CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4700|Reply: 8

lepas ni kalau kereta hilang, insyaAllah memang ada hikmah

[Copy link]
Post time 8-12-2014 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik Kereta Yang Dicuri Gembira Sebab Keretanya Yang Dijumpai Semula Dicat Cantik






Thailand: Tersenyum Prayoon Sudcha,56, selepas keretanya yang dicuri telah ditemui semula dalam keadaan baik dan telah dicat baru dengan cantik.

Kereta model Toyota Yaris itu telah hilang bulan lalu kerana kecuainya yang mabuk dengan memberhentikan kereta ditepi jalan untuk tidur.

Suspek pencuri kereta Pichet Prompakdee, 25, dari Chaiyaphum telah berjaya ditahan di sebuah restoran makanan Korea di kawasan Muang di Khon Kaen iaitu tempat suspek bekerja.

Menurut Ketua Polis Daerah Khon Kaen, Kolonel Supakorn Khamsingnok, mangsa telah membuat satu laporan polis mengenai kehilangan keretanya itu.

Dalam laporannya kepada polis beliau menceritakan yang dia terlalu mabuk pada hari itu dan memberhentikan kereta tepi jalan dan apabila beliau terjaga keesokan hari terkejut kerana beliau berada di luar iaitu di dalam taman permainan.

"Pihak kami telah berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar taman itu ketika kejadian berlaku serta berjaya menjejaki semula kereta itu di kawasan berdekatan tempat Pichet bekerja."

"Pada mulanya Pichet berdolak-dalih mengatakan kereta berkenaan adalah miliknya tetapi gagal mengemukakan dokumen pemilikan kereta itu sebelum akhirnya mengaku mencurinya." kata Supakorn.

Selepas berdolak dalih suspek memberitahu polis yang kereta tersebut telah menghalang laluannya ketika beliau hendak pulang ke kediamannya.

Suspek turut memberitahu semasa dia menjumpai kereta tersebut dia mendapati pemilik kereta tersebut sedang tidur di tempat duduk belakang dengan enjin kereta tidak dimatikan dan pintu tidak berkunci.

Beliau telah cuba mengejutkan Prayoon tetapi tidak berjaya membuatkan dia telah memandu kereta tersebut ke taman permainan. Prayoon akhirnya terjaga membuatkan suspek cuba menawarkan dia pulang tetapi Prayoon masih mabuk menyebabkan suspek meninggalkan mangsa disitu.

Suspek telah membawa balik kereta ke kediamannya dan telah mengecat kereta tersebut serta telah menukar nombor pendaftaran.

Bagaimanapun taktiknya tidak berjaya kerana gambarnya sudah terakam di CCTV.-Siakapkeli.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:48 AM | Show all posts
Pakcik, lain kali jgn mabuk. Nasib dpt jmpa balik kreta tu.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 10:06 AM | Show all posts
nasib jumpa blk......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:33 AM | Show all posts
Ok le tu dapat balik dalam keadaan yang lebih cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:36 AM | Show all posts
Mungkin kes tu satu dalam sejuta.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:01 PM | Show all posts
ni rare ni sgt rare

bertuah la pkcik oiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 11:22 AM | Show all posts
pencuri tu pandang kereta buat kali terakhir...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 06:53 PM | Show all posts
kat msia pencuri tercuri kereta high ranking polis, lepas tu pulang balik letak note sorry.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ati pencuri tu.........

Berpisah jua... Hoo.. Oooo....
(lagu kak jena jen)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090667 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list