CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7217|Reply: 44

Cinta selepas Hujan

[Copy link]
Post time 27-11-2014 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Lisa menarik nafas panjang apabila melihat fail yang bertimbun diatas mejanya. Bila nak habis keja aku ni keluh Lisa sambil mengusap-usap rambutnya. Hampir 2 tahun dia bertugas sebagai Eksekutif Sumber Manusia di Syarikat Mega Maju ini. Ini lah tugas pertama yang dijawatnya setelah memperolehi Ijazah 2 tahun yang lalu. Lisa anak ketiga dari lima beradik perlu menyara keluarga setelah pemergian ayahnya setahun yang lepas akibat penyakit jantung. Walaupun abangnya Ehsan dan kakaknya sulungnya Suria berkerja namun Lisa tidak mahu menyusahkan mereka memandangkan mereka sudah berumah tangga.

Sedang Lisa sibuk mengemaskini sistem sumber manusia, terdengar suara memanggilnya.

“Lisa,” Lisa mengangkat muka menoleh kearah suara tersebut.  

“Ape?” ringkas Lisa menyoal.

“Ko boleh tolong gantikan aku pergi seminar dekat JB hujung minggu ni tak?” pinta Rakesh sambil tersengih bak kerang busuk. Lisa menutup fail yang ada ditangannya. Mukanya mula membahang merah. Apa lagi yang mamat ni nak menyusahkan aku ni. sungut hati Lisa.
“Apasal aku kena gantikan ko pulak?, ko nak pergi mana?Aku nak balik kampung la!”ujar Lisa seakan tidak berpuas hati.

“Ala, ko tahu la kan bini aku si Karmala dah sarat, aku risau la nak tinggalkan dia dalam keadaan macamni.”Jelas Rakesh. Lisa terdiam sejenak. Dia jelas dengan keadaan Rakesh. Lisa mengeluh kecil.

“Hurm, Okla. nanti aku gantikan ko.Tapi ko jangan lupa belanja aku nasi lemak Cik Melah sambal udang yang sedap tu” balas Lisa sambil membayangkan keenakan nasi lemak Cik Melah yang meniaga dihadapan syarikat Megah Maju. Sambal udang yang sedap dengan nasi lemak yang terasa lemak santannya terbayang diruang fikirannya. Lisa menelan air liur.

“Ok, nanti aku belanja nasi lemak Cik Melah sambal udang special untuk ko “pujuk Rakesh sambil tersenyum dan berlalu dari bilik Lisa.

“Woi Rakesh, ko jangan lupa bagi aku memo seminar tu nanti” jerit Lisa. Tiada sahutan dari Rakesh, namun Lisa pasti Rakesh mendengarnya.

Lisa teringat akan ibunya. Dia sudah berjanji akan pulang ke kampung. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera menghubungi ibunya.

“Assalamualaikum, Ibu” ucap Lisa setelah talian bersambung.

“Waalaikummusalam, Lisa “balas Ibu.

“Ibu sihat?, tengah buat apa?” ujar Lisa berbasi-basian.

“Ibu sihat, ni tengah menjahit baju kurung yang di tempah oleh Makcik Temah kamu tuh. Karang kalau tak siap, letih ibu nak dengar bebelannya “jelas ibu panjang.

Lisa tergelak kecil mendengar celoteh ibunya. Dia kenal sangat dengan perangai Makcik Temah a.k.a Radio buruk yang akan mencanang satu kampung jika ada yang tidak kena pada matanya.

“Ibu, Lisa mintak maaf. Lisa tak boleh balik kampung la minggu ni. Lisa ada seminar dekat Johor. Nanti minggu hadapan Lisa balik ye bu” Jelas Lisa lembut.

“Ohh, kalau ada kerja takpelah Lisa. Lagipun abang Ehsan kamu balik sekeluarga minggu ni. “balas ibu.

“Seronok la ibu, cucu-cucu semua balik” jawab Lisa mengusik ibunya. Dia tahu benar perangai Ibunya yang sangat manjakan Sarah dan Irfan. Pasti ibunya akan memasakkan rendang ayam kampung kesukaan anak buahnya itu.

“Tu la, itu je la cucu –cucu ibu. Nak harapkan kamu, entah bila ibu akan dapat cucu lagi” ujar ibu. Kedengaran suara ibu semakin sayu.

“Ibu, Lisa letak telefon dulu. Bos Lisa panggil ni” Bingkas Lisa malas berbahas dengan ibunya akan perkara berkaitan dengan pernikahannya.

“Baiklah, kamu jangan lupa jaga diri Lisa, jangan asyik kerja sampai lupa makan”nasihat ibu tegas.

“Ye, ibu. Assalamualaikum” ucap Lisa lembut.

Lisa meletakkan telefon bimbitnya setelah ucapan salamnya disahut ibu dan panggilan dimatikan. Lisa termenung. Kata –kata ibu menusuk kalbu Lisa. Maafkan Lisa, Ibu. Lisa belum sedia nak jalinkan hubungan baru, ujar Lisa perlahan sambil mengelap matanya yang sudah berlinangan dengan air mata.Aku rindu dia.cetus Lisa.

“Woi, Lisa. Apesal ko macam menangis je ni” jerit Shima tiba-tiba muncul di pinggir pintu biliknya.

“Tak ada apalah”Ujar Lisa perlahan sambil berpura –pura mengemas rambutnya.

“Jom pergi makan.Aku teringin nak makan asam pedas dekat kedai Ikan Bakar Malim lah” ajak Shima sambil duduk di kerusi berhadapan dengan meja Lisa.

“Mengidam ke apa tetiba nak makan asam pedas” balas Lisa sambil ketawa kecil. Dia sengaja mengusik kawannya supaya kawannya tidak perasan akan perubahan wajahnya.

“Bukan aku mengidam. Anak cacing dalam perut aku ni meronta –ronta nak makan asam pedas” balas Shima sambil tergelak besar.

“Hies, tak senonoh la ko ni, kejap aku nak touch up muka aku sikit” ujar Lisa sambil mengeluarkan bedak compact berjenama Miyami dari beg tangannya.

“Ala, tak payah la nak touch-up beria sangat.Kalau dah lawa, tak pakai mekap pun nampak cantik jugak “kata Shima menarik tangan Lisa.
Lisa mengeluh dan menyimpan kembali bedak compactnya kedalam beg tangannya lalu mengikut Shima meninggalkan biliknya.
Last edited by znuyul on 28-11-2014 09:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 03:33 PM | Show all posts
cerita baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 03:36 PM | Show all posts
pen_biru posted on 27-11-2014 03:33 PM
cerita baru

baru nak mengasah bakat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 04:16 PM | Show all posts
ok pe... baru permulaan teruskan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:49 PM | Show all posts
Novel ke cerpen ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:16 PM | Show all posts
Nice opening TT... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay fine, saya ngaku saya amatur tapi awak..

“Lisa,” Lisa mengangkat muka menoleh
kearah suara tersebut.  “Ape?” ringkas Lisa
menyoal. “Ko boleh tolong gantikan aku pergi
seminar dekat JB hujung minggu ni tak?”
pinta Rakesh sambil tersengih bak kerang
busuk. Lisa menutup fail yang ada
ditangannya.  <<<< tak silap saya, kalau ada dialog dan cerita lepas dialog kena ada jarak.

contoh.

“Lisa,” Lisa mengangkat muka menoleh
kearah suara tersebut.  

“Ape?” ringkas Lisa
menyoal.

“Ko boleh tolong gantikan aku pergi
seminar dekat JB hujung minggu ni tak?”
pinta Rakesh sambil tersengih bak kerang
busuk. Lisa menutup fail yang ada
ditangannya. << bkn ke patut mcm ni?.

Atau saya yang silap?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:17 PM | Show all posts
Esmiria posted on 27-11-2014 10:54 PM
Okay fine, saya ngaku saya amatur tapi awak..

“Lisa,” Lisa mengangkat muka menoleh

wah..Es dah pandai..

sambung lagi TT...

meriahkan bod ni...biar ipo pulak sepikan diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 27-11-2014 03:17 PM
wah..Es dah pandai..

sambung lagi TT...


Ipo. Ada masa, jenguk ar rumah baru saya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:21 PM | Show all posts
Esmiria posted on 27-11-2014 11:19 PM
Ipo. Ada masa, jenguk ar rumah baru saya.

ok..dah jenguk tadi dan dah baca sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 27-11-2014 03:21 PM
ok..dah jenguk tadi dan dah baca sikit..

Thanks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 09:13 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 27-11-2014 05:49 PM
Novel ke cerpen ni

Tak tahu lagi la Nay.
Ingat buat cerpen dulu..
Kalau ada idea baru baru buat novel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 09:14 AM | Show all posts
Esmiria posted on 27-11-2014 10:54 PM
Okay fine, saya ngaku saya amatur tapi awak..

“Lisa,” Lisa mengangkat muka menoleh

Tu la..
Saya budak baru belajar..
Thanks bg ilmu..
Nah bunga
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 01:14 AM
Tu la..
Saya budak baru belajar..
Thanks bg ilmu..

ingt kna mki tadi.fuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 09:25 AM | Show all posts
Sambungan .............

Setelah menunaikan solat Isyak, Lisa membuka buku catitannya untuk melihat tugasannya untuk keesokkan hari. Dia meneliti memo yang berlipat elok dalam buku catitannya. Memo tersebut sengaja disimpan oleh Lisa setelah Rakesh memberinya semasa dia pulang dari menjamuselera tengah hari tadi.
Malasnya nak pergi seminar, gusar hati kecil Lisa. Lisa membuka laci yang ada dimeja tulisnya itu. Terdapat sekeping gambar terletak elok dalam frame gambar berwarna silver. Saya rindu awk, Aisy bisik suara kecil Lisa sambil memeluk gambar kekasihnya. Lisa menangis sendu. Dia teringat segala kenangannya bersama Zafran Aisy. Dia ada membuat scrape book yang menyimpan segala kenangannya bersama Aisy.

Lisa mencapai scrape book yang ada tersusun rapi dirak buku berhampiran denganmeja tulisnya. Dibukanya helaian demi helaian. Lisa ternampak pembalut coklat Snickers. Kenangan mengamit kembali. Teringat kenangannya waktu pertama kali bertemu Aisy.

Lisa sedang menjalankan tugasnya memeriksa kawasan berhampiran dengan tandas lelaki. Tiba-tiba dia terlihat seorang pelajar lelaki dengan selambanya membuang pembalut cokat dirumput berhampiran sedangkan tong sampah hanya 3 langkah dari tempat pelajar lelaki itu berdiri. Lisa menghampiri pelajar lelaki tersebut.

“Hey awak, kenapa buang sampah ni.Kan pihak sekolah dah sediakan tong sampah untuk kita buang sampah. Awak ni buta ke?” marah Lisa sambil mengutip pembalut coklat Snickers dikakinya.

“Oh, ada tong sampah ke?, aku tak perasan pun”balas pelajar lelaki itu berpaling kearah Lisa sambil ketawa mengejek.

“Susah cakap dengan orang buta hati ni” ujar Lisa sambil mengeluarkan buku lima lima nya untuk mencatit nama pelajar lelaki itu.

“Woi, ko nak buat ape tu”jerit pelajar lelaki itu sambil bercekak pinggang.

Matanya sengaja dibesarkan untuk menakutkan pengawas dihadapannya. Dia terpaku melihat rupa pengawas dihadapannya. Cantiknya dia.

“Zafran Aisy”.ucap Lisa sambil membaca tanda nama yang didada pelajar lelaki tersebut.

“Nama je sedap tetapi perangai kelaut” selamba Lisa berkata.

“Ko jangan mengada-ngada nak tulis nama aku. Pengetua dengan bapak aku ni kawan baik” balas Zafran Aisy sambil berlagak.

“So, aku kisah kalau bapak ko baik dengan pengetua pun” kata Lisa sambil menyimpan buku lima limanya dan pembalut coklat tadi kedalam poket jacket pengawasnya.

Lisa melangkah meninggalkan pelajar itu. Tiba –tiba Lisa terasa seakan-akan ditolak dari belakang. Lisa terjatuh. Kedengaran tawa dibelakang tubuhnya. Muka Lisa mula berbahang merah menahan kemarahannya. Dia bingkas bangun dan berpaling kearah pelajar lelaki tersebut.

“Ko ni dah kenapa, yang ko tolak aku ni kenapa?” jerit Lisa kearah lelaki tersebut.

Suara nyaring Lisa menarik perhatian beberapa pelajar yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut.Namun apabila mereka melihat kelibat Zafran Aisy, mereka segera berlalu dari kawasan tersebut.
“Bagi aku buku tu”balas Zafran bersahaja sambil tersengih seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

“Tak boleh, aku nak serahkan kepada Cikgu Aziz” tegas Lisa menepuk-nepuk uniform sekolahnya yang berdebu akibat terjatuh tadi.

“Kalau ko tak bagi, aku rampas”ujarZafran cuba menyeluk poket jacket pengawas Lisa.

“Tak boleh” jerit Lisa sambil menahan tangan Zafran.

Namun tenaga Lisa tidak setanding kuasa yang dimilik oleh Zafran. Buku lima lima Lisa kini bertukar tangan. Zafran tersenyum megah apabila buku lima lima kini berada dalam genggamannya. Dia segera mengoyak buku tersebut beberapa kali dan membuangnya kerumput. Lisa menjadi marah lalu menyepak kaki Zafran. Zafran mengadu kesakitan

“Ko ni memang kurang ajar!!, muka je handsome tapi perangai macam jin” marah Lisa lalu berlalu pergi meninggalkan Zafran.

Tiba- tiba Lisa terasa seakan sesuatu yang lembut bergeser dikakinya. Kenangan dulu hilang. Lisa tersenyum dan mengangkat Coco dan menciumnya. Coco ialah kucing yang dijumpainya semasa mula-mula berpindah di Melaka. Sedang dia menyapu daun-daun kering disekeliling rumahnya, dia ternampak seekor anak kucing sedang tidur dibawah pokok jambu batu. Lisa berjalan kearah anak kucing itu. Anak kucing berwarna kecoklatan itu diusapnya. Anak kucing tersebut membuka mata dan mengiau. Kelihatan anak kucing itu lapar. Lisa segera membawanya ke dalam rumah dan memberinya nasi yang digaulkan bersama lebihan ikan goreng dan semangkuk susu.

Comelnya anak kucing ni ujar Lisa. Lisa berkira-kira untuk memberi nama kepada anak kucing tersebut. Melihat bulunya yang berwarna kecoklatan, Lisa mendapat idea untuk menamakan anak kucing itu Coco. Lisa cuba memanggilnya Coco dan anak kucing tersebut menoleh kearah Lisa seakan-akan menyukai nama yang diberikan oleh Lisa tadi.

Lisa mencium gambar Aisydan meletakkannya kembali kedalam laci. Dia membawa Coco keatas katilnya yang bersaiz Queen dan memeluknya. Memang menjadi kebiasaannya Lisa tidur bersama Coco.


Last edited by znuyul on 29-11-2014 09:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 01:25 AM
Sambungan .............

Setelah menunaikan solat Isyak, Lisa membuka buku catitannya untuk meliha ...

Znuyul, why some dialog takde noktah?
satu lagi ada certain perkataan yg rapat ar znuyul.

contoh- UjarLisa.

Znuyul taip dlm keadaan tergesa2 ke?


Kata pengetua baik dgn bpk, ingt kwn lma yg menggedik dgn cikgu jantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 10:11 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:02 AM
Znuyul, why some dialog takde noktah?
satu lagi ada certain perkataan yg rapat ar znuyul.

Nuyul copy dri word..entah la..bila taip dalam word ok je..bila copy dlm forum jadi caca marba..sedih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 02:11 AM
Nuyul copy dri word..entah la..bila taip dalam word ok je..bila copy dlm forum jadi caca marba..se ...


Oh begitu?
Kita geng, pernh kna camtu. bezanya, saya paste dari  fail nota ke cari forum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 10:18 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:16 AM
Oh begitu?
Kita geng, pernh kna camtu. bezanya, saya paste dari  fail nota ke cari forum.

Penat nak edit2 lagi..bia la dulu..nati dah xbz nuyul edit balik..
still boleh baca kan??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 02:18 AM
Penat nak edit2 lagi..bia la dulu..nati dah xbz nuyul edit balik..
still boleh baca kan??

blh..ea, jgn terasa. ckp je taw.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.154713 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list