CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4124|Reply: 7

Mesin roti jala

[Copy link]
Post time 17-8-2014 03:15 AM | Show all posts |Read mode
Proses pembuatan roti jala secara konvensional amat merumitkan, lebih-lebih lagi jika dihasilkan dalam kuantiti besar.
Kerja menjala pula perlu konsisten bagi mengelak bancuhan menitis ke kuali, sekali gus merugikan.

Jika tersilap ‘jala’, bentuknya menjadi tidak sekata dan menjejaskan kualiti kuih yang ingin dijual.

Sebagai badan penyelidikan, MARDI ada formula penyelesaiannya. Ia hasil kreativiti Pegawai Penyelidik Pusat Mekanisasi dan Automasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Saiful Azwan Azizan.
SAIFUL Azwan bersama mesin yang dibangunkan menggunakan kuasa elektrik.



Penyelidik muda berusia 27 tahun itu mencipta mesin pembentuk roti jala yang dimanfaatkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).





Mengambil masa dua tahun, inovasi dihasilkan itu memenangi tiga anugerah berprestij pada peringkat dalaman MARDI mahupun luar.

Antaranya, pingat  perak sempena Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2014, pingat emas Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2014 dan Anugerah Produk Inovatif Malaysia ITEX 2014.

Saiful berkata, idea menghasilkan mesin itu bagi mempertingkatkan makanan warisan negara.

“Saya bertanggungjawab membuat mesin pembentuk kuih jala dalam usaha menginovasikan penggunaannya secara konvensional,” katanya.

Secara tradisional, senduk khas berlubang digunakan untuk menjala di kuali.

“Biasanya roti jala mudah dilihat pada Ramadan mahupun Aidiladha manakala sukar didapati pada waktu lain.

“Jika ada sekali pun ia ditempah melalui pengusaha katering serta produk sejuk beku roti jala keluaran usahawan,” katanya.

Proses tuang dan pusing (menjala) katanya, sangat memenatkan, terutama dalam kuantiti banyak.

Bersandarkan masalah itu, katanya, sebuah mesin roti jala yang mampu bergerak secara automatik dihasil­kan.

“Mesin itu akan berfungsi untuk membentuk sendiri manakala peranan pembuat adalah angkat dan gulung.

“Ia menjimatkan masa untuk menjala manakala tugas menjala dilakukan oleh mesin,” katanya.

Kelebihan mesin itu, katanya, ia akan menghasilkan bentuk jala yang konsisten dengan ketebalan sama.

“Mesin ini tidak memerlukan tenaga kerja mahir, apatah lagi kerja menjala tidak semua orang boleh buat.

“Malah, penggunaannya boleh dipertingkat sama ada kuali diolah kepada penggunaan elektrik ataupun gas, selain tambah dua atau tiga bancuhan,” katanya.

Ditanya mengenai kesesuaian pasaran produk itu, katanya, ia difokuskan kepada usahawan IKS, kios dan pasar raya.

“Sebaliknya tidak sesuai untuk penggunaan isi rumah yang menghasilkan ­kuantiti sedikit dengan mengambil kira faktor harga,” katanya.

Terdapat dua bahagian utama membabitkan taku­ngan bancuhan dan kuali leper panas berkuasa elektrik.

“Sistem takungan akan bergerak secara paksi dan rawak, selain sudah set reka bentuk pada jejari dan paksi,” katanya memberitahu mesin itu mengurangkan pembaziran sehingga 90 peratus.

Mesin itu menghasilkan 300 roti jala sejam, berbanding konvensional kira-kira 150 keping sejam.

“Sistem takungan ini boleh memuatkan seliter bancuhan dan jarak takungan dengan kuali dicadangkan dua sentimeter.

“Penghasilan pada skala besar memang menguntung­kan, selain bakal mendapat pulangan semula dalam ­tempoh tujuh bulan,” kata­nya.

Katanya, mesin itu meng­gunakan tenaga elektrik berkuasa 6 kilowatt (KW) untuk pemanas dan meng­gunakan hidraulik angin (pneumatik) untuk menggerakkan dua kuali ke kiri dan ke kanan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2014 02:02 PM | Show all posts
brapa harga mesin tu??
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 05:47 PM | Show all posts
Berbaloi ker kalau beli ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bape harga... berbaloi agaknya utk yg wat biz
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:23 PM | Show all posts
mesin ni nampak mcm tak leh lipat & angkat. jugak tak de timer bgtau dah boleh angkat.

kalau aku lah jadi tokay, dari aku suruh budak aku tunggu tenung sampai masak, baik aku suruh dia menjala sekali. bukan setakat 2 at one time, 1 kuali besar tu 5 pun boleh.

kalau mesin ni boleh siap lipat & angkat lepas tu longgok kat sebelah baru boleh pakai. tapi kalau masa yg sama boleh buat 5, mesin ni cuma buat 2, dan masih perlukan bilangan pekerja yg sama, mesin ni dah cut work hours 3/5 (biasa boleh buat 5, ni boleh buat 2 jer).

bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 10:45 PM | Show all posts
Bukan senang nak buat mesin yg serba lengkap bro,

Kalau sembang, menaip dan teori memang senang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 09:33 PM | Show all posts
Tak baca ke arikel tu?
kalau takat nak buat sikit2 tak berbaloi.... mesin ni sesuai untuk jualan skala besar...

kira dah ok la tu ada usaha nak buat msin ni..... nanti lama2 ada la improvemet...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 09:05 PM | Show all posts
Baguslah ada usaha dari pihak mardi utk tolong usahawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054287 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list