View: 1662|Reply: 2
|
Anak kerap sakit – bagaimana perkuatkan antibodi?
[Copy link]
|
|
Anak kerap sakit – bagaimana perkuatkan antibodi?
Doktor,
Anak-anak saya berumur 3, 5 dan 6 tahun. Mereka kerap dapat selsema dan demam , kadang-kadang sebulan sekali namun tidaklah sampai perlu masuk ke hospital untuk rawatan. Mereka mudah berjangkit dan adakala saya dan suami juga terkena. Soalan saya, adakah itu bermakna sistem antibodi anak-anak saya lemah? Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan kekuatan antibodi?
Shakiroh
Salam Puan Shakiroh,
Terima kasih diatas pertanyaan pihak puan. Umumnya, sistem pertahanan badan kanak-kanak adalah masih belum matang semasa baru lahir, dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Adalah merupakan satu perkara lumrah bagi kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, dan episod ini boleh mencapai sehingga 5-6 kali setahun dan masih dianggap normal.
Untuk makluman puan, terdapat banyak jenis kuman yang boleh menyerang system pernafasan kanak-kanak dan seterusnya membawa kepada demam selsema. Antaranya adalah kuman bakteria seperti Streptococcus pneumonia, kuman virus seperti Respiratory Syncytial Virus dan banyak lagi. Ini menjelaskan mengapa mereka boleh mendapat jangkitan selsema berulang kali. Ia disebabkan oleh jangkitan demam selsema oleh agen kuman yang berbeza. Bagi setiap kali pendedahan kepada kuman-kuman ini, sistem pertahanan imun badan kanak-kanak akan bertindak dengan efektif dan penghasilan antibodi dan sel memori akan berlaku.
Maka, jika terjadi jangkitan oleh kuman yang sama pada masa hadapan, kanak-kanak tersebut mampu melawan jangkitan tersebut dengan segera dan mereka akan lega dengan cepat. Namun, perkara yang penting harus diingat, adalah penghasilan antibodi ini adalah spesifik kepada kuman yang terdedah. Maka, usah lah puan gusar jika anak puan mengalami demam selesema yang berulang. Kemungkinan besar sistem pertahanan badan anak-anak puan adalah mantap kerana jangkitan kuman tersebut sembuh dan tidak melarat sehingga perlu menerima rawatan pesakit dalam di hospital ataupun ICU.
Namun yang demikian, jangkitan demam selsema mampu melarat ke tahap yang lebih serius seperti pneumonia iaitu jangkitan kuman pada sistem pernafasan peparu. Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh membezakan di antara kedua penyakit ini1. Antaranya adalah:
- Bagi kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun, mengalami batuk DAN/ATAU kesukaran bernafas, bersama demam panas (mungkin tidak bagi sesetengah keadaan), dan kadar pernafasan yang laju serta penggunaan otot pernafasan yang berlebihan.
- Kanak-kanak tersebut tidak bermaya, tidak aktif dan lemah.
- Pada peringkat yang kritikal, kanak-kanak tersebut tidak mampu untuk minum atau makan dan mungkin hilang kesedaran ataupun sawan.
Maka, kami sebagai pengamal perubatan menyarankan agar jika anak-anak puan mengalami tanda-tanda tersebut, agar dibawa bagi pemeriksaan doktor yang bertauliah. Elakkan dari membeli ubat-ubatan di kaunter farmasi sahaja. Ini kerana melalui pemeriksaan doktor, tanda-tanda bahaya dapat dikenalpasti dan penyaringan antara jangkitan biasa yang hanya memerlukan rawatan supportif dan jangkitan kuman invasif yang memerlukan rawatan yang lebih rapi dapat dilakukan.
Ingin saya menarik perhatian puan dan juga para pembaca sekalian. Sistem pertahanan badan adalah merupakan satu sistem yang kompleks dan terdiri daripada pelbagai komponen yang bertindak balas secara akif dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Apa yang penting adalah kesemua elemen ini berada di dalam keadaan optimum dan seimbang, bagi membolehkan ia bertindak dengan efisyen. Adalah merupakan satu salah faham yang amat lazim, di mana ramai yang menganggap dengan mengambil salah satu elemen secara berlebihan akan memberikan perlindungan yang lebih. Ini adalah merupakan konsep yang salah dan mampu membawa mudarat kepada anak anda. Sebagai contoh adalah mengambil Vitamin C pada kadar dose yang sangat berlebihan sehingga mampu merosakkan sistem hati.
Secara umumnya, terdapat beberapa perkara yang puan boleh lakukan bagi membantu perkembangan sistem imun yang sihat. Di antaranya adalah:
- Susu ibu adalah merupakan sumber perlindungan yang terbaik bagi bayi di bawah usia enam bulan. Ini kerana susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih dan Immunoglobulin A bagi perlindungan bayi anda.
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi. Pastikan pengambilan sayur dan buah setiap hari, di samping makanan yang lain. Berdasarkan hasil kajian yang lepas, didapati jangkitan kuman lebih sering berlaku pada mereka yang mengalami kekurangan zat makanan seperti kwashiorkor atau marasmus.
- Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memberi vaksinasi kepada anak anda mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui proses vaksinasi, sistem pertahanan tubuh anak anda akan dirangsang sebagai persediaan bagi menghadapi jangkitan yang sebenar, melalui penghasilan sel antibodi memori.
- Persekitaran yang bersih dan selamat. Pastikan bekalan air yang bersih dan air minum perlulah dimasak terlebih dahulu. Anda perlulah membuat pilihan yang bijak semasa membeli makanan yang dijual diluar. Jadikan kebersihan sebagai salah satu faktor utama semasa membuat pilihan. Cuba elakkan keadaan ‘overcrowding’, di mana terlampau ramai orang tinggal serumah. Baik di rumah anda mahupun di tempat jagaan kanak-kanak semasa anda pergi bekerja. Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’. Malah kualiti penjagaan bagi anak anda juga mungkin terjejas jika nisbah antara penjaga dan kanak-kanak di nursery tidak seimbang.
- Satu lagi perkara yang sering khalayak umum terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok. Didapati situasi “secondhand smoker’ di mana bayi atau kanak-kanak tinggal bersama dengan ibubapa atau orang dewasa yang merokok akan terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung. Berdasarkan hasil kajian epidemiologi, risiko bagi kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome) adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang terdedah dengan gejala ‘secondhand smoker’.2
sumber:doktorbudak.com
(Disediakan oleh Dr Intan Juliana Abd Hamid)
|
|
|
|
|
|
|
|
let your children play - santana |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cakul at 21-5-2015 09:34 AM
Sesiapa yang anak selalu demam, terutama demam selsema. Saya ada ubatnya, hanya dua sudu untuk orang dewasa..demam hilang. Untuk kanak-kanak 1 sudu sudah cukup. Dengan supliment yang saya formulakan sendiri, insyaallah selesai masalah demam untuk anak-anak dan orang dewasa yang berpunca dari penyakit bawaan kuman dan virus. Sekarang saya tengah nak test kepada pesakit demam denggi pula.
Supliment saya ini bersifat anti virus, anti bakteria, anti kulatdan anti parasit semulajadi, membantu mengawal pelbagai penyakit dan menguatkan sistem immunity, diperbuat dari extract buah-buahan tempatan dan campuran madu. Siapa berminat boleh pm. Harga dua puluh hennget tidak termasuk pos. , kandungan 60ML.
Boleh minum sebagai supliment hari2 pun ok, menguatkan antibody. Untuk mereka yang mengalami senggugut minum 1 sudu, insyaallah selesai masalah. Kembali ceria.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|