|
Kenali Penyakit Epilepsi
Memahami penyakit sawan dan epilepsi
Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:
- Diam seketika
- Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
- Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
- Kaki dan tangan menyentak-nyentak
- Tiba-tiba jatuh ke lantai
Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :
- Terkejut
- Pergerakan normal semasa tidur
- Tindakan menahan nafas
- Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures)
- Pengsan
- Berangan
Apa itu epilepsi?
“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.
Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.
Siapa yang menghidap epilepsi?
Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.
Mengapa anak saya menghidap epilepsi?
Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik.. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku. Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:
- Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan
- Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan
- Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.
- Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.
sumber:kesihatan.info
|
|
|
|
|
|
|
|
saya just nak share sikit mengenai rawatan untuk penyakit sawan ni. kawan saya bekerja di bahagaian IT disalah sebuah klinik di puchong. Dekat sana ramai juga pesakit-pesakit sawan atau saintifiknya epilepsi. Ada juga pernah diserang sawan ketika di klinik. Dekat sana dorang menggunakan rawatan akupuntur dan herba. Kalo nak cuba rawatan ni ni website nya http://thetole.org/MalayHerbalMe ... k.html#.VWPSBCKUcbU
tak pon nak tanya lebih lanjut boleh pm facebooknya. Dekat website dia de link fb. |
|
|
|
|
|
|
| |
|