View: 10057|Reply: 41
|
Novel Misteri : Jerlun - Chapter 4
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa kabar semua? First time jejak kaki tempat ni.hihi.
Aku berasal dari MPS. Membesar kat sana. Tiba-tiba tergerak nak post novel yang aku tulis masa kecik-kecik. Tak habis lagi.
kat sana semua kisah benar. Aku ni sekadar novel. Aku actually dah post kat sana dah. skt. ada 2 chapter. Jadi aku mula kan kat sni dengan 2 chapter yang aku dah letak kat sana dengan 1 chapter baru ye? ty.
oh btw. Kalau berminat dengan cerita seram boleh g ke bod MPS.
Dan thread aku nye pengalaman seram di sini. ty.
Hope boleh kasi komen ikhlas atau cadangan penerusan cerita ni.hihi.
Sinopsis
Jerlun ini berkisarkan tentang Zam, seorang detektif dari sebuah private investigator firm yang secara tak sengaja terlibat dalam satu serbuan sarang dadah yang lead kepada event-event yang menakutkan dan membahayakan.
Nordin, seorang doktor di Kampung Baharu Jerlun yang menyimpan 1 rahsia besar.
Hassan, seorang anak yatim piatu yang kehilangan keluarganya dalam 1 pembunuhan kejam dan meneruskan kehidupan sebagai pengedar dadah.
Wati, cucu kepada Tok Da, seorang guru silat. Saksi sebuah kejadiaan mistik yang agak ganas.
Ustaz Nor Faiz, isterinya dibunuh kejam oleh makhluk hitam yang menghantui Kampung Baharu Jerlun.
Apakah hubungan mereka semua? Nantikan.
Jerlun.. kau ku puja hingga ke ahir nafasku. *copy paste dari sana*
HEADNOTE : Bagi Memudahkan semua mencari chapter2 aku
Prolog - Page 1 (2#)
Chapter 1 - Page 1(3#)
Chapter 2 - Page 1 (4#)
Chapter 3 - Page 1 (16#)
Chapter 4 - Page 2 (39#)
Last edited by skalar on 29-10-2014 10:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PROLOG
Hutan tebal , barat Kampung Baharu Jerlun
Zam , Wati , Hasma , Ustaz Nor Faiz dan Ustaz Anis berlari daripada tapak pemujaan itu. Kehadiran Jerlun pantas disedari Zam. Namun , segala-galanya terlambat apabila Jerlun sempat menghidu bau mereka. Jerlun terus melompat dari pokok ke pokok mengejar mereka.
“ Apa yang membuatkan kamu menuduh ‘dia’ adalah Jerlun? “ Ustaz Nor Faiz sempat menyoal Zam semasa mereka berlari itu.
“ Saya ada bukti yang kukuh untuk menuduh ‘dia’, ustaz. Cuma belum sampai masanya lagi. Saya harus fikir cara yang terbaik untuk memancing dia keluar dalam rupa sebenarnya. “ Tenang Zam membalas.
Larian yang pantas membuatkan Ustaz Nor Faiz keletihan. Usianya yang semakin lanjut memakan dirinya. Lariannya kian perlahan. Pantas Jerlun melihat peluang itu. Dia melompat ke arah Ustaz Nor Faiz dengan agak pantas. Satu cucukan padu diberi ke dada Ustaz Nor Faiz. Darah memercik dan ustaz terpelanting jauh. Wati menjerit ketakutan.
“ ZAM! Ayah! “ Zam dan yang lain terkejut dengan situasi itu. Zam menyuruh semua berhenti dan menyorok di belakang belukar. Wati kelihatan sedang memeluk ayahnya yang di penuhi darah. Jerlun berjalan tenang ke arah mereka.
Zam mula menyedari bahawa keadaan itu memaksa dia untuk berhenti berlari. Demi keselamatan Wati , dia terpaksa bertarung dengan Jerlun.
Tangan Jerlun tinggi di angkat apabila melihat Wati di depan mata. Dengan mengumpul segala kudrat , Zam berlari dan melompat. Ketika itu Zam meninggi suara, separa menjerit, “Jangan ada yang pandai-pandai nak join ke apa”. Kemudian, kedua-dua kakinya dilunjurkan ke arah Jerlun. Satu sepakan terbang ke dada Jerlun. Dia terpelanting ke belakang. Terus ke kawasan tebing sungai. Dia jatuh di situ. Zam pantas berlari ke kawasan itu. Dia cuba menarik perhatian Jerlun agar Wati sekeluarga dan Ustaz Anis selamat.
“ Jerlun. Khabarnya kau begitu di geruni di kampung ini? “ Lagak Zam begitu berani. Walhal , dalam hatinya menyimpan beribu-ribu rasa.
Jerlun sekadar mengerus kencang. Umpama seladang melihat kain berwarna merah. Zam bertawakkal. Dengan segala ilmu persilatan yang dipelajarinya , dia akan cuba menjatuhkan makhluk itu malam ini.
Zam membuka langkah dengan menyepak kaki Jerlun. Dia menahan dan membalas dengan satu tumbukan. Zam pantas mengelak tumbukan Jerlun. Lembaga hitam itu kini bergerak dengan lebih agresif lagi. Dia mengangkat seketul batu besar dan dibaling ke arah Zam. Zam terpaksa melompat ke dalam sungai untuk mengelak dari terkena batu itu. Jika tidak , pasti nyawanya akan bercerai dari badannya. Mujur saja air sungai tidak begitu deras. Zam menaiki tebing dan berlari ke arah tepi Jerlun.
Wati melihat Zam berhempas pulas bertarung dengan Jerlun. Zam yang menaiki tebing berlari ke arah Jerlun sambil menjeritkan sesuatu ke arah Jerlun. Dengan genggaman tumbukan di tangan, Zam berlari pantas.
Sejurus itu , Jerlun mengambil langkah dengan melompat tinggi ke arah Zam. Namun , lompatan itu menjadi peluang kepada Zam apabila dia menggapai sebatang kayu dan mencacakkannya. Jerlun berjaya mengelak sedikit. Akan tetapi , kayu itu sedikit tertusuk di badan Jerlun. Jerlun mengerang kesakitan. Matanya tepat memandang ke arah Zam. Dengan rasa penuh benci , Jerlun berlari ke arah Zam dan secara tiba-tiba menghilang dalam kegelapan malam. Zam tahu yang dia perlu berhati-hati kerana syaitan mampu melakukan apa sahaja dengan izin Allah SWT.
Dari kejauhan , Wati merangkul bapanya , Ustaz Nor Faiz yang dilumuri darah. Hasma dan Ustaz Anis yang berada di situ melihat pertarungan antara Zam dan Jerlun. Mereka ditegah untuk membantu kerana khuatir perkara buruk akan berlaku. Zam juga berpesan kepada Ustaz Anis secara bersendirian , bahawa jika dia mati atau tewas , bawalah keluarga Ustaz Nur Faiz keluar dari situ. Dalam hati Wati , dia begitu merisaukan kekasihnya itu , Meskipun baru bercinta, mereka sudah lama saling mengenali. Hal ini menyebabkan Wati begitu risau akan keadaan Zam. Dia sentiasa berdoa agar Zam selamat.
Zam cuba memberikan fokus 100 peratus agar dia dapat menewaskan Jerlun. Setelah lama menyepi , Jerlun tiba-tiba muncul di sisi atas Zam. Satu sepakan padu tepat mengenai hidung Zam. Darah merah pekat memancut keluar dari hidungnya. Dia menyapu darah itu. Zam terus mencari kelibat Jerlun. Setelah mengenal pasti lokasinya , Zam membuka bunga-bunga bagi Silat Harimau yang dipelajarinya. Dengan beberapa potong doa , Zam menerkam ke arah Jerlun umpama seekor harimau yang garang. Jerlun berjaya menepis tumbukan Zam. Namun , dia leka. Kaki Zam meluru ke dadanya selepas itu. Sakitnya begitu mencengkam. Jerlun tidak mudah tewas , dia bangun dan menyeka darah yang mengalir di bibirnya akibat tendangan Zam yang sangat kuat itu tadi.
“ Jangan kau perlekehkan aku , jahanam. Tunjukkan kuasa sebenar kau. Aku tahu kau masih tidak mengeluarkan kuasa kau sepenuhnya. “ Zam menyedari perkara ini kerana dia begitu mahir dalam dunia persilatan. Sebagai seorang yang bukan baru dalam bidang ini, dia mampu mengukur sejauh mana musuhnya menggunakan tenaganya.
Jerlun kini berdiri dalam keadaan statik , memandang ke arah Zam. Dari tenungan itu , Zam mengagak bahawa Jerlun sedang memikirkan sesuatu.
“ Mari. “ Zam terkejut apabila Jerlun bersuara.
Pantas Zam berlari ke arah Jerlun. Dia telah mencapai sebatang kayu panjang di tanah. Dengan gaya seorang samurai , Zam melibas kayu itu ke arah Jerlun. Zam sempat melihat yang Jerlun tidak berganjak walau seinci pun. Kayu yang dipukul oleh Zam pecah berkecai di kepala Jerlun. Namun , Jerlun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dengan sepantas kilat, Jerlun yang berada di hadapan Zam mengenggam kolar bajunya. Lututnya dilayangkan ke perut Zam dan dia berpusing menyepak sisi perut Zam. Dia terpelanting jauh, hampir-hampir ke dalam sungai. Jerlun berjalan tenang ke arah Zam. Zam bangun dan meluru secara mendadak ke arah Jerlun , dia menyiku perut Jerlun dan menyebabkan Jerlun terjatuh.
Dengusan kuat kedengaran dari Jerlun. Dia bangun dan berlari-lari anak ke arah Zam. Satu sepakan yang begitu padu dihalakan ke arah Zam. Dia sempat mengelak dan menyebabkan sepakan Jerlun terlepas ke udara. Di ketika ini , Jerlun menarik kakinya semula menyebabkan tumitnya betul-betul menghentak tulang belakang Zam. Zam terkaku kepedihan. Jerlun kali ini mengangkat Zam dan menumbuk perutnya bertubi-tubi sehingga menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku.
Di ketika ini , Ustaz Anis terpaksa membawa Wati , Hasma dan gurunya pergi dari situ. Dia begitu sesal kerana dia tidak mampu membuat apa-apa. Dia sekadar menuruti perintah Zam. Wati tidak sanggup meninggalkan Zam berseorangan di situ. Tetapi , desakan kakaknya menyebabkan dia terpaksa akur. Rembesan air mata menjadi tanda perpisahan mereka.
“ Itu sahaja ke yang kau ada? “ Zam sempat memperlekehkan Jerlun. Jerlun begitu terhina. Dia mencampak Zam ke tanah. Dia memijak-mijak tubuh lelaki itu. Sepakan yang terakhir di kepala menyebabkan Zam pengsan. Jerlun melepaskan geram dan menyepak Zam ke dalam sungai.
Jerlun menjerit sekuat hati dan berundur dari situ selepas berjaya mengalahkan Detektif Zamanhuri. Dia terus berkeliaran semacam gila.
Di tengah perjalanan semasa melarikan diri , Ustaz Anis , Hasma dan Wati terserempak dengan Dr. Nordin. Dia kelihatan begitu kepenatan.
“ Saya dengar dari orang kampung. Katanya Ustaz Nor Faiz dan lain-lain mencari Jerlun di hutan ini. Saya berlari dari kampung ke sini. “ Dia kemudiannya melihat darah di baju Ustaz Anis.
“ Ya ALLAH , awak luka ke , Anis ? “ Dia begitu prihatin dengan mereka.
“ Bukan saya , tapi Ustaz Nor Faiz. “
“ Marilah ke klinik saya. Saya akan rawatkan. “ Dr. Nordin memimpin Ustaz Nor Faiz.
Ketiga-tiga mereka saling berpandangan… |
|
|
|
|
|
|
|
Chapter 1
Flat Sri Koloni , Ipoh
“ Pemalas! Bangunlah cepat! Kau nak kena denda lagi ke? “ Teriak Lee Ah Wai kepada rakan rumah sewanya di Flat Sri Konoli. Mereka begitu akrab sejak dari zaman persekolahan lagi. Lee mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Ipoh sebagai kerani sepenuh masa. Kesempitan hidup memaksa Lee merantau daripada Kelantan ke sini.
Lee dan rakan rumah sewanya mula berkenalan semasa rakannya terpaksa bersekolah di Kelantan selama setahun sebelum pulang semula ke Perak. Mereka saling berhubungan sejak pada itu sehingga ke hari ini.
“ Awal lagi la oi , baru pukul 7. “ jawab rakannya dalam keadaan mamai.
“ Memang la baru pukul 7 , tapi , kau kan masuk kerja pukul 7.30 ?” Lee begitu mengambil berat tentang hal rakan rumah sewanya itu. Rakan Lee bangun secara mendadak.
“ YA ALLAH! Aku terlupa aku kena datang meeting Syarikat Samudera tu! LEE! Kenapa kau tak kejut aku awal-awal lagi?” Dia kelam-kabut mencari tuala dan bergegas ke bilik mandi.
“Aku dah penat kejut kau dah. Dari pukul 6 tadi aku gerak kau. Kau kata kau penat , nak tidur lagi. Lagi pun , mana aku nak ingat yang kau ada meeting tu. Aku ke ‘detektif’ terhebat? “ Lee memerli rakannya itu.
“ Woi , kau main-main dengan aku. Aku cabut gigi kau tu! “ Walaupun berlainan bangsa dan agama , mereka tetap mesra. Semangat 1Malaysia yang wujud dalam diri mereka membuatkan persahabatan mereka kekal utuh sehingga ke hari ini. Jika dihitung-hitung , 3 bulan lagi , genap 11 tahun mereka berkawan dan 2 tahun mereka tinggal bersama.
Rakan Lee siap membersihkan diri. Dia berlari-lari anak mencari pakaian dan seluar yang patut dikenakannya. Hari ini , dia perlu mencari bukti-bukti bagi menguatkan tuduhan bahawa jawatan-jawatan tertinggi Syarikat Samudera bergiat aktif dalam pengedaran ganja dan herion secara gelap. Dia di upah oleh Ketua Pemasaran Syarikat Indera Bayu , Dato’ Termizi , dengan tujuan menjatuhkan Syarikat Samudera. Rakan Lee tahu bahawa dia bekerja untuk pesalah bagi menjatuhkan pesalah. Namun , dia hanya seorang Detektif Tahap 3 dari Ramath Co. Detective Agency. Tahap sederhana yang dimiliki tidak membenarkan dia mengeluarkan apa-apa suara kepada pihak pentadbiran. Dia hanya menerima kerja dan melakukannya. Meskipun begitu , dia ikhlas melakukan kerjanya demi mencari rezeki yang halal.
“ Aku turun dulu , nak panaskan enjin kereta. Kalau kau lambat , aku tinggal kau! “ Suara Lee menghancurkan lamunan rakannya itu.
“ Berani la kau tinggal aku . Aku bagi kau makan kasut nanti! “ Mereka ketawa besar.
Rakan Lee siap mengenakan baju kemeja lengan panjang berwarna biru tua dipasangkan dengan seluar slack hitam dan bertali leher berwarna kelabu. Dia mencari-cari sesuatu. Setelah menjumpainya , dia merenung barang itu.
RAMATH CO . DETECTIVE AGENCY
EXCELLENT BEYOND FINDING
LEVEL 3 DETECTIVE ( D/L3 )
AHMAD ZAMANHURI ZULSIZLI
D300145901
Kad pengenalannya sebagai detektif. Sudah 2 tahun dia bekerja di situ. Kebolehannya di asah dari hari ke hari. Dia dipercayai oleh Ketuanya , Detektif Tahap 7 , Master Ram untuk memegang Tahap ke 3 itu. Dia merupakan detektif termuda di firma itu. Hari ini , jika dia berjaya menyelesaikan permasalahan itu , dia mungkin dianugerahkan tahap seterusnya. Dia nekad untuk melakukan kerja ini sebaik mungkin.
Zam siap berpakaian dan menyikat rambutnya. Dia memakai kasut Crocodile yang baru 3 bulan dibelinya dengan harga RM569. Dia mengunci pintu dan berlari menuju ke keretanya. Jam menunjukkan pukul 7.15.
“ Hah , sampai pun , ingat tidur balik tadi. “ Lee terus menerjah sebaik sahaja Zam membuka pintu kereta.
“ Ala , aku make-up sikit tadi. Biasalah , artis. “ Zam ketawa terkekeh-kekeh. Kedua-dua sahabat itu mula meninggalkan perkarangan flat.
Perodua MyVi SE kepunyaan Zam itu meluncur ke Pekan Ipoh. Perjalanan mereka dihiasi dengan hilai tawa gelagat dua sahabat itu. Zam tidak dapat menafikan bahawa dia sedikit gementar kerana dia umpama ‘kambing masuk ke dalam mulut harimau’ kerana jika dia di tangkap menjadi penyiasat bagi Syarikat Indera Bayu , dia pasti menerima padah. Setelah menghantar Lee , dia terus ke syarikat itu.
Syarikat Indera Bayu , Ipoh
Setibanya dia di syarikat itu , Zam meletakkan kenderaan dan berlari menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 5. Memasuki pintu itu , Zam sedikit lega apabila hanya pegawai-pegawai dan akauntan-akauntan syarikat sahaja yang baru hadir. Zam memberi salam dan duduk di tempat duduknya. Zam merupakan salah seorang daripada ‘akauntan’ syarikat itu.
Semua bangun apabila pegawai-pegawai tinggi serta exco-exco tertinggi syarikat masuk.
“ Assalamualaikum , Tuan. “ Ketua Pegawai ikuti semua orang bawahan memberi salam kepada jawatan-jawatan tertinggi syarikat itu. Namun , mereka sekadar mengangguk. Ego menjadi selaput gelap menutupi pintu di hati mereka. Zam sekadar memerhati gelagat ‘anjing-anjing’ negara itu.
“ Saya harap para pegawai dan akauntan sudah bersedia. Kita akan mulakan mesyuarat sekarang.” Jelas Ketua Pemasaran , En. Sufani.
“ Akauntan diminta mengedarkan laporan mesyuarat sekarang. “ Terangnya lagi. Zam bangun dan mengedarkan laporan kepada setiap orang di bilik itu.
Semuanya berjalan dengan lancar sehingga tamat mesyuarat. Semua jawatan tertinggi telah di jemput untuk menjamu selera di kantin syarikat. Pada ketika itu , Zam pantas ke kawasan tempat letak kereta. Dia melekatkan ‘sensor’ di ketiga-tiga kereta mewah milik exco dan pegawai tinggi yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah. Selepas mesyuarat , mereka akan ke kawasan penghasilan dadah itu. Zam sebenarnya mendapat maklumat ini dari salah seorang kerani syarikat ini.
Setelah selesai memasang ‘sensor’ tersebut , Zam ke tandas dan menukar pakaiannya . Dia bergegas ke keretanya dan menunggu mereka hadir. Dia mula mengaktifkan alat ‘Global Positioning System’ (GPS) selepas melihat ketiga-tiga jawatan tertinggi yang terdiri daripada Ketua Exco Tertinggi , Dato’ Alimen , Naib Ketua Exco , Dato’ Haip See dan Pegawai Tinggi memerangkap CEO syarikat , Dato’ Jalil keluar di pintu masuk syarikat. ‘Sensor’ yang dipasang Zam mula diaktifkan. ‘Sensor’ itu mampu mengeluarkan radiasi sejauh 3 kilometer kepada GPS. Bersama-sama mereka , terdapat 6 orang pengawal peribadi yang lengkap bersenjata.
Peluh menitis di dahi Zam. Kepalanya ligat berfikir tentang perkara yang bakal berlaku jika dia ditangkap di sana nanti. ‘Kalau aku kena tangkap , masak aku. Tak sempat nak kahwin. ‘ Dengus hati Zam. Meskipun begitu , dia nekad untuk terus membongkar kegiatan haram Syarikat Samudera ini. Di dalam fikirannya , walaupun dia bekerja dengan seorang yang bersifat dengki , tujuan utama dia menerima kerja ini adalah kerana dia ingin menghapuskan ‘anjing-anjing’ yang menyebabkan kehancuran kepada anak bangsa mereka sendiri.
Ketiga-tiga kenderaan milik exco dan CEO syarikat itu mula meluncur keluar meninggalkan Syarikat Samudera. Setelah hilang dari pandangan mata , MyVi SE milik Zam itu mula mengekori mereka. Kerana kelebihan ‘sensor’ , Zam tidak risau akan jarak. Dia dapat mengekalkan jarak yang selamat dan sukar untuk dikesan oleh mereka.
Kawasan kelapa sawit , Changkat Larang
Mercedes Benz Kompressor itu membelok kanan , keluar ke jalan utama. Mata Zam tidak lari dari jalan hadapannya dan GPS. Jarak 1 kilometer dikekalkan supaya mengelakkan sebarang kecurigaan.
Kenderaan ketiga-tiga Dato’ itu bergerak laju melepasi kawasan Bandar Ipoh menuju ke Pasir Puteh. Setelah 30 minit memandu , kenderaan mereka membelok kanan memasuki kawasan kelapa sawit di Changkat Larang.
Zam memberhentikan kenderaan di luar kawasan kelapa sawit. Dia memerhatikan GPS. Ketiga-tiga ‘titik’ di dalam GPS itu berhenti sejauh 2.4 Kilometer ke dalam ladang itu. Setelah memastikan bahawa mereka benar-benar berhenti di situ , Zam memandu memasuki kawasan ladang itu dan meletakkan kenderaannya 400 Meter dari stor usang tempat di mana kenderaan ketiga-tiga jawatan tertinggi syarikat itu berhenti.
Zam menutup keretanya dengan daun kelapa sawit. Dia berlari mengelilingi stor itu ke arah kanan. Dia cuba mengelakkan pintu depan. Dia makin merapat ke arah stor itu. Matanya ligat memerhatikan sekeliling. Risau jika ada pengawal yang membuat rondaan di situ. Apabila Zam betul-betul pasti bahawa keadaan selamat , dia berjalan perlahan-lahan menuju ke stor itu. Tingkap di situ begitu usang dan habuknya begitu tebal. Zam cuba mencari option lain. Dia mencari jika ada lubang-lubang di sekitar situ. Zam menjumpai lubang di kiri tingkap tersebut.
Dari lubang itu , dia melihat Dato’ Alimen , Dato’ Haip See , dan Dato’ Jalil sedang ketawa terbahak-bahak. Dia sempat melihat pokok-pokok yang banyak di situ serta berbotol-botol bahan kimia , Zam positif bahawa itu adalah pokok ganja dan bahan untuk membuat heroin. Dia membuat satu panggilan telefon.
“ Haha , Dato’ , lihatlah kejayaan kita. Tak lama lagi , semua ini akan dieksport keluar negara , ke USA , ke Jepun , ke Macau ! Haha! “ Dato’ Jalil gembira melihat berbungkus-bungkus ganja serta heroin.
“ Makan besarlah kita nanti ya Dato Alimen , Dato Jalil? “ Dato’ Haip See sempat mengambil hati rakan-rakannya itu.
“ Lepas ini , jutawan lagi lah kita ! Haha! “ Ketiga-tiga rakan ‘gelap’ itu ketawa terbahak-bahak.
Zam yang mendengar perbualan itu merasa begitu geram , dia bukan tidak kenal ketiga-tiga Dato’ itu. Mereka merupakan orang yang berada di dalam TOP 50 Orang Yang Paling Kaya Di Malaysia. Namun , mereka masih tamak dalam mengejar kekayaan dunia. Dia menukar posisinya ke sebelah kiri rumah. Di situ , Zam dapat melihat berbungkus-bungkus ganja dan heroin yang sudah siap dipaketkan. Seorang pekerjanya sedang meletakkan bungkusan-bungkusan itu ke dalam kotak. Zam sekali lagi mendail seseorang .
“ Hello – “ Dengan tiba-tiba , telefon bimbit Zam dirampas. Zam telah ditemui oleh salah seorang dari pengawal di situ. Pengawal itu menghempas dan memijak telefon berjenama Nokia 3310C itu.
“ Berani kau mencereboh kawasan ini. Cuba nak telefon polis lagi tu! “ Gertak pengawal itu.
Dalam kekalutan itu , Zam melihat tubuh pengawal itu begitu besar tegap. Dia menelan air liur. Pistol milik pengawal itu dihalakan ke dahi Zam. Namun , pantas Zam menepis dan menyepak pistol itu. Pistol itu terlepas dari tangan pengawal itu dan terpelanting ke dalam semak. Zam memberi tumbukan padu ke arah perut pengawal itu. Namun , ianya tidak menunjukkan sebarang kesan. Pengawal itu menyepak pinggang Zam. Zam terpelanting jauh.
“ Heh , kau cuba nak lawan aku ya. Mari kita tengok , siapa juara. “ Pengawal itu mencabar Zam.
“ Aku takkan kalah dengan ‘anjing’ yang membantu perosak bangsa macam kau! “ Pantas Zam berlari menuju ke pengawal itu. Dia melompat tinggi dan memberi sepakan padu ke kepala pengawal tersebut. Pengawal itu ke belakang beberapa tapak.
Zam terus memberi tekanan dengan memberi tumbukan tanpa henti kepada pengawal itu. Pengawal itu menepis tumbukan Zam dan menumbuk perutnya , Zam terangkat tinggi. Kemudiannya , pengawal itu menghempas Zam ke tanah. Zam mengerang kesakitan. Tetapi , dengan pantas , Zam menyepak kaki pengawal itu. Dia jatuh tersungkur. Zam bangun dan menumbuk padu ke arah muka pengawal itu berkali-kali. Pengawal itu pengsan di situ. Zam bangun dari situ Belum sempat dia meregangkan otot , dia merasakan sesuatu di acu ke kepalanya.
Zam berpusing dan melihat salah seorang pengawal yang memakai kaca mata hitam dan di penuhi misai dan jambang.
“ Jalan! “ Zam ditolak ke dalam stor. Ketiga-tiga lelaki itu terkejut melihat Zam di situ.
“ Kau , kau! Apa kau buat kat sini?! “ Dato’ Alimen begitu cemas melihat Zam.
“ Aku datang untuk menghapuskan bangsat-bangsat macam kau orang semua. “ Zam lantang bersuara walaupun di tahu bahawa nyawanya sudah di hujung tanduk.
Pengawal-pengawal di situ berang dan memukul Zam. Zam cuba mempertahankan dirinya. Dia membuat sepakan berpusing. Kesemua pengawal di situ jatuh. Ketika Zam cuba meluru ke arah pengawal-pengawal tersebut , pengawal yang menangkapnya tadi mengacukan pistol ke arahnya sekali lagi. Dia berhenti serta-merta.
“Stop! I don’t want to see any bloodshed in here. “ Tegas Dato’ Jalil.
“ Saya jumpa budak ini kat luar tadi. Dia belasah Abot sampai pengsan. Dia cuba call polis. Tapi Abot sempat tahan. “ Pengawal itu kelihatan begitu elite dan matang.
“ Bagus. Sekarang , you must die, accountant. Aku tak boleh biarkan kau hidup. “ Dato’ Jalil kelihatan begitu arif dalam perkara ini sementara Dato’ Alimen dan Dato’ Haip See hanya senyap dari tadi. Zam sekadar tersenyum mendengar gertakkan Dato’ Jalil itu.
“ Jack , settlekan budak ni. “ Zam kini tahu bahawa pengawal peribadi professional itu bernama Jack.
Pistol kini diacu ke kepala Zam untuk kali kedua. Belum sempat Jack menolak Zam ke luar untuk dibunuh, pintu stor ditendang kencang.
“ Polis! Jangan bergerak! Letakkan senjata! “ Suara lantang pihak polis memecah suasana. Jack begitu pantas berlari meninggalkan Zam. Beberapa orang polis mengejarnya. Dia seperti betul-betul takut.
Kesemua di dalam stor itu menyerah diri. Dato’ Alimen menangis teresak-esak. Dato’ Haip See sekadar tertunduk. Bagi Dato’ Jalil pula , dia merenung Zam dengan renungan yang begitu tajam.
“ Tadi tu , aku nak call mak aku. Haha. “ Zam mengejek ketiga-tiga ‘anjing-anjing’ itu. Mereka bakal berhadapan dengan hukuman yang sangat berat. Sememangnya Zam begitu bijak menipu pengawal itu. Dia telah lama menelefon polis. Panggilan kedua itu hanya sekadar acah sahaja.
“ Terima kasih , Detektif Zamanhuri. “ kata salah seorang pegawai polis.
“ Sama-sama , Tuan. Saya begitu harap tuan dapat datang awal sedikit sebab saya dah hampir nak kena tembak di kepala tadi! “
“ Hahaha , maaflah kawan. Tadi traffic jam lah. “ Inspektor Daniel merupakan rakan Zam sejak kecil lagi.
“ Jam? Kalau aku mati tadi , macam mana ha? Siapa yang nak jawab dekat awek-awek aku? “
“ Haha , marilah. Kita pergi makan. Biar aku belanja. Sebab kau , selesai juga kes ini. Dah berapa lama kami nak tangkap mereka itu. Cuma tak cukup bukti. Tapi sekarang , kami boleh hukum mereka seberat-beratnya. “ Kes pengedaran dadah di Syarikat Samudera telah menjadi perhatian pihak polis sejak beberapa bulan yang lalu.
“ Hah , itu yang aku nak dengar sangat tu. “ Zam dan Daniel bergerak meninggalkan stor itu.
Hari ini , Zam telah berjaya menyelesaikan kerjanya. Dia telah berbakti kepada pejabatnya , Syarikat Indera Bayu dan pihak polis. Dia bersyukur kerana nyawanya masih lagi panjang. Balik ini , dia ingin mengerjakan solat hajat… Last edited by skalar on 3-9-2014 06:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Chapter 2
Kampung Baharu Jerlun , Kuala Kangsar
Keheningan malam di Kampung Baharu Jerlun yang terletak di Barat Daya Bandar Kuala Kangsar tidak lagi seaman , senyaman dan setenang dahulu, berikutan dengan kes pembunuhan misteri 6 orang penduduk kampung itu pada setiap malam Jumaat. Meskipun begitu , bagi penduduk kampung , setiap malam merupakan sesuatu yang di harap cepat berlalu. Tepat jam 7 petang , setiap rumah di Kampung Baharu Jerlun di tutup rapi. Semua penduduk menggeruni lembaga yang disyaki telah membunuh penduduk kampung sejak beberapa minggu yang lalu. Mereka menggelar lembaga itu sebagai , Jerlun , kerana segelintir penduduk tua di situ mempercayai semangat hutan yang wujud di situ beratas-ratus tahun dahulu.
Malam ini , malam jumaat ke- 7 yang menakutkan bagi penduduk kampung. Mangsa ke – 7 bakal di cari oleh Jerlun. Kebanyakan penduduk kampung memangga dan mengunci ketat pintu rumah mereka. Malahan , ada juga yang memaku pintu dan tingkap rumah mereka. Semua penduduk Kampung Baharu Jerlun takut akan kematian. Jauh di sudut kanan surau , sebuah rumah yang tersergam indah dihiasi cahaya lampu neon dan lampu pelita. Rumah itu seolah-olah tidak mengendahkan tentang perkara yang begitu menggemparkan penduduk kampung. Sayup-sayup kedengaran suara lunak merdu mengalunkan kalimah dari Kitab Suci ALLAH (S.W.T.) . Ustaz Nor Faiz bersama-sama anak didiknya, Ustaz Anis sedang mengaji selepas bersama-sama membaca Surah Yasin. Mereka memohon perlindungan daripada ALLAH (S.W.T.) Yang Maha Melindungi. Mak Bidah bersama-sama 2 orang anaknya duduk di sisi hujung ruang tamu berpelukan.
“ Bidah , tak usahlah kamu takut begitu sekali. Ingatlah , takut itu hanya kepada ALLAH (S.W.T.).” Pesan Ustaz Nor Faiz kepada keluarganya.
“ Ish , abang ni. Saya bukan pandai nak lawan ‘hantu’ tu kalau dia datang. Saya bukan macam abang. Mana takut ‘hantu’ tu. Pintu pun tak kunci. “ Ustaz Nor Faiz sekadar menggeleng dengan kerenah isterinya itu.
Ustaz Anis sempat menjeling kepada kedua-dua anak dara gurunya itu. Mereka hanya menutup mata dan mulut mereka terkumat-kamit membaca sesuatu. Ustaz Anis tersenyum sendiri. Jauh di dalam lubuk hatinya , dia begitu meminati sifat dan perwatakan anak sulung Ustaz Nor Faiz , Nur Hasmawati. Seorang graduan Universiti Malaya dalam bidang Perguaman yang kini bekerja sebagai peguam di Mahkamah Tinggi Kuala Kangsar. Sentiasa menutup aurat , menjaga santun , mengenakan pakaian yang bersih dan kemas , berwajah indah dan tinggi lampai. Bagi Ustaz Anis , Hasma begitu sempurna.
Lamunan Ustaz Anis terhenti apabila daun pintu rumah Ustaz Nor Faiz di pukul kencang oleh angin yang entah dari mana hadir. Ustaz Nor Faiz menepuk bahu Ustaz Anis kerana melihat ekspressinya berubah mendadak.
“ Anis , takutlah pada Tuhan mu. “ Anis menyedari kekhilafannya itu. Dia berzikir bersama-sama Ustaz Nor Faiz memuji ALLAH (S.W.T.) serta junjungan muliaNya , Muhammad (S.A.W.). Keluarga Ustaz Nor Faiz sungguh ketakutan. Mak Bidah , Hasma dan adiknya berpelukan semakin erat.
Tiba-tiba , kedengaran periuk-belanga , pinggan-mangkuk , serta cawan-cawan di dapur rumah Ustaz Nor Faiz dipecahkan. Mak Bidah umpama dirasuk mendengar bunyi pecah perkakas dapur itu. Dengan mata yang bulat , Mak Bidah melepaskan pelukan kedua-dua anaknya itu dan meluru ke dapur. Sambil terjerit-jerit.
“MAK! MAK! AYAH TENGOK MAK!” Teriak anak bongsu Mak Bidah.
“ Astaghfirullahhalazim . Anis , kamu tengokkan anak-anak aku. Jangan bagi Mereka berganjak dari situ. Bacakan ayat pelindung. Biar aku pergi tengok isteri aku. “ Ustaz Nor Faiz dan Ustaz Anis terus menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Nur Shuezilawati memeluk erat kakaknya sambil bibirnya tidak henti-henti menyebut kalimah ‘ALLAH’. Di dalam benak fikirannya , dia begitu celaru. Dia begitu risau akan ibu-bapanya di dapur. Dia cuba meloboskan diri ke dapur. Namun , kakaknya begitu pantas merampas lengannya.
“Mengucap adik , sabar.”
Wati meronta-ronta ingin melepaskan diri. Ustaz Anis sedar tentang perkara itu kerana perasaan mampu membatasi akal fikiran yang waras. Ustaz Anis membaca sesuatu di tapak tangannya dan disapu ke muka Wati. Wati pengsan sejurus itu. Hasma memandang ke arah Ustaz Anis penuh kesayuan.
“Anis..” Hasma merengek tentang kesedihannya kepada Ustaz Anis.
“Sabarlah Hasma , semuanya akan baik-baik saja. “ Ustaz Anis hanya mampu memberi kata-kata. Dia juga tidak pasti akan keadaan gurunya kerana di dapur sekarang begitu bingit dengan jeritan dari Mak Bidah. Dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan keluarga gurunya.
Di dapur , Ustaz Nor Faiz cuba menenangkan isterinya. Rupa-rupanya makhluk itu memancing mereka ke dapur. Isterinya dirasuk oleh makhluk halus itu. Mak Bidah membaling segala apa yang mampu dicapainya. Ustaz Nor Faiz tidak henti-henti membacakan ayat Kursi dan segala jenis ayat-ayat Al-Quran. Seberapa ketika berlalu , Mak Bidah terbujur kepenatan. Mata Ustaz Nor Faiz secara tiba-tiba mulai kabur. Ustaz mensyaki sesuatu yang ganjil di sebalik kejadian itu. Bekalan elektrik terputus selepas satu dentuman yang kuat kedengaran.
Pintu rumah Ustaz Nor Faiz terkuak. Kedengaran tapak kaki seseorang menaiki rumah. Kelihatan kelibat sesusuk tubuh. Ustaz Anis bangun. Namun , penglihatannya kabur. Dia meluru ke arah lembaga itu. Belum sempat dia memegang lembaga itu , dia di tendang oleh lembaga itu. Ternyata , tubuh Ustaz Anis mulai lemah. Lama-kelamaan , ketiga-tiga mereka pengsan. Lembaga itu bergerak perlahan ke arah Wati dan Hasma. Dia memegang bahu Wati dan menolaknya ketepi. Dia ke arah Hasma dan memegang kedua-dua bahunya. Dia mengusap pipi Hasma.
Ustaz Anis mengerah seluruh tenaganya untuk bangun selepas tersedar seketika tadi. Dia bangun dan cuba menumbuk lembaga tersebut.
“Nyah kau, syaitan , dari muka bumi ini! ALLAHUAKBAR!” Laung Ustaz Anis. Namun , segalanya sia-sia apabila lembaga itu menepis tumbukan ustaz dan mencengkam lehernya. Ustaz Anis di campak keluar tingkap tanpa rasa belas kasihan. Dia terdampar dan pengsan di luar.
Lembaga tersebut melepaskan Hasma dan meluru ke dapur. Dia melihat Ustaz Nor Faiz sedang bergelut dengan makhluknya.
“Nyah.” Makhluk yang bergelut dengan ustaz itu terus menghilang. Ustaz Nor Faiz terkejut melihat lembaga itu. Dia melompat ke arahnya bagaikan kelawar. Dia mencengkam dada ustaz.
Apa yang Ustaz Nur Faiz fikirkan benar belaka. Semakin rapat lembaga itu , pandangannya semakin kabur. Dia pengsan. Lembaga itu mencampak ustaz. Lembaga itu mencapai pisau pemotong daging berdekatan. Dengan dengusan kencang yang begitu mengerikan , dia menusuk pisau itu ke jantung Mak Bidah. Darah memancut ke muka lembaga itu. Dia terus menikam memastikan tiada setitik nyawa pun lagi yang tinggal di tubuh tua itu. Begitu kejam , Jerlun yang di geruni penduduk Kampung Baharu Jerlun. Bagi memastikan Mak Bidah tidak akan bernyawa lagi , Jerlun memotong segala urat-urat di lengan dan tengkuk si tua itu.
Darah memenuhi lantai dapur rumah Ustaz Nor Faiz. Jerlun menukar mangsanya. Kini , tiba giliran ustaz. Pisau pemotong daging erat di tangan Jerlun. Pisau itu diangkat tinggi-tinggi sebelum ianya di tusuk tepat ke dada kanan Ustaz Nor Faiz. Setitik lagi pisau untuk sebelum mengenai dada ustaz , ianya melebur. Jerlun terkejut dan melangkah beberapa tapak ke belakang.
“ Hentikan semua ini , jahanam. “ Suara tenang dari seseorang dari pintu dapur. Seseorang yang begitu dia kenali. Jerlun bergegas meluru ke arah lelaki itu. Dia melompat dan menyepak dada lelaki itu. Lelaki itu terjatuh dan bangun semula. Dia pula meluru ke Jerlun dan melepaskan satu tumbukan padu ke arah tengah dada Jerlun.
Jerlun terpelanting jauh. Lelaki itu terkumat-kamit membaca sesuatu. Dia melepaskannya ke arah Jerlun. Lelaki itu begitu terperanjat. Dia bagai tidak mempercayai perkara itu. Serangan yang dilakukan langsung tidak melukakan Jerlun.
Jerlun menyedari situasi itu , dia dengan pantas terus berundur dari rumah Ustaz Nor Faiz.
“ Nanti! Ces , tak guna , Jerlun. “ Lelaki misteri itu berjalan perlahan ke arah Ustaz Nor Faiz. Dia memandang lelaki itu dengan penuh rasa simpati.
“ Maafkan aku. Aku terlewat beberapa ketika. “ Ustaz Nor Faiz masih lagi pengsan di situ. Lelaki misteri membaca sesuatu dan menghembus ke kiri dan kanan. Sejurus itu , lelaki tersebut turut beredar dari situ.
Suasana kembali sunyi. Seperti tiada apa yang berlaku. Keesokan hari pasti menjadi hari yang paling menyayat hati bagi keluarga Ustaz Nor Faiz.
Di sebalik kelam malam , tanpa disedari oleh mana-mana pihak pun , di belakang semak , sepasang mata memerhati kejadian di rumah Ustaz Nor Faiz itu secara menyuluruh… |
|
|
|
|
|
|
|
Check in...suka genre seram.... |
|
|
|
|
|
|
|
skalar..selamat menulis di sini
saya dah baca kat MPS nun..
Sambung lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
menyeramkanlah cite ni... sambung lg TT... |
|
|
|
|
|
|
|
TT sambung lg...bess |
|
|
|
|
|
|
|
weiii, ko hntr kat fixi, SURE NOVEL KAU DIPUBLISHLA! |
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 3-9-2014 06:59 PM
Chapter 2
Kampung Baharu Jerlun , Kuala Kangsar
siapakh gerangan hero itu? & menatang apakah ia? nak kata binatang...tau lak pegang pisau...tp ganas cam makhluk jadi2an...adakah jerlun makhluk jadi2an & yg pasti...ada aje diklgn penduduk itu adalah jerlun jadi2an...dalm semak tuh mungkin makhluk tuh dah transforme jd org...
just speku2 jek...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 3-9-2014 07:19 PM
Check in...suka genre seram....
hihi, ty sudi dtg rumah :p
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 3-9-2014 10:12 PM
skalar..selamat menulis di sini
saya dah baca kat MPS nun..
haha. thx. ada sambungan ni. jap lg baca la ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 5-9-2014 10:13 AM
weiii, ko hntr kat fixi, SURE NOVEL KAU DIPUBLISHLA!
haha. cerita ni tak habis lagi. klo dh siap insyaAllah boleh cuba. tp fixi ni nak novel yg urban-urban sikit. sembang stok jiwa muda je. aku ni typing serius je.hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 5-9-2014 10:23 AM
siapakh gerangan hero itu? & menatang apakah ia? nak kata binatang...tau lak pegang pisau...tp gan ...
heh3. semua nya lebih dari itu. kena tunggu. baru taw. ada plot twist. dari apa yg reader faham. heh3. tp Jerlun Chapter 2 ni sama yang Jerlun kat Prolog. tu hint.hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Chapter 3
Ramath Co. Detective Agency , Ipoh
Selepas makan bersama-sama Inspektor Daniel , Zam terus ke pejabatnya untuk membuat laporan. Dia bercadang untuk menyiapkan kerjanya awal kerana dia ingin memohon cuti tahunan pada Master Ram.
Apabila tiba di pejabat , Zam agak terkejut apabila melihat beberapa orang memakai pakaian yang ‘all-black’ dan berdiri di pintu masuk. Zam menunjukkan IDnya dan masuk. Dia tersenyum melihat Dato’ Termizi di situ. Dia pasti sudah mendengar berita penangkapan Dato’ Alimen , Dato’ Haip See , Dato’ Jalil dan konco-konconya.
“ Oh , my hero! Hari ini kita makan besarlah ya , Zam? “ Dato’ Termizi ketawa besar.
“ No hal , Dato’. Saya jalankan kerja saya je. “ Zam sekadar membalas dengan tenang.
“ This is yours. “ Master Ram menghulurkan satu sampul kepada Zam. Zam membuka dan melihat.
Dia menyerahkan kembali sampul itu kepada Master Ram.
“ Not mine. Jumlah yang dijanjikan bukan itu. Itu dah terlebih. “ Zam tegas dalam mengambil upah.
“ Well , boy. That’s your bonus. “ Dato’ Termizi mencelah.
“ We didn’t agreed any bonus before. Sorry Dato’ , I have to refuse. I will just take what’s mine. “ Zam Sememangnya tidak mahu lebih dari apa yang halal kerana dia tahu Dato’ Termizi bukanlah seorang ahli perniagaan yang jujur.
Sri Kinta, Ipoh
Zam memecut laju kenderaannya melepasi jambatan di Kuala Pari yang menghubungkan kawasan itu dengan Sri Kinta. Sungai Kinta yang mengalir berwarna kekuningan. Tidak lagi jernih seperti beberapa tahun duhulu.
Fikiran Zam jauh melayang kepada peristiwa di pejabatnya tadi. Dia pasti bahawa dia melakukan perkara yang benar. Dia yakin bahawa Master Ram pasti akan memarahinya nanti. Namun , dia akan tetap dengan pendiriannya itu. Petang tadi juga , dia memohon cuti selama seminggu. Dia begitu berharap bahawa citunya itu diluluskan. Hajat di hati , dia ingin pulang ke Kuala Kangsar. Kampung halamannya itu sudah lama tidak diziarahi.
‘ Kuala. ‘ Benak hati Zam berkata-kata.
Stesen bas , Kuala Kangsar
“ Kau mahu ke tak mahu itu belakang cerita. Sekarang aku bagi kau cuba dulu. Apa-apa hal kau contact aku. Ini kad aku , ada nombor telefon aku. “ Hassan Jali berlalu pergi meninggalkan pelajar itu. Sampel ‘ice’ yang di beri kepada pelajar itu merupakan titik permulaan kepada ‘rezeki’nya kelak. Has berlalu dan mencari pelajar lain dari Sek. Men. Keb. Clifford yang berhadapan dengan stesen bas.
Has merupakan ‘pusher’ di kawasan stesen bas dan Lembah di Kuala Kangsar. Rambutnya di sikat rapi , berbaju kemas dan berbau wangi. Dia berpakaian begitu bagi mengelakkan sebarang kecurigaan sama ada pihak sekolah atau pihak polis.
Has boleh dikira antara ‘otai’ di kawasan itu kerana sifatnya yang bengis dan kejam. Dia tidak teragak-agak membelasah sesiapapun. Walaupun begitu , dia masih seorang yang waras dan tidak bertindak tanpa usul terlebih dahulu. Pernah dia memukul seorang pihak polis yang mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan. Dia di tangkap kerana kes itu. Namun, dia dibebaskan kerana saksi yang ramai mempertahankannya.
Has berjalan ke kanan SMK. Clifford. Dia merenung jauh ke kanan. Dia merengus kuat. Sehingga beberapa pelajar hingusan lari bertempiaran dari situ.
“ MCKK. “ Has menyebut nama sebuah sekolah bersebelahan dengan SMK. Clifford. Malay College Of Kuala Kangsar , sebuah sekolah yang pada asalnya dibina oleh pihak British bagi menyekolahkan anak-anak Inggeris serta anak-anak bangsawan Melayu. Kini , ia dianggap sekolah elit di Perak. Has hampir ditangkap semasa cuba menjual ‘barangan’nya di situ. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak lagi berurusan di situ.
Has terus berkeliaran mencari mangsa. Terdapat juga pelajar-pelajar yang menjadi pelanggan tetapnya di situ. Dia berbesar hati ‘berniaga’ di situ kerana dia tahu bahawa kebanyakan Cliffordian merupakan anak-anak orang berada.
Matahari mula tergelincir ke Barat. Setelah penat mencari pelanggan di kawasan stesen bas dan Lembah , Has beransur ke Arena Square yang terletak di Lembah. Di situ , dia akan berjumpa dengan Dino. Segala hasil kutipan untuk hari ini akan diberikan kepada Dino. Has mendapat komisyen atas kerjanya. Wang yang diperolehinya setiap hari agak lumayan. Cukup untuk digelar ‘orang senang’. Has sedia maklum bahawa Dino merupakan lelaki berbangsa Cina yang kurang bercakap. Dia hanya mengambil duit , memberi komisyen dan terus berlalu. Has bergerak ke parkir. Mencari-cari motosikalnya. Setelah mengenal pasti tempatnya , Has terus ke situ.
“ Assalamualaikum. “ Has agak terperanjat. Dia menyangkakan ada polis menegurnya. Sejak ‘bermain’ dengan ‘barang’nya itu , dia Sentiasa berada dalam keadaan berwaspada.
“ Waalaikumsalam. Kau rupanya Yusop. Aku ingat siapa tadi. “ Has menghembus nafas lega.
“ Haha. Kenapa dengan hang. Dah rupa orang nampak hantu je. “ Yusop Sudin merupakan pekerja di kedai makan kegemaran Has.
“ Aku terkejut tadi. Ingat siapa. “ Has sekadar berkias.
“ Sudahlah Hassan , baliklah. Sembahyang. “ Bagai terpukul dengan batu besar. Has tersenyum kelat. Dia sudah lama tidak sembahyang. Hidupnya dipenuhi kegelapan.
Yusop berlalu sambil melambai ke arah Has. Dia sekadar tersenyum. Has menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu dari situ.
Jalan Dato’ Sagor , Kuala Kangsar
Has sampai di rumah 10 minit kemudian. Dia begitu takut untuk pulang kerana dia terpaksa melalui lorong yang begitu gelap dan dipenuhi dengan pokok-pokok besar untuk ke rumahnya. Di jalan masuk ke rumahnya , sebuah rumah besar tersergam. Dia mengenali tuan rumah itu. Dia merupakan seorang guru silat tersohor di kawasan ini ; Tok Da. Setiap malam jumaat, dia akan pulang dengan senyuman kerana jalan masuk di rumahnya dipenuhi jamung-jamung kerana pada malam itu, latihan silat dilakukan. Malang baginya , malam ini merupakan malam Khamis. Hari esok pasti kawasan ini riuh.
Has pernah ke rumah itu kerana dia mengalami kerasukan yang amat dahsyat. Tok Da merawatnya di situ. Di rumah besar itu juga , dia mengenali cucu kepada Tok Da , Nor Atikah Megat Shah. Has begitu meminati Ika. Dia yang tua setahun kepada gadis itu sering kali mencuri intai Ika ketika dia berlatih silat. Ika masih belajar di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom. Dia selalu berharap bahawa suatu hari nanti , dia dapat menikahi gadis itu.
Has membuka pintu rumahnya dan terus menuju ke dapur. Dia meneguk sebotol air mineral yang terletak di atas peti aisnya. Dia ke depan dan terduduk di sofa. Dia termenung sendiri memikirkan nasibnya yang sebatang kara. Dia sentiasa hidup bersendirian. Matanya sayup memandang potret keluarganya yang berada di atas meja. Ayahnya , ibunya , abangnya dan dia sendiri. 4 tahun dahulu , segala-galanya normal. Namun , sebuah tragedi telah memisahkan mereka. Ibu-bapa Has meninggal dunia dan abangnya tidak di ketahui ke mana hilang. Dia menitiskan air mata mengenangkan hidupnya. Jika tidak kerana tragedi itu , pasti dia sudah ke universiti sekarang. Meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor seperti abangnya. Namun , segala itu mustahil sekarang.
Lamunan Has berkecai apabila 'seseorang' menegurnya. Dia terperanjat beruk sehingga melompat jatuh ke bawah kerusi. Suara ketawa manis dan manja kedengaran. Sedarlah Has bahawa Tok Da dan Ika datang menjenguknya. Dia tertunduk malu kerana kejadian itu.
" Assalamualaikum. " Salam sejahtera suci itu disambut Has sehingga habis. Dia begitu menghormati Tok Da.
" Awal kamu balik malam ini? " Tok Da seakan-akan sering memerhatikan gerak-geri Has.
" Kerja siap awal tok. " Has tidak dapat memandang ke depan kerana Ika berada di situ.
"Tak nak jemput kami masuk ke? " Tok Da berjenaka. Kelam-kabut Has mempelawa Tok Da dan Ika masuk. Sekali lagi dia memerhatikan Ika tersenyum manis. Dia tersipu-sipu. Has bergegas ke dapur dan membancuh 2 cawan teh.
Has begitu beradab menghidangkan teh kepada tetamunya itu. Dia mengerling ke arah Ika. Kebetulan , Ika juga sedang memerhatikannya. Mata mereka bertentang. Kedua-dua mereka tertunduk.
" Jemput minum tok , Ika. Teh orang bujang. " Has memerhatikan mata Tok Da ligat memerhatikan sekeliling.
“Abang tak takut ke duduk rumah ini seorang diri? " Dada Has tetap berombak. Kembang-kembis. Nada suaranya teratur dan penuh kesopanan. Dia dapat mendengar suara lunak merdu ini sekali lagi.
“Er, takut itu takut jugalah. Tapi apa nak buat , rumah ini saja yang murah pun. “Has tidak malu mengaku. Kedudukan rumahnya begitu menyeramkan di waktu malam. Rumahnya dikelilingi hutan. Tiada sebatang lampu jalan pun di situ. Sekadar lampu rumahnya saja yang menerangkan kawasan itu.
Suasana begitu senyap. Has kehilangan kata-kata dan Ika kelihatan menahan kata-katanya kerana datuknya di situ , teka Has.
" Tok nampak banyak sangat 'benda' yang lalu rumah ini. Mana taknya , rumah mereka di belakang-belakang ini sahaja. " Kata-kata Tok Da membuatkan bulu roma Has naik tinggi. Has melihat Ika memejam mata dan terkumat-kamit beristighfar.
" Tok , saya bukan berlagak , tapi saya tahu itu. " Kata-kata Has membuatkan Ika berhenti beristghfar dan Tok Da memberi tumpuan pada Has.
" Selalu saya bangun tengah malam , saya nampak 'mereka' berlegar-legar di ruang tamu saya. Saya buat tak tahu sahaja. 'Mereka' pun tak kacau saya. Cuma hari itu sahaja , 'benda' itu lain. Saya tak pernah nampak. 'Dia' tiba-tiba saja serang saya. Sedar-sedar , di rumah tok. " Has merujuk kepada kes kerasukan dirinya yang begitu menggerunkan bagi Tok Da dan Ika.
" Astaghfirullahhalazim. " Tok Da memegang bahu Ika. Ika kelihatan sungguh ketakutan dan pucat. Tok Da begitu memahami cucunya itu. Semasa kejadian kerasukan Has pada bulan lepas, Ika menangis teresak-esak melihat keadaan Has. Dia amat menakuti kejadian itu.
" Kamu memang seorang yang kuat , Hassan. Tak ramai orang macam kamu yang wujud dalam kalangan manusia. Kalaulah dalam jiwa kamu itu .. " Kata-kata itu tidak dihabiskan. Has tertunduk. Dia memahami apa yang Tok Da maksudkan. Selepas peristiwa 4 tahun lalu , dia langsung tidak pernah bersujud lagi kepada ALLAH S.W.T..
" Tok dah nak beransur. Tok hadiahkan kamu ini. Semoga ALLAH memelihara kamu. “Has tersenyum kepada Tok Da. Ika kelihatan menitiskan air mata. Dia merapat kepada Has dan berkata-kata dengan lembut,
" Abang jaga diri elok-elok. Hati-hati. Abang sembahyang la. “Tangisan Ika kian bermula. Has umpama tidak tahu hendak membuat apa.
" Ika. Abang akan jaga diri elok-elok. Ika jangan risau. " Has cuba mententeramkan gadis pujaannya itu.
" Ika , mari balik. " Suara Tok Da kedengaran dari luar. Has tersenyum ke arah Ika. Ika tertunduk. Pipinya kemerah-merahan. Ika memberi salam dan terus berlalu. Has menyambut salam itu dengan rasa bahagia. Dia sempat melambai ke arah Tok Da dan Ika.
Dari kejauhan , Ika melihat Has menutup pintu rumahnya. Tangisannya berkurangan. Dia sungguh tidak mampu untuk melupakan peristiwa itu.
Imbas Kembali
Latihan silat pada malam jumaat ini berjalan dengan lancar. Cuaca malam yang tenang dan dingin menaikkan lagi semangat para pesilat untuk lebih giat berlatih.
Dari kejauhan , Tok Da melihat anak muridnya tekun berlatih. Mereka merupakan pesilat-pesilat muda yang masih baru dalam dunia persilatan. Sebentar tadi, Tok Da menerima 'tetamu' yang sekadar melalui rumahnya. 'Tetamu' itu terus ke belakang rumahnya , ke rumah Has. Tok Da menyedari fenomena aneh itu. Disebabkan itu dia tidak berada di gelanggang silat. Dia meminta Ika untuk menjadi guru sementara bagi pesilat-pesilat itu. Dia meminta Ika untuk berada di dalam gelanggang bersama-sama dengan yang lain tidak kira apa pun yang berlaku.
Tok Da berdiri di pintu dapurnya yang menghadap ke rumah Has. Dia telah bersedia dengan apa-apa kebarangkalian yang bakal berlaku.
Beberapa ketika berlalu. Keheningan malam digegarkan dengan satu jeritan yang sungguh menggerunkan. Seluruh pesilat tergempar. Mereka ketakutan.
" Jangan keluar dari gelanggang silat ini. Ingat. " Ika berpesan kepada pesilat-pesilat muda itu. Jauh di dasar hatinya, dia begitu takut. Pun begitu, dia merupakan cucu kepada seorang guru silat merangkap seorang bomoh. Perkara-perkara seperti ini , kerap kali berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Laungan suara itu kedengaran sekali lagi. Kali ini umpama lebih rapat dan lebih kuat. Para pesilat sekali lagi terkejut apabila Tok Da terpelanting dari pintu dapur ke depan. Ke pintu depan rumah dan terkeluar dari rumah itu.
" Kekal di dalam gelangang! " Tegas Tok Da apabila di melihat Ika dan beberapa peserta lain cuba membantunya.
" Ha! Ha! Ha! " Kedengaran ketawa kuat menggema kawasan rumah Tok Da. Para pesilat ketakutan. Ada yang menggeletar.
" Ingat , jangan keluar dari kawasan gelanggang ini. Mengerti! " Tok Da sekali lagi bertegas. Dia seperti begitu menakuti 'benda' itu.
Tiba-tiba , antara Tok Da dan para pesilat , satu lembaga hitam terjun dari atas bumbung rumah besar itu. Ika dan para pesilat begitu tersentap. Ada antara mereka yang terpengsan dan menjerit-jerit. Tok Da tenang melihat lembaga itu. Dia bangun dan menepuk habuk di baju dan seluarnya.
Has kelihatan tertawa-tawa tanpa henti dari tadi. Matanya berpinar-pinar mencari mangsa. Dia cuba menyerbu ke arah pesilat-pesilat , namun , dia tidak mampu untuk menembusi gelanggang itu kerana doa pemagar yang telah di baca Tok Da sebentar tadi. Kali ini , dia cuba menyerang Tok Da sekali lagi. Pantas Tok Da membaca sesuatu dan mencengkam kepala Has. Beberapa cucukan tepat mengenai batang nadi Has. Dia jatuh terkulai. Tangan dan kakinya tidak mampu digerakkan. Tok Da melepaskan Has. Namun , sesuatu di luar jangkaan berlaku. Badan Has perlahan-perlahan terapung dan makin meninggi. Tangannya kanannya terkepak ke arah kanan. Sesuatu yang agak mustahil bagi manusia biasa. Kemudian , kaki kirinya perpusing-pusing umpama roda perpusing. Terdengar bunyi-bunyi tulang. Kali ini , sesuatu yang lebih drastik , kepala Has hampir terpusing ke arah belakang.
Pantas Tok Da melompat tinggi dan menghentam dada Has dengan telapak tangannya yang sudah di baca sesuatu. Has melaung-laung kuat. Dia rebah jatuh ke atas tanah kembali. Kali ini pantas Tok Da menyuruh beberapa pesilat yang berbadan sasa untuk memegang Has. Beberapa kali mereka mencuba namun tak terdaya. Tok Da menyuruh mereka membaca 3 khul dan ayat kursi. Kali ini , mereka berjaya menggenggam erat Has. Umpama ada suatu kekuatan baru yang menyelinap ke dalam tubuh mereka.
Ika tergamam melihat keadaan itu. Dari tadi, dia hanya duduk tersimpuh dan menangis teresak-esak. Dia mengenali Has dan menyukainya. Dia begitu sedih melihat kejadian itu berlaku kepada orang yang disukainya.
Tok Da terkumat-kamit membaca doa. Dia meletakkan tangannya di kepala Has. Dia menarik tangannya melalui badan Has hingga ke kaki dan melepaskannya ke udara. Kedengaran suara ngeri menjerit, " JERLUN!! " Suara itu bergema dan lama-kelamaan hilang bersama udara malam.
Sekujur tubuh Has terlentang di atas tanah. Darah pekat mengalir keluar dari mulut Has. Pendarahan dalaman yang berlaku mungkin begitu teruk. Tok Da mengerahkan anak-anak muridnya untuk beransur. Sementara , dia dan Ika membawa Has ke hospital.
Lamunan Ika terhenti apabila toknya menegur dia termenung jauh. Mereka berlalu dalam kegelapan lorong itu ke rumah mereka.
Dari atas pokok besar , lembaga hitam besar bertenggek di situ.
" Hmm , harimau. " Lembaga itu menyebut 'harimau'. Makhluk itu merupakan makhluk halus yang mampu melihat sesuatu di luar pandangan manusia kerana hijab yang tercipta. 'Harimau' itu merujuk kepada penjaga Tok Da. Ia merupakan ilmu yang diturunkan mengikut keturunan.
Lembaga itu , terbang ke arah rumah Has. Dia cuba memasuki rumah itu sekali lagi. Namun , segala-galanya sia-sia apabila makhluk itu mendapati terdapat sebuah lingkungan 'pagar' yang menghalangnya untuk masuk ke rumah itu. Makhluk itu berdengus kencang. Dia berlalu dari situ.
Di dalam rumah , Has membuka hadiah daripada Tok Da. Dia tersentap dan terkejut. Al - QURAN. Dia menitiskan air mata...
|
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 5-9-2014 08:28 PM
hihi, ty sudi dtg rumah :p
ahaks...peminat tret PMS gak....menanti penuh debar..
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 5-9-2014 08:34 PM
ahaks...peminat tret PMS gak....menanti penuh debar..
hihi. dah ada di 16#
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 5-9-2014 08:36 PM
..... musti tak disangka2...huhu...ok watak2 lom kembg ngan jayanya... JEM...
belum. buat masa ni hanya Zam dengan Hassan sikit je baru berkembang. Panjang lagi cerita ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|