CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2049|Reply: 1

Tip melancong: Elak anak mabuk dalam perjalanan

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:56 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Perjalanan yang jauh de-ngan keadaan jalan yang sibuk terutama musim cuti sekolah sememangnya cukup mencabar.
[size=0.9em]Cabaran itu bukan saja dirasai si bapa yang memandu, tetapi juga anak.



[size=0.9em]Justeru, jika anda merancang perjalanan jauh bersama anak pada hujung minggu ini, pastikan anda membuat perancangan awal untuk mengelak sebarang masalah.

Anda perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang berlaku terutama jika si kecil mengalami mabuk perjalanan.
[size=0.9em]GALAKKAN anak untuk melihat pemandangan hijau di sepanjang perjalanan.

[size=0.9em]
Andai mabuk melanda, si kecil pasti meragam dan ibu bapa pula tidak keruan dibuatnya.
[size=0.9em]
Oleh itu, supaya perjalanan anda lebih selesa dan mencegah anak daripada mengalami mabuk dalam perjalanan, ikuti tip berikut yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

1. Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan. Bermain gajet yang terlalu lama juga boleh membuatkan mereka berasa pening dan mual.

2. Dengarkan alunan muzik yang disukai. Muzik yang tidak disukai atau dirasa membosankan juga dapat menimbulkan rasa mual. Biar muzik itu tenang dan tidak terlalu kuat.

3. Pastikan anak duduk searah perjalanan. Ajar anak untuk melihat pemandangan di kejauhan seperti gunung atau sawah padi serta pemandangan yang me-nyenangkan.

4. Buat sebarang permainan atau aktiviti yang menyenangkan seperti bermain teka-teki, bernyanyi atau bergurau senda.

5. Ambil masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh supaya anda sekeluarga dapat merenggangkan badan.

6. Pastikan air yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.

7. Jika menaiki MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilih baris kedua yang kurang terhuyung-hayang.

8. Jauhkan asap rokok daripada anak kerana selain mengganggu saluran pernafasan, ia juga membuatkan anak mual.

9. Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan. Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang sebelum atau ketika perjalanan.

10.Cuba usahakan untuk anak sentiasa selesa dalam perjalanan terutama ketika mereka tidur. Menyediakan bantal kecil membantu supaya mereka mendapat tidur yang lena.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 05:23 PM | Show all posts
11. kurangkan kelajuan time ambik selekoh

12. kurangkan atau elak dari jalan berlubang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.192822 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list