View: 1793|Reply: 3
|
China akan import durian sejuk beku Malaysia
[Copy link]
|
|
NANNING - CHINA. Malaysia dijangka mengeksport sehingga empat kontena durian sejuk beku bernilai RM2 juta sebulan ke China berikutan pengenalan Sistem Kebolehkesanan MiTrace.
“Kontena pertama durian beku bernilai RM500,000 dijangka tiba di Nanning minggu depan,” kata Utusan Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, dengan menambah kontena lain akan sampai Guangzhou dan Shanghai pada akhir bulan depan.
Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini selepas pelancaran Eksport Durian Sejuk Beku Malaysia Secara Langsung MiTrace di China hari ini, Ong berkata, sistem MiTrace akan membolehkan pengguna China mengesan tempat asal durian, yang mereka anggap sebagai raja buah-buahan Malaysia dan produk premium.
“Setiap label keselamatan pada kotak durian sejuk beku yang dieksport mempunyai kod unik dan mereka boleh memeriksa ketulenan dan keaslian produk itu dengan menggunakan kod QR,” tambahnya.
Sistem MiTrace itu telah diluluskan Pemeriksaan Perkhidmatan Kuarantin Pertanian China.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, durian sejuk beku menerima sambutan amat menggalakkan daripada warga China.
“Pengguna China lebih gemar durian sejuk beku Malaysia berbanding durian sejuk beku Thailand kerana durian dieksport Malaysia terdiri daripada D24 dan Musang King," katanya.
Beliau yakin permintaan terhadap produk itu di pasaran China akan meningkat 10 peratus dengan pengenalan sistem MiTrace.
Menurutnya, eskport produk terbabit telah meningkat kepada RM1.6 juta pada 2012 berbanding RM1.1 juta pada tahun sebelumnya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat mana pun teknologi qr tu, tak boleh lawan hebatnya hidung cik tupai kita |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|