ENAM: RESTU IBU BAPA.
Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pada pagi Isnin dengan jumlahmangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeritidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialahsebanyak 225,731 mangsa. Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak(7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa. Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik OmarNik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.
Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjiriaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500),Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh(192).
Puan Sri Atikah yang sedang menatap berita ditelevisyen,menakup mulut menahan sebak mengenangkan 2 anak terunanya berada di sana. PuasTan Sri Rusman mendail nombor telefon bimbit kedua-dua anaknya. Namun, gagal.Di luar liputan kawasan. SMS yang diterima daripada Roddy pun, hampir 4 jamyang lalu.
Tan Sri Rusman mendekati isteri atas sofa. Dirangkullembut bahu isterinya bagi menenangkan kegalauan hati isteri tercinta. Puan SriAtikah merebahkan kepala dibahu suami lalu menghambur tangisan semahunya.
Kenapalah kedua anak bujang mereka beriya nak ke sana?Bukan tak ada sukarelawan yang sedia menggembleng tenaga.
“Mama, papa. Roddy nak minta izin mama dan papa nak kePantai Timur?” Roddy menyuarakan hasrat. “Roddy, nak buat apa kat sana sayang?” Puan Sri Atikahbertanya. “Roddy nak menyumbang tenaga membantu mangsa banjirmama.” “Kamu sedar tak apa kamu cakap ni. Kat sana bahayasekarang ni. Bukan tak ada sukarelawan dan anggota keselamatan membantu disana.” “I know pa. Tapi, mereka masih kekurangan tenagasukarelawan. Jadi, mereka minta Roddy membantu di sana. Harapan Roddy besar nakhulurkan bantuan. Lagipun, di Negara sendiri ma, pa. Please.” “Tapi sayang. Mama tak puas nak kamu dekat kat mama.Jangan pergi yea nak.” Sayu Puan Sri Atikah merayu.
Roddy tak tentu arah. Tak betah jika ibu kesayanganbernada pilu dan sendu begitu. Dari duduk atas sofa, Roddy melutut di hadapanmamanya. Tangan lembut siibu diraih dalam genggaman.
“Mama, janganlah begini. Bukan lama pun Roddy pergi. Bilabanjir dah surut... Roddy baliklah.” “Itu pun kalau selamat.” Sinis Tan Sri Rusman mencelah. “Papa dan mama doakan Roddy selamat.” Walaupun sinislemparan kata-kata papanya tadi, Roddy tak ambil kisah. Janji, mendapatkeizinan mutlak daripada mereka. Pergi tanpa restu orang tua, menjadikanusahanya tidak ikhlas dan tiada keredhaan Allah.
“Papa dan mama tak perlu risaukan Roddy ni, nanti taulahRash tengok-tengokkan dia ni.” PantasRoddy berpaling menatap abangnya yang turun dari tangga. Apa hal naktengok-tengokkan aku pulak ni? Roddy tak lepas tunak melihat figura si abang yang kiandekat dan duduk di sofa tunggal. Rashdan sempat mengerling roman si adik. Mukamacam tak puas hati jek tu? “Kenapa nak tengok-tengok aku pulak?” Perbualan sesamaibu bapa tadi beralih antara adik beradik. “Aku pun nak menyumbang tenaga membantu mangsa banjir.”Selamba Rashdan meluahkan. “What?!”
Roddy tegak berdirimengadap Rashdan. Dengan wajah penuh bersahaja, Rashdan turut bangun dariduduknya. Saling bertentangan.
“Aku akan turut serta dalam misi sukarelawan tu. So, mamadan papa... don’t worry. Rash dan Roddy akan sama-sama berganding bahu dansentiasa menjaga antara satu sama lain.” Langsung tidak beralih dari berlawantatapan antara mereka. Roddy benar-benar bengkek dengan ulah abangnya ini. “Baiklah. Papa dan mama harap, kamu berdua saling menjagaantara satu sama lain semasa di sana nanti.” Tan Sri Rusman membenarkan dankurang sedikit kebimbangannya. Walaupun dia tidak menampakkan kerisauan seorangayah di hadapan anak bongsunya itu, namun... kebimbangan seorang ayah tetapterpahat disanubari. Cuma, dia masih janggal dengan anak bongsunya itu.
Dengan berat hati, Puan Sri Atikah mengangguk jua, setujudengan cadangan suami dan anak sulungnya. Jika Rashdan ada sama, taklah diabimbang sangat. Roddy masih tak puas hati. Dia benar-benar tak setujudengan cadangan abangnya.
“Habis tu, siapa yang nak jaga mama, papa dan syarikatkalau abang tak ada nanti?”
Roddy separa berbisik namun keras nadanya. Tidak mahupapa dan mama mendengarnya.
“Habis tu, kau ingat diorang nak benarkan... till now.”Tegas dan separa berbisik juga Rashdan menentang. “Abang memang tak munasabah!” “Whatever.”
Pecah lamunan Puan SriAtikah mengenangkan situasi sebelum anak-anak lelakinya pergi. Dikesat air mata dipipi. Kemudian, menadah tangan memanjatkan doanya.
Ya Allah, Lindungilah anak-anakku dari marabahaya.Permudahkan urusan murni mereka Ya Allah. Semoga mereka selamat dan jika niatmereka untuk membantu atas dasar kemanusian. Aku redha Ya Allah, aku berserahsegala-galanya Kepada-Mu Ya Allah. Amin Yarabbal Alamin.
Menusup dilubuk jiwa seorang ibu menitip doa kudus buatMaha Pencipta. Harapannya tinggi agar usaha anak-anak membuahkan hasil dandalam keadaan selamat sejahtera hendaknya. |