi. Ahhh, sudah-sudahlah Fina jual mahal. Kau bukan lawa sangat pon. Layan jelah mamat ni...ehehe.. Mengada betul aku ni.
' Tak. Awak ni hensem, takkan lama sangat bersolo ni? Lainlah saya yang tiada rupa ni... '
' Jangan cakap yang awak takde rupa. Awak ada rupalah. Tak baik hina diri sendiri.
Ermm saya pernah bercinta dulu tapi saya dikecewakan. Sebab itu lama sangat bersolo ni. Tapi entah kenapa tiba-tiba tahun ni saya terbuka hati nak mencari pasangan dalam ni. Awak baru ea dalam site ni? ''
' Ya. Baru mencuba dalam site ni. Kot-kot dapat kenalan baru ke. ''
3 minggu kemudian.
Aku memperbetulkan kedudukanku didalam restoran mahal tersebut. Aku tidak pernah menghadiri restoran mahal sebegini sepanjang hidupku apatah lagi bersama orang yang tersayang iaitu kekasih. Eh memang selama ini aku tiada kekasih pun.
Agak janggal pada mulanya masuk ke dalam restoran mahal sebegini. Namunku tetap berkelakuan biasa. Takkan nak buat perangai macam tak pernah jumpa restoran pula.
Malu ar gitu. Lebih-lebih lagi dihadapan aku ialah seorang lelaki. Lelaki yang sedang duduk bertentangan denganku. Dialah yang mengajak aku ke restoran ini. Dan aku rasa dialah yang akan bayar bil makanan kami nanti sebab aku tak bawa duit untuk pertemuan pertama kami ini. Kami sudah berkenalan hampir 3 minggu. Dia agak baik ku fikir. Naluriku mengatakan begitu. Setelah berkenalan didalam laman foreveralone pada hari itu , terus sahaja dia meminta nombor telefonku untuk berhubung jika dia tidak berada dalam talian.
Selalu juga dia telefon aku pada tiap pagi dan tiap malam sebelum aku tidur semata-mata hendak mengucapkan selamat pagi dan malam. How sweet! Cair londeh aku. Dia jenis yang pandai berkata-kata dan pandai buat lawak. Inilah lelaki idamanku selama ini! Aku dapati aku mempunyai perasaan terhadapnya dan aku rasa dia juga begitu.
Cuma dia tak luah lagi..heh!
Aku mengaku saat aku pandang dia buat pertama kali ketika sedang melangkah masuk kedalam restoran ini , aku terpesona seketika. Cair melihat wajahnya. Macam hensem je. Macam hensem je. Tapi dia memang hensem bangat!
Aku senyum padanya. Senyuman yang ikhlas dan menawan diwajahku ini. Dia membuka bicara..
' Awak nampak cantik malam ni '' pujinya. Aku agak tersipu-sipu . Aku yang berpakaian baju tali halus dan seluar ketat hanya membalas kata-katanya dalam nada yang lunak .
Aku takde dress seksi bagai, jadi aku pakai ini aja. Seksi sikit. Ehehe..Ada mata-mata lelaki gatal pandang aku tapi aku buat cool je.. Rasa macam retis pulak. Hehe.
' Takdelah . Biasa-biasa sahaja.. ' Namun, tiba-tiba aku rasa mahu terkencing menyebabkan aku meminta diri kepada Zerin. Haishh, itulah aku! Dah tahu nak dinner, pergi gatal minum air sebelum keluar. Sempat aku bertanya pada Zerin, dimana tandas.
Dia mengatakan yang aku perlu berjalan terus dan berhenti bila ternampak pintu yang mempunyai logo perempuan warna pink. Terus sahaja aku melangkah perlahan menuju ke tandas tersebut.
Aku mula mengambil tempat dudukku semula dan kudapati segelas jus berada di atas meja. Dua jus sebenarnya. Jus itu berwarna biru . Berbiji-biji dalamnnya. Macam telur lipas pun ada. Tapi takkanlah telur lipas pulak. Tak pernah aku lihat jus berwarna sebegitu. Erk.
' Awak pesan ke ni untuk kita? ''
' Ya. Minumlah .. Sedap tahu Jus ni. Jus ni dipanggil Pollosezrihc ''
' Erk. Pelik nama jus ni. Macam German pun ada. Macam Perancis pun ada. Biji apa dalam ni? ' ujarku yang sudah berkerut dahi. Tak pernah dengar akan nama jus tu.
Macam tak masuk akal je ada nama tu. Dia hanya tersenyum dan mempelawa aku minum. Katanya makanan utama akan dihidangkan sebentar lagi. Malas aku tanya pasal benda berbiji-biji tu. Kan nama pelik-pelik dia beritahu aku.
Sedap gila jus biru ini bila aku menghirup untuk kali pertama. Kemudian kuhirup untuk dua dan ketiga.
' Sedap? .''
' Sedap... inilah minuman yang paling sedap saya pernah rasa .. ' balasku . Jari jemari kananku masih memegang straw tersebut. Zerin sengih. Dia menyuruhku minum lagi selepas berkata
' Kan betul saya cakap? ''
Aku pula sengih lalu aku terus minum jus itu. Akan tetapi, tiba-tiba aku rasa mengantuk. Dan ingin tidur. Pandanganku makin kabur . Wajah Zerin yang tersengih itu terus lenyap setelah mataku tertutup.
Aduh sakitnya kakiku. Rasa macam kena toreh je. Aku perlahan-lahan membuka mataku dan aku berasa hairan. Dan tertanya-tanya.
Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh kat sini?
Aku memandang sekeliling. Sebuah cermin dihadapanku. Cermin yang panjang dan besar . Cukup untukku melihat diriku. Aku dapati diriku sedang diikat. Tanganku diikat juga kedua belah kakiku. Jeans biru sudah tertanggal tampaknya dan kelihatan seluar boxer aku kelihatan. Ya, aku pakai boxer bukan seluar dalam. Aku tak sukalah seluar dalam macam mak nenek tu. Besar pulak. Boxer ni kecil dan seksi sikit.
Aku amat terkejut. Aku pelik macam mana aku boleh berada dalam keadaan ini. Terikat dengan peha yang ditoreh dan darahku sedang mengalir . Patutlah rasa kesakitan yang amat.
Aku mula teringat apa yang berlaku tadi. Aku sedang duduk bersama Zerin didalam sebuah restoran mahal lalu aku minta diri untuk pergi ke bilik air. Eh tandas. Silap.
Takkan bilik air wujud di restoran pulak ya. Memang tak logik. Okay back to the flashback.
Sebaik sahaja aku kembali daripada bilik air, eh bukan tandas. Aku terus kembali kepada tempat dudukku . Aku bercakap dengan Zerin fasal jus biru itu dan aku meminumnya . Dan semasa meminunnyalah, aku rasa mengantuk dan hendak tidur. Bila buka mata, aku didalam bilik yang sederhana ini dalam keadaan yang terikat.
Dan sekarang aku sedang merasakan kesakitan yang amat. Kedua-dua pehaku seperti ditoreh. Eh memang ditoreh pun kot. Tengok gaya macam kesan torehan. Aku tahu kerana aku sering menonton filem yang mempunyai unsur -unsur yang ngeri.
Goddamit, sakitnya.. Aku tak patut jumpa Zerin tu. Aku rasa menyesal sekali. Kalau aku tak jumpa dia, sudah tentu aku tidak berada dalam keadaan sebegini . Dengan berboxer dan berbaju tali halus. He's a bad guy. Tentu dia telah merobek daraku tadi.. Wait, aku tak rasa dia telah merobek daraku sebab aku tak rasa sakit pun dalam vaginaku. Aku tahu sebab aku pernah baca fasal dara ni. Tak silap aku buku itu bertajuk Permata Yang Hilang Sudah Dijumpai. - buang dua perkataan di hujung tu.
Aku cuba meleraikan ikatan tangan di kaki katil tapi ….
Zerin tiba-tiba muncul. Dengan wajah yang serius dan mengerikan. Macam nak makan orang. Rasa gerun menerkam kedalam diriku. Seluruh badanku tiba-tiba menggeletar ketakutan. Dia menjilat bibirnya serta renungan matanya amat tajam. Rambutnya berserabai. Pipi kirinya mempunyai kesan darah begitu juga pipi kanannya. Kuagak darah itu mungkin darah aku kot. Tangannya menggengam pisau . Pisau tersebut mempunyai kesan darah juga. Mungkin pisau itu yang digunakannya sebagai alat untuk menoreh kedua-dua pehaku yang kecil ini.Pisau itu sangat besar. Pisau yang sepatutnya digunakan untuk memotong daging lembu.
Zerin yang kulihat tadi sudah tidak seperti sekarang. Penampilannya berubah. Riak wajahnya dan gaya berdirinya tidak ubah seperti penjahat. Takde dah gaya macam Romeo . Makin gerun dan takutlah aku melihatnya. Air mata jernih terbit mengalir dipipi tanpa kusedari kerana ketakutan. Ketakutan yang amat sangat.
Dia berjalan menghampiriku. Dan melutut ditepi katil sambil menghiris perlahan pipi kiriku. Aduh sakitnya.
' Sakitlah, bodoh ' makiku. Hirisan panjang dan tipis itu mengeluarkan darah merah .
Zerin hanya ketawa dengan mata yang menjengil. Lalu dia menuturkan ayat yang berbunyi begini
' Kau tahu tak Fina, sejak aku nampak kau dalam laman tu. Aku tahu kau amat sempurna untuk menjadi santapan aku..haha.. ' Dia meledakkan ketawa besar. Bergema satu bilik. Aku menelan air liur dan menahan sakit yang amat sangat . Yang terasa di pipi dan kedua-dua peha aku. Aku tahu aku akan dirogol tak lama lagi. Fina, berserahlah.
' Aku tahu kau mahu rogol aku tapi tolong lah. Jangan. Dara aku ni untuk suami aku nanti. Tolong.. dan please jangan cederakan aku ' rayuku dengan air mata jernih yang mengalir di pipi . Sakit setiap kali butir-butir itu mengenai lukaku. Aku tidak berdaya untuk melepaskan ikatan kerana ianya amat kuat ikatannya.
' Siapa nak rogol kau? Ehhhhhhh, aku tak inginlah rogol kau. Daripada rogol kau, baik aku makan kau! Hahaha! ' ucapnya dalam nada tinggi. Lalu menjilat darah di pipiku.
Aku menutup mata kemudian membuka mataku kembali. Benarkah apa yang aku dengar ini? Adakah ini mimpi? Tidak. Tak mungkin ini mimpi. Sebab aku merasakan sakit sekarang..
' Maksud kau apa? '' aku menengking dia. Riak tegang diwajahku.
' Ahh, aku tak mahu beritahu apa maksud aku. Yang penting aku dapat makan kau malam ni. Dah lama aku pose makan daging tahu. Seminggu , kau tahu tak?'
' Menyesal aku berkawan dengan kau Zerin. Aku takkan maafkan perbuatan kau padaku ' ujarku lemah. Kemudian menutup mata. Menunggu ajalku. Tak guna aku melawan. Dia tetap hendak makan aku. Bagaimana? Tak tahu. Mungkin dia ini keturunan kanibal agaknya.. Tak beberapa minit kemudian didalam kesakitan yang amat sangat seperti diseksa di dalam Neraka Jahannam, mataku tertutup. Tertutup untuk selama-lamanya. Goodbye world, hello grave.
Zerin membawa dulang yang besar berisikan daging-daging yang dilapahnya ke luar bilik. Kulit-kulit yang menutup daging yang terpisah daripada isinya itu diambilnya satu persatu kemudian diletakkan didalam ' frying pan ' yang sedang dihangatkan setelah dulang besar itu diletakkan di atas meja makan.. Agak senang baginya untuk memisahkan kulit daripada daging manusia kerana ia amalan yang biasa diperlakukannya setiap kali berjumpa dengan rakan alam mayanya dialam nyata.
Darah yang menitis ke lantai ketika dia membawa ke luar bilik itu membentuk tompok kecil dan bulat. Dia tak peduli pasal darah yang tidak berlap itu. Yang penting dia dapat memuaskan nafsu makannya.
Daging-daging yang saiznya lebar dan nipis itu masih berlumuran dengan darah.
Daging -daging itu dijilatnya beberapa kali untuk menghilangkan darah di daging itu.
' Sedap! ' katanya sendirian. Rakus sahaja lidahnya menjilat darah manusia yang terdapat di daging itu bagai seorang yang tidak makan selama empat puluh hari itu.
Kulit-kulit yang dimasak sampai garing dan rangup itu diletakkan di bahagian bawah dan atas beberapa keping daging mentah manusia yang nipis bak burger mcd yang selalu diboikot ikut musim di Malaysia. Separuh daging perempuan itu termasuk biji
' kacang'' yang dikeratnya disimpannya dalam peti sejuk.
Dia memakan dengan selahap-lahapnya. Sesedap perut pedalnya . Sejam sahaja diperlukannya untuk menghabiskan makanan specialnya itu. Sudah lama bangat dia tak makan daging fresh sebegitu. Segar dari ladang bak kata penggembala kambing.
Dia bangkit. Kekenyangan. Dia melangkah masuk kedalam biliknya. Satu rangka manusia diatas katilnya terlentang dan terkangkang luas. Habis tiada isi yang terdapat di tulang-tulang itu. Kecuali satu bahagian yang dia belum makan. Iaitu kepala perempuan itu. Dia hanya memandang ke arah perempuan itu setelah mendekatinya disisi katil.
' Terima kasih. Kau sungguh sedap . Dan aku dapat rasa yang otak kau dan mata kau pasti sedap. '
Otak perempuan itu dan bola matanya diblendernya sampai hancur hingga kelihatan seperti jus. Diisinya didalam termosnya sesudah tambah dua senduk gula. Dia yang berpakaian kemeja dan seluar hitam itu melangkah keluar daripada apartmennya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Tulang-tulang perempuan itu dIsusun rapi setelah menceraikan satu demi satu di dalam almari yang besar semalam sebelum dia masuk tidur. Yang penuh dengan tulang-tulang manusia juga tengkorak yang dipecah menjadi ketulan kecil.
Dia sudah sampai ke pejabatnya. Pejabat dimana dia bekerja sebagai '' grafik designer ''.
Sesungguhnya dia gembira hari ini. Sebelum dia memulakan tugasnya, sempat dia membuka laman Foreveralone Dot Com. Dia browser profile perempuan disitu dan menghantar pesanan peribadi kepada perempuan yang baru daftar di laman itu iaitu Ita.
Seminggu kemudian, dia berjumpa dengan rakan perempuan alam mayanya.... dan nasibnya sama seperti Leya. Ternyata perempuan yang mengalami nasib yang sama seperti Leya ialah rakan serumah Leya sendiri. Rakan serumah Leyan yang playgirl itu sememangnya patut menerima balasan.
Jadi berhati-hatilah dengan rakan alam maya anda. Mana tahu anda akan dimakan olehnya!!!
>>>>> Tamat<<<
Cik Esmiria.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ahahhaha seramnye cite ni.. ingatkan tipikal cite cinta2.... |
|
|
|
|
|
|
|
very scary... peringatan utk pembaca... thank for sharing TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-8-2014 09:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
alaa posted on 6-8-2014 01:47 PM
ahahhaha seramnye cite ni.. ingatkan tipikal cite cinta2....
hehe. ..cer bca cter len, de plot twist. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-8-2014 09:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Cik_Andak posted on 6-8-2014 12:25 PM
Erkkkk....skeri....
hehe. byk dh kes toreh menoreh dlm malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-8-2014 09:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 6-8-2014 02:09 PM
very scary... peringatan utk pembaca... thank for sharing TT...
Jaga2, ada org cmni. jdi kesimpulannya jgn caya org di tenet...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
mula mula kelakar..pastu scaryyy...
cerita ni sesuai dijadikan episod dalam Criminal Minds.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung jadi novel best ni TT |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 13-8-2014 09:04 AM
Jaga2, ada org cmni. jdi kesimpulannya jgn caya org di tenet...hehe
inshaaAllah... akan dijadikan peringatan utk diri sendiri nanti... thank TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-8-2014 09:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lina21 posted on 13-8-2014 09:35 PM
sambung jadi novel best ni TT
trust me.Anda akan bosan bila bca novel sya. hehe. Thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-8-2014 09:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Elle_mujigae posted on 13-8-2014 08:53 PM
mula mula kelakar..pastu scaryyy...
cerita ni sesuai dijadikan episod dalam Criminal Minds..: ...
kelakar tang mana tu? .Cakap sket. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-8-2014 09:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-8-2014 07:59 AM
inshaaAllah... akan dijadikan peringatan utk diri sendiri nanti... thank TT...
thanks gak! Cerpen saya TERLALU OPEN. Jadi jgn rasa geli dahle! hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 17-8-2014 09:29 PM
thanks gak! Cerpen saya TERLALU OPEN. Jadi jgn rasa geli dahle! hehe
perasaan geli tu ada tp masih boleh dikawal... hehehehhehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-8-2014 09:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-8-2014 08:45 AM
perasaan geli tu ada tp masih boleh dikawal... hehehehhehe...
ahaha..takpe2...ia hanya nama.Bkn video.Jarang org nak wat tema cinta sejenis..hehe...Alaaa cerpen sya yang lenkan ada unsur2 saiko...Takpelahkn klo yang ni ada... bkn semuanya..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria, Gincu kompius pasal boxer tu.
Aku tak sukalah seluar dalam macam mak nenek tu. Besar pulak. Boxer ni kecil dan seksi sikit. Bukan ke boxer yg lagi besar dari seluar dalam (panties)? Boxer untuk perempuan memang biasanya lebih ketat berbanding boxer utk lelaki yang longgar, tapi boxer tetap lagi besar saiznya dari seluar dalam. Boxer mostly covered whole groin part and some top of the thigh. Kalau nak kecik dan seksi, pakai g-string . Mak Gincu selalu kata, tutup caping je ni. :-p Wujud ke perkataan caping dalam kamus dewan, Gincu pun tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2014 02:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
GincuPurple posted on 25-8-2014 11:57 AM
Esmiria, Gincu kompius pasal boxer tu.
Bukan ke boxer yg lagi besar dari seluar dalam (panties)? Bo ...
caping tu bende? Sorry....saya pernah nmpak boxer abang saya saiznya kecil(dia bkn kcil orangnya) .tak tahu sal boxer len. Sebab tu saya taruk je boxer...hmmm ..apa2 pun thanks tuk kritikan. Nak saya edit part perenggan boxer tu ke? ke takyah? Last edited by Esmiria on 25-8-2014 02:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 25-8-2014 06:12 AM
caping tu bende? Sorry....saya pernah nmpak boxer abang saya saiznya kecil(dia bkn kcil orangnya ...
Boxer
Terpulang la Esmiria nak edit ke tak. Gincu sekadar berkongsi pendapat je, supaya maksud boxer tak salah. Tak pun, abaikan je komen Gincu.
Btw, Gincu pun tak tau apa maksud caping. Cuma nya mak Gincu selalu kata 'besar caping/tutup caping je' bila dia lipat G-String. Nanti bila balik Dec Gincu tanya mak, apa yg dia maksudkan caping.
Last edited by GincuPurple on 25-8-2014 10:16 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2014 07:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
GincuPurple posted on 25-8-2014 06:13 PM
Boxer
Terpulang la Esmiria nak edit ke tak. Gincu sekadar berkongsi pendapat je, supaya mak ...
ok. thanks sebb baca yerp. Malas btol nak edit.. Nanti dah tahu maknanya, mesej saya k! |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerpen ferst aku kat sini. cerpen ni terlhir after read cerpen saiko ahmkid. Aku nmpk ada sambutan cerpen saiko dia then aku taip.
8++
Time aku wat thread ni. Aku blur pasal cari. Tak reti tag,check noti,pm or bukak thread teka teki ni.
Komentrr pertama Zamzam.
Asalnya, siar cerpen sini untuk promote blog je. Tapi entah macam mana, aku nk org komen and post cter kat forum.ni walhal cerpen aku ni tak elok untuk bwh umur.
Hoho.ada satu hole dlm.cerpen ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|