View: 8131|Reply: 43
|
Novel: Kekasih Idaman Hati [U]
[Copy link]
|
|
Sinopsis
Harta dan kemewahan yang dimiliki Tengku Naufal menyebabkan dia menjadi alpa dan leka dengan syurga dunia. Dia menjadi manusia yang sombong dan bongkak. Baginya dengan harta yang dimiliki dia mampu membeli apa saja tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya.
Kehidupannya yang serba kekurangan di kampung mendorong Zara Aulia berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, kehidupan Zara di sana tidak semudah dan seindah yang disangkakan. Kesalahan yang dilakukannya menyebabkan dia jatuh ke perangkap yang dipasang oleh Tengku Naufal.
Apakah yang akan berlaku seterusnya. Mampukah Tengku Naufal menjadi kekasih idaman hati Zara Aulia? Last edited by Nur_Allyn on 8-9-2014 04:24 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 02:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kali partama post kat sini. Harap ada yang sudi baca walaupun mengarut je... Terima kasih Last edited by Nur_Allyn on 8-9-2014 02:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur_Allyn posted on 8-9-2014 02:09 PM
Kali partama post kat sini. Harap ada yang sudi baca walaupun mengarut je... Terima kasih
Boleh tak post sampai bab 3 terus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 04:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kekasih Idaman Hati 1
Bunyi dentuman muzik yang kuat tidak langsung mengganggu para pengunjung pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur itu. Malahan muzik yang membingitkan sebegitu menjadikan mereka semakin rancak dan bersemangat dengan kegiatan mereka.
Di sudut yang agak tersorok di dalam pusat hiburan itu, kelihatan seorang lelaki yang asyik duduk sambil minum dengan ditemani seorang gadis di sampingnya. Lelaki itu lain tak bukan adalah Tengku Naufal. Dia terkenal dalam kalangan semua peringkat bukan kerana gelaran tengkunya, malahan sikapnya yang suka bertukar-tukar perempuan. Alah playboy bak kata orang putih. Tapi hal tu sikit pun tak mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan perempuan. Malah berduyun-duyun perempuan nak menempek dengannya.
"Sayang..... Apa kata kita balik apartment I? Lepak kat sana. Boring lah kat sini. Kat sana nanti I akan layan you first class lagi. Mmmm....?" rengek seorang gadis sambil memaut mesra lengan Tengku Naufal.
Tengku Naufal yang berasa rimas dengan tingkah laku gadis itu bertindak merungkai pelukan gadis itu. Masam je mukanya apabila Tengku Naufal menolaknya.
"Mona.... please. I tengah takde mood ni."
"Tapi....selalunya you ok je dengan I. Kenapa tiba-tiba je macam ni? Ke you dah ada perempuan lain? Baik you cakap betul-betul dengan I," tuduh Mona.
Tengku Naufal mula rasa panas dengan tuduhan itu. 'Aduh.... perempuan ni. Semak pulak otak aku. Elok-elok aku nak release tension, dia lagi nak buat aku tambah serabut. Ingat aku nak sangat ke dengan kau?!' bisik hatinya.
"I rasa better you balik dulu. Nanti I call you," putus Tengku Naufal.
"Tapi...."
"Mona!"
Menikus terus Mona apabila lelaki itu menjerkahnya sebegitu. Perasaan takut mula menyelubungi hatinya. Bukan kerana dimarahi Tengku Naufal tapi takut dicampak oleh lelaki itu setelah puas dipergunakan. Dia kini benar-benar jatuh cinta dengan Tengku Naufal sampai dia sanggup menyerahkan dirinya. Tapi dia tidak akan berputus asa. Dia akan pastikan Tengku Naufal terus terikat dengannya walau apa pun yang terjadi. Itu tekadnya.
"Mmm.... yelah I balik dulu. Tapi nanti jangan lupa call I, tau! Bye, sayang..." Mona akur. Bukan dia tak tahu bahawa Tengku Naufal memang pantang dibantah. Kalau hitam katanya maka hitamlah.
Mona mencium pipi Tengku Naufal sebelum berlalu pergi. Dia hanya membiarkan saja. Baginya itu adalah perkara biasa saja malah lebih dari itu pun dia pernah lakukan.
-----------------------------------
Keadaan perhentian bas yang hingar-bingar dengan orang ramai yang lalu-lalang membuatkan Zara tercengang-cengang. Kagum dia melihat kota metropolitan itu. Zara baru je sampai dari kampung.
'Besarnya Kuala Lumpur ni... Mesti banyak tempat kosong yang aku boleh dapat. Tapi.... malam ni mana aku nak tidur? Takkan kat tepi jalan kot? Huh...' Zara mengeluh. Pening kepalanya memikirkan kat mana dia nak tidur di Kuala Lumpur ni. Dia bukannya ada sesiapa pun kat sini. Kini Zara hanya tinggal sebatang kara.
Meski pun takut bersendirian di Kuala Lumpur tanpa ditemani. Namun, dicekalkan hatinya untuk tidak mudah berputus asa. Zara cuba membina hidup baru disini. Sekarang bermulalah hidupnya di Kuala Lumpur. Semoga nasib baik sentiasa menyebelahinya.
-Terima kasih sbb sudi baca |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 05:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
purplelilytulip posted on 8-9-2014 05:04 PM
menarik...lg??
Terima kasih. Cerita ni akan dipost hari jumaat nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 08:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-9-2014 05:31 PM
nak lg TT...
In sha allah akan dipost dalam minggu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-9-2014 08:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-9-2014 05:31 PM
nak lg TT...
In sha allah. Bab seterusnya akan menyusul dalam minggu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik..nanti Zara bertemu dengan Tengku naufal tu ek?
maka bermula la cinta Tg Naufal pada Zara..tapi Zara tidak suka pada mamat tuh..
lalu mamat tuh buat rancangan..
*pandai jek aku ni ubah citer orang..
Teruskan Nur_Allyn
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 8-9-2014 08:46 PM
menarik..nanti Zara bertemu dengan Tengku naufal tu ek?
maka bermula la cinta Tg Naufal pada Za ...
hahaha.... terima kasih. tersenyum je bila baca komen ipo ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 8-9-2014 08:46 PM
menarik..nanti Zara bertemu dengan Tengku naufal tu ek?
maka bermula la cinta Tg Naufal pada Za ...
macam dah expect cter dye je ....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kekasih Idaman Hati 2
BAB 2
"Maaflah dik. Tapi kat tempat ni takde kerja kosong."
"Oh... ye ke? Takpelah kalau macam tu. Terima kasih, ye kak," kata Zara hampa sebelum berlalu pergi.
Zara hanya mampu mengeluh. Sudah banyak tempat dia mencari kerja kosong. Namun, takde satu pun yang mahu menerimanya. Dengan tahap pendidikannya setakat SPM menyebabkan peluang kerja terhad dan tidak banyak pilihan yang boleh dipilih.
Dia mula bimbang. Wang dalam simpanannya mula habis. Kalau Zara tidak dapat peluang pekerjaan dalam masa terdekat, tak mustahil untuk dia merempat. Untuk berputus asa dan pulang ke kampung memang tidak pernah terlintas di fikirannya. Seboleh-bolehnya Zara tidak mahu lagi menginjak kakinya di kampung itu lagi.
Terlalu banyak kenangan pahitnya di kampung dulu. Cacian dan hinaan orang kampung sentiasa tergiang-giang di telinganya. Sulit untuk dia melupakannya. Zara mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa dia pun boleh berjaya. Itulah sebabnya dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
Zara yang begitu larut dengan fikirannya, melintas jalan tanpa menghiraukan keselamatannya. Tanpa dia sedari sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
Piiinnnn....!!!!
----------------------------------------
CD Player yang sedia terpasang sedari tadi asyik mengalunkan lagu-lagu rancak kesukaan Tengku Naufal. Apabila keluar lagu One More Night nyanyian Maroon5, lagu yang disukainya, dia turut serta menyanyi.
You and I go hard at each other like
we're going to war
you and I go rough, we keep
throwing things and slamming the door.....
Pedal minyak kereta yang dipandu Tengku Naufal ditekan untuk meningkatkan kelajuan. Dia perlu cepat untuk sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Hari ni dia ada meeting yang penting dengan pelabur dari luar negara. Tengku Naufal perlu komited dengan kerjanya. Dia perlu mendapatkan kepercayaan pelabur itu. Sekiranya usaha sama mereka ini berjaya, banyak manfaat yang akan syarikatnya dapat.
Kedudukannya sebagai CEO Empress Corperation menyebabkan Tengku Naufal sering kali sibuk dengan urusan pejabat yang takkan pernah selesai. Siapa kata jadi orang kaya ni senang? Hakikatnya banyak perkara yang mereka perlu korbankan. Mereka juga terpaksa menguruskan banyak perkara sehingga kadang kala langsung takde masa untuk diri sendiri.
Seorang perempuan yang tiba-tiba melintas jalan tanpa melihat kiri kanan menyebabkan Tengku Naufal memberhentikan keretanya secara mendadak.
Piiinnnn....!!!!
Tengku Naufal tidak mampu untuk mengawal keretanya sehingga terbabas melanggar pembahagi jalan. Kepalanya terhantuk kuat di stering kereta. Tangan kanan berasa sakit dan tidak dapat digerakkan. Pandangan matanya mula kelam. Tengku Naufal tidak sedarkan diri.
------------------------------
"Aduh... sakitnya." Zara mengadu sakit. Siku dan tapak tangannya terluka kerana tersungkur nak mengelak kereta yang nyaris melanggarnya. Suasana cemas mula menyelubungi kawasan tersebut. Orang ramai mula berkerumun dekat kereta Tengku Naufal.
Zara pantas bangun dan pantas meluru ke arah kereta Tengku Naufal. Tanpa mempedulikan rasa sakitnya. Bersesak-sesak dia dengan orang ramai. Zara mengetuk-getuk kuat cermin kereta Tengku Naufal sambil memanggilnya berulang kali.
"Sesiapa boleh tak tolong call ambulance?!" teriak Zara meminta bantuan.
"Saya dah call diorang. Mereka dalam perjalanan ke sini," sahut salah seorang wanita yang berada disitu.
Zara cepat-cepat membuka pintu kereta. Dilihatnya Tengku Naufal sudah tidak sedarkan diri. Banyak darah mengalir keluar dari kepalanya. Baju kemeja yang berwarna putih sudah bermandian darah. Menggigil tangan Zara melihat keadaan lelaki itu.
'Harap-harap takde apa-apa yang buruk berlaku,' bisik hatinya.
Last edited by Nur_Allyn on 12-9-2014 06:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
al kisahnya... mulalah kisah zara & tengku naufal... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-9-2014 04:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-9-2014 02:46 AM
al kisahnya... mulalah kisah zara & tengku naufal...
Ya...harap2 ada yang sudi baca dan komen. |
|
|
|
|
|
|
|
sikitnya....sambung la lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-9-2014 09:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
purplelilytulip posted on 13-9-2014 10:17 AM
sikitnya....sambung la lg...
Masih dalam proses. Akan cuba buat lebih panjang... |
|
|
|
|
|
|
|
Nur_Allyn posted on 13-9-2014 09:21 PM
Masih dalam proses. Akan cuba buat lebih panjang...
apapun TT... story ni kena habiskan... jgn biarkan digantung tak bertali... |
|
|
|
|
|
|
|
besttttt...nak lagiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 14-9-2014 11:58 PM
apapun TT... story ni kena habiskan... jgn biarkan digantung tak bertali...
In sha allah akan di habiskan. maybe lambat sikit sbb tak lama lg ada exam stpm...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|