View: 4532|Reply: 13
|
Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand
[Copy link]
|
|
Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand (12 Gambar)
Sejarah
Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayah dikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian.
Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir.
Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa.
Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak, Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end!
Sumber ThaiprisonLife
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buatnya yg pegang bendera tu terjatuhkan bendera, tapi sebenarnya belum time lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jimat sket...firing squad biasanya 10 orang...ni sorang dah cukuop dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya.... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rasa ni kejam...korang kena tgk hukuman lingchi kt chinaa![](static/image/smiley/default/cry.gif) ....kejam dan sadis gler |
|
|
|
|
|
|
|
mau x bersepai banduan tu kalau pakai Machinegun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sebenarnya...berdasarkan gambar, tu sebenarnya SUBMACHINEGUN, mungkin buatan Jerman atau Itali dengan kaliber 9mm. Kaliber ni kaliber pistol jadi tak sekuat kaliber rifel yang diguna untuk hukuman tembak biasa. Lagipun ada 15 butir aje....
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya semua hukum mati semua nampak kejam... |
|
|
|
|
|
|
|
Takut siut banduan kalau lunch served earlier than usual .. huhu maksudnya.. jap lagi kena tembak laa ![](static/image/smiley/default/funk.gif)
kat Malaysia .. dengar loceng pada hari Khamis .. kalau ada bunyi .. maknanya Jumaat tu ada lah yang bakal dihukum mati / gantung . ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gambar pun dah rasa kecut perut...apalagi pesalah yg dijatuhkan hukuman... |
|
|
|
|
|
|
|
ok baru google jenis hukuman nih...
serius i nak muntah dan pitam
|
|
|
|
|
|
|
|
lingchi
![](http://www.cinaoggi.it/bigscreenasia/pills/Chen%20Jieren%20Lingchi-09%5B1%5D.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|