CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4742|Reply: 12

[2015] ROMEO KOTA [AARON AZIZ]

[Copy link]
Post time 13-11-2014 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Anak Aaron Aziz Jadi Penyelamat "Romeo Kota"
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM


[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.75em]Aaron memberitahu tidak mempunyai masalah sekiranya anak-anaknya mahu terlibat dalam dunia seni.

[size=0.98em]SUBANG JAYA: Pelakon Aaron Aziz mengakui penglibatan anak keduanya, Dwi Ariana, 6, dalam bidang lakonan adalah secara tidak sengaja apabila mengantikan salah seorang watak kanak-kanak untuk filem pertama arahannya, Romeo Kota.
[size=0.98em]Tambah Aaron, dia melihat Dwi Ariana mempunyai bakat tersendiri dan mudah menghafal skrip serta dapat menghayati watak yang diberi kepadanya.
[size=0.98em]"Saya tidak menghalang, mahu pun mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan, tapi kalau itu yang mereka pilih saya hanya memberi dorongan.
[size=0.98em]"Pada awalnya Dwi Ariana menjadi penyelamat saya apabila salah seorang pelakon tambahan kanak-kanak tidak dapat hadir, dan saya memujuk dia untuk mengantikan tempat pelakon itu," ujarnya ketika ditemui pada previu filem Lari, disini, malam Khamis.



[size=0.98em]Aaron mengakui sering memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran.
[size=0.98em]"Jika dari pemerhatian saya, ketiga-tiga mereka ada bakat tersendiri tapi yang lebih menonjol setakat ini adalah anak kedua saya.
[size=0.98em]"Baru-baru ini juga dia ditawarkan berlakon untuk Disney Land cerita Princess Fiona dan dia perlu menggunakan dua bahasa iaitu Inggeris dan bahasa Melayu.
[size=0.98em]"Saya lihat dia bersungguh-sungguh menghafal skrip dalam bahasa Melayu itu kerana bahasa Melayu dia agak teruk dan dia berjaya buat dengan baik," ujarnya.
[size=0.98em]Jelas Aaron, dia turut mengajar anaknya mencari duit sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahu.
[size=0.98em]"Dia minta saya beli beg jenama Miu Miu, tapi saya tidak belikan kerana agak mahal, dan dia minta saya duit berlakon itu untuk beli beg itu," katanya.
[size=0.98em]Sementara itu, bercerita tentang filem lakonan terbarunya berjudul Lari, Aaron mengakui berpuas hati dengan lakonannya dalam filem aksi tersebut.
[size=0.98em]"Filem ini 60 peratus adalah lakonan dan aksi saya sendiri, sebelum kita mula penggambaran ada bengkel dilakukan dengan pelakon-pelakon lagak ngeri.
[size=0.98em]"Kita bincang dulu apa yang perlu dibuat, pelakon-pelakon lagak ngeri daripada filem Ong-Bak sangat profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
[size=0.98em]Jelas Aaron, aspek keselamatan sangat diutamakan oleh pengarah, Ahmad Idham agar kesemua pelakon tidak mengalami kecederaan.
[size=0.98em]Filem Lari mengisahkan Khaliff lakonan Aaron Aziz berhadapan dengan satu konflik apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sendiket pemerdagangan manusia, manakala ayahnya mati dibunuh.


Last edited by eddlisa_uyuk on 13-11-2014 01:55 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 02:12 AM | Show all posts
Si fizo pun belakon sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:24 AM | Show all posts
wow...mat haron ada filem baru
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 08:54 PM | Show all posts
dengar tajuk pun aku tak selera nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:05 PM | Show all posts
dia pgg watak bapak kpd romeo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:33 PM | Show all posts
harap terbaik je laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-12-2014 11:53 PM | Show all posts
PETALING JAYA: Penerbit filem Romeo Kota, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sekadar tawakal kepada Allah terhadap kutipan filem tersebut kerana ia ditayangkan ketika negara masih dalam keadaan sedih dengan bencana banjir.
Ahmad Idham berkata, tarikh tayangan yang bermula pada 8 Januari depan itu mungkin waktu yang sesuai apabila keadaan bencana itu pulih sepenuhnya.
"Saya menyerahkan perkara itu kepada rezeki. Beberapa filem ditayangkan ketika ini seperti Ophilia dan Manisnya Cinta di Cappadocia masih mendapat kutipan yang baik.

"Lagi pula filem ini ditayangkan seminggu lagi dan ketika itu mungkin semuanya sudah pulih seperti biasa," ujarnya pada sidang media selepas tayangan perdana filem Romeo Cinta di e@Curve, di sini, Selasa.

Sementara itu, Idham berkata, Romeo Kota merupakan filem terbitan Excellent Pictures pertama yang memberi kepercayaan kepada pelakon Aaron Aziz sebagai pengarah.

[size=0.75em]Aaron Aziz

Dia berpuas hati dengan komitmen yang diberikan pelakon popular itu dan hasil filem bergenre aksi komedi berkenaan mencapai apa yang diharapkan.

"Saya percaya dengan bakat dan pengalaman dia sebagai seorang pelakon untuk duduk di kerusi pengarah. Dia beri komitmen yang sangat baik serta hasil yang sangat membanggakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron mengakui masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajarinya dalam bidang pengarahan.

Jelasnya, tanggungjawab sebagai pengarah bukan mudah seperti yang disangkakan selama ini.

"Saya hanya lakukan apa yang termampu dan sepanjang 27 hari sebagai pengarah banyak memberi pengalaman kepada saya.

"Cabaran utama ialah sentiasa perlu bersedia dengan rancangan kedua jika rancangan pertama gagal," ujarnya.

Tambahnya, selain turut berlakon, dia juga mengakui bajet yang ditetapkan oleh produksi memberi cabaran dan tekanan kepadanya.

"Bila jadi pengarah semua keputusan perlu dilakukan sendiri. Saya akui agak sukar untuk meminta pelakon yang ada nama seperti Datin Nina Juren untuk berlakon lebih kerana bajet yang diberikan terhad.

"Namun, saya anggap ia sebagai satu cabaran seperti mana yang dilalui oleh pengarah-pengarah lain," katanya.

Filem Romeo Kota ditayangkan di 54 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 8 Januari depan.

Filem tersebut turut dibintangi oleh Nabil Ahmad, Hanis Zalikha, Fizo Omar, Sofi Jikan, Sleeq, dan Nina Juren.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 01:15 AM | Show all posts
konpem tak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 10:47 AM | Show all posts
Mencabar sungguh masa aku buat citer nih .. Bila Aaron dah jadi pengarah baru dia tahu siksa org blkg tabir camner.. Dok jadi pelakon boleh la lek lek... hahahaha.. sakit badan sakit kepala dia direct filem ni... Terima kasih kerana memberi penghormatan kepada team ROMEO KOTA....   HAHHAHAHAHA.. Hasil yang aku sungguh berpuas hati... Congrats..

-TEAM ROMEO KOTA-
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:46 PM | Show all posts
iols rasa saham mat haron macam dah turun...kalo x dulu iols teruja sangat2 nak tengok citer2 heols...sekarang macam x kuasa gitew
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 01:03 AM | Show all posts
twit filemkita kata, aaron aziz berlakon jd aaron aziz diarahkan oleh aaron aziz
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 10:34 PM | Show all posts
sabrinadzri replied at 1-1-2015 02:47 AM
Mencabar sungguh masa aku buat citer nih .. Bila Aaron dah jadi pengarah baru dia tahu siksa org blk ...

sedih pulak aku bace. bukan pe..tibe2 terbayang org2 belakang tabir buat keje susah payah tp filem flop jugak disebabkan producer xreti bisnes dan pengarah yg xreti buat cerite (read: sikit2 citer gaduh2 lawak2 hantu2). dorang2 ni tak belajar dari filem the journey ke? heran aku. good luck team korang
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 07:45 AM | Show all posts
anak AA si dwi pun lakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.544133 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list