View: 7811|Reply: 3
|
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai TERBAIK dalam CARI 2014 K Drama Awards?
[Copy link]
|
|
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai TERBAIK dalam CARI 2014 K Drama Awards ?
Buletin KPop9:34 PG
Drama makhluk asing, You Who Came From The Star mendominasi hampir kesemua pencalonan – CARI 2014 K Drama Awards.
You Who Came From The Star mendapat pencalonan terbanyak samada kategori TERBAIK mahupun kategori POPULAR. Jun Ji Hyun dan Kim Soo Hyun bakal membolot anugerah utama – Best Actress dan Best Actor. Adakah kedua-duanya dapat mengulangi kejayaan Nice Guy dan Secret Love dalam CARI K Drama Awards sebelum ini dengan kedua-dua pelakon utamanya meraih kedua-dua anugerah tersebut?
Tak sangka sudah setahun berlalu. CARI K drama Awards akhirnya masuk dalam tahun ketiga penganjurannya. Pada tahun 2014, terdapat 36 drama telah dipertimbangkan berdasarkan ulasan-ulasan yang ditulis sepenuhnya oleh forumer CARI. Kami telah berjaya mengumpul sebanyak 140 ulasan daripada forumer CARI dengan purata sebanyak 4 ulasan bagi setiap drama. Satu pencapaian yang agak membanggakan. Drama-drama tersebut bertanding secara merit semuanya diambil daripada nukilan mereka dan akhirnya dinilai dengan kritis oleh kumpulan auditor kami untuk dimasukkan dalam top 5 bagi setiap kategori. Seperti biasa, beberapa kategori popular dan kategori terbaik kekal dipertandingkan, cuma pada kali ini, dengan penambahan tiga elemen baru dalam kategori terbaik: Best Cinematography, PD’s Award for The Best Ensemble Casts dan Worst Overrated Drama. Untuk kategori Drama of The Year, antara drama-drama yang tercalon selain You Who Came From The Star ialah It’s Okay That’s Love, Misaeng, Liar Game, Surplus Princess, God Gift 14 Days, Secret Love Affair, Emergency Couple dan Beyond The Cloud. Kesembilan drama ini telah dipilih anda semua dengan salah satunya bakal dinobatkan sebagai Drama Terbaik 2014 anjuran CARI 2014 K Drama Awards.
Akan menggugat kedudukan You Who Came From The Star ialah dari drama yang mendapat ulasan begitu ‘outstanding’ pada akhir tahun 2014 iaitu Misaeng. Bertemakan suasana bekerja dalam pejabat, drama Misaeng dikatakan antara drama terbaik pernah dihasilkan pada tahun 2014 dan bakal merebut ‘DRAMA OF THE YEAR’.
Drama yang bertemakan percintaan fantasi antara makhluk asing dengan manusia sememangnya berjaya memungut pencalonan terbanyak kategori terbaik iaitu sebanyak 8 pencalonan. Sedikit kejutan buat peminat drama ini, You Who Came From The Star tidak tercalon hanya dalam Best Screenplay dan Best Supporting Actress. Drama It’s Okay That’s Love yang berkisarkan stereotaip dan prejudis masyarakat tentang penyakit sosio-fobia yang dihidapi oleh sesetengah watak dalam drama ini antara yang dikritik terbaik dalam tahun lepas dengan sebanyak tujuh pencalonan. It’s Okay That’s Love hanya tidak tercalon dalam Best Supporting Actress, Best Cinematography dan Song of The Year. Kemudian, drama dari siaran TV kabel, Misaeng mengekori rapat dengan berjaya membolos pencalonan Best Director, Best Screenplay, Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress selain Drama of The Year. Drama Misaeng yang menitikberatkan bagaimana keadaan ketidaktenteraman dan survival dalam dunia pekerjaan di pejabat berlaku dalam kehidupan seharian. Drama ini antara yang disebut-sebut bakal menutup peluang kedua-dua drama yang dinyatakan tadi. Untuk pengetahuan anda, drama Misaeng telah dipilih sebagai Best Online Drama Critic dalam Editor’s Picks yang dibuat oleh portal dramabeans. Dapatkah drama dari siaran TvN menandingi kehebatan drama-drama SBS, KBS dan MBC? Kita akan lihat nanti.
Di samping itu, Bad Guys dan Liar Game antara drama yang berjaya menempatkan beberapa pencalonan penting dalam CARI 2014 K Drama Awards dan kedua-duanya tercalon dalam Best Screenplay. Belum pernah berlaku dalam sejarah penganjuran CARI K Drama Awards, tiga kategori utama – dalam Best Director, Best Actor dan Best Cinematography yang tercalon tidak mendapat tempat dalam Drama of The Year tetapi itulah berlaku pada Bad Guys. Secara rumusannya, drama-drama dari siaran TV kabel – TvN, OCN dan jTBC berjaya menguasai hampir kesemua pencalonan bagi kategori-kategori utama, tidak seperti berlaku pada tahun-tahun sebelumnya dengan dominasinya dipelopori oleh drama-drama keluaran SBS, KBS dan MBC sahaja.
Tiada siapa dapat menyangkal keterampilan dan watak ‘klasik’ yang ditunjukkan oleh Kim Sang Joong dalam drama Bad Guys. Saingan terdekat pada fikiran penulis yang mampu meruntuhkan keupayaannya meraih Best Actor pada kali ini ialah Jo In Sung, Cho Seung Woo dan Kim Soo Hyun.
Kita beralih pula kepada calon-calon Best Actor. Tahun 2014 menyaksikan 6 calon Best Actor bersaing secara sengit. Seperti diduga, Kim Soo Hyun (You Who Came From The Star) dan Jo In Sung (It’s Okay That’s Love) yang masing-masing memenangi Daesang pada 3rd APAN Drama Awards dan 2014 Korean Drama Awards tercalon. Adakah terjamin bahawa hanya kedua-duanya yang layak memegang anugerah ini? Jangan dilupakan Kim Sang Joong (Bad Guys) yang dikritik hebat sebagai ketua pasukan penjahat Bad Guys juga boleh memintas peluang kedua-dua pelakon lelaki tersebut. Tiga lagi calon yang tinggal ialah Jang Hyuk (Fated To Love You), Kam Woo Sung (My Spring Days) dan Cho Seung Woo (God Gift 14 Days). Ketiga-tiganya pelakon berpengalaman ini sudah masak mempamerkan bakat serba boleh mereka dalam lakonan. Diakui Cho Seung Woo (God Gift 14 Days) dengan lakonan ‘bad ass’ seorang detektif sememangnya boleh menggugat kedudukan yang lain-lain ataupun Jang Hyuk dengan gaya jenaka yang bersahaja ataupun ahjussi Kam Woo Sung dengan lakonan halus tetapi masih romantik. Keenam-enam calon ini memang hebat-hebat belaka.
Mengenai calon-calon Best Actress pula, tidak dinafikan kemungkinan Jun Ji Hyun bakal dinobatkan Best Actress berikutan lakonan spontan, serba boleh dan gila-gilanya dalam You Who Came From The Star. Dengan kejayaan meraih Daesang dalam Paeksang Art Award dan SBS Drama Awards baru-baru ini menguatkan lagi ramalan ini. Untuk pengetahuan anda semua, sekiranya Jun Ji Hyun memenangi anugerah ini, buat pertama kalinya anugerah Best Actress bukan lagi diberikan pada watak yang dramatik tetapi kepada watak yang berkomedi sejak Moon Chae Won (Nice Guy) dan Hwa Jung Eum (Secret Love) memenanginya masing-masing pada tahun 2012 dan 2013. Apapun jangan terlepas pandang mutu lakonan keempat-empat calon lain: Jang Na Ra (Fated To Love You), Choi So Young (My Spring Days), Lee Bo Young (God Gift 14 Days) dan Gong Hyo Jin (It’s Okay That’s Love). Dapatkah Gong Hyo Jin yang tercalon kali ke-2 pada kali ini (hanya satu-satunya pelakon wanita yang tercalon dua kali) ataupun Choi So Young, calon termuda Best Actress sejak CARI 2012 K drama Awards, meraih anugerah ini? Anda yang bakal tentukan.
Ironinya, Lee Je Hoon tidak berapa dikenali dalam arena drama tetapi lakonan tragik sebagai putera mahkota dalam Secret Door sememangnya meninggalkan kesan amat mendalam pada penonton drama tersebut. Dapatkah Lee Je Hoon menerusi drama saeguk juga mengulangi
kejayaan Best Supporting Actor yang dimenangi Lee Sung Jae dalam drama Gu Family pada tahun 2013?
Selain Best Actor dan Best Actress, kategori Best Supporting Actor juga agak sengit untuk diperkatakan. Anugerah Best Supporting Actor kali ini berkemungkinan dinaung oleh Lee Seung Min (Misaeng) sebagai bos kecil yang bertanggungjawab dan berwawasan tinggi dalam drama ‘slice-of-life’ Misaeng dan Lee Je Hoon (Secret Door) yang tidak disangkalkan lagi hebat dengan garapan watak tragik sebagai putera mahkota. Kedua-duanya masing-masing memenangi Best Supporting Actor dan Best Actor dalam Online Critic Award yang dibuat portal dramabeans. Lee Je Hoon juga meraih Best Actor (Top Excellence Actor Award) untuk watak yang sama dalam SBS Drama Awards baru-baru ini. Bakal memintas peluang mereka ialah Lee Kwang Soo dengan lakonan yang dikritik positif menerusi watak sebegai pesakit bersindrom Tourette dalam It’s Okay That’s Love sehingga melayakkan beliau meraih anugerah Best Supporting Actor dalam 2014 Korean Drama Award dan ‘Special Acting Award’ dalam SBS drama Award. Calon-calon lain ialah Choi Daniel (Big Man) dan Shin Sung Rok (You Who Came From The Star).
Kang Sora (Misaeng) , pelakon wanita muda yang serba boleh masa kini antara calon kegemaran untuk
memenangi kategori Best Supporting Actress pada kali ini.
Kategori Best Supporting Actress pada kali ini agak menarik untuk diketengahkan kerana pelakon yang sama meraih pencalonan dua kali menerusi drama Marriage Not Dating dan Hotel King, iaitu Kim Hae Sok. Anda dapat lihat kebolehan pelakon veteran ini dengan perbezaan kedua-dua watak yang dipamerkan dengan trademark ‘tidak berperikemanusian’ dalam ‘Hotel King’ tetapi masih penyayang dan gila-gila dalam ‘Marriage Not Dating’. Ini juga merupakan kali pertama pelakon yang sama mendapat dua pencalonan sejak CARI 2012 K Drama Awards diadakan. Calon lain, Kang Sora, watak gadis praktikal yang petah berbahasa Russia dan sering dibebani dengan dominasi kaum lelaki dalam Misaeng juga sangat dikritik positif. Selain itu, Nam Ji Hyun (Angel Eyes) yang membawa watak gadis muda yang buta juga turut tercalon. Watak ‘buta’ ini juga pernah melayakkan Song Hye Gyo tercalon Best Actress pada tahun 2013. Akhir sekali, Park Eun Bin (Secret Door) yang baru sahaja dinobatkan Best Supporting Actress dalam Online Critic Award dianjurkan oleh portal dramabeans juga diakui bakal meraih anugerah ini.
Untuk kategori Song of The Year pula, My Destiny, Lyn - You Who Came From the Stars dan Goodbye My Love, Ailee - Fated To Love You adalah calon-calon yang sukar digugat kehebatannya. Kedua-duanya dipilih OST terbaik dalam anugerah-anugerah muzik yang dianjurkan akhir tahun lepas. Walaubagaimanapun, runut-runut daripada drama Temptation iaitu That Place – Moon Hyu Jin dan Temptation – Eru , jangan disangkalkan kemampuannya walaupun lagu-lagunya bernada sayu dan meleweh. Akhir sekali, satu-satunya lagu idol yang tercalon, Words I Couldn't Say Yet daripada drama Bride Of The Century yang dinyanyikan oleh Lee Hongki juga antara calon yang kuat. Di samping itu, CARI 2014 K Drama Awards juga memperkenalkan anugerah baru yang dinamakan, “Worst Overrated Drama” merujuk pada drama-drama popular yang telah diberi kedudukan paling rendah oleh forumer CARI.
Ada pelakon wanita dapat menandingi populariti pelakon filem My Sassy Girl ini pada tahun lepas? Tambah-tambah lagi dengan watak ikonik yang amat berkesan dari You Who Came From The Star yang sukar untuk dilupakan oleh peminat-peminat drama tersebut.
Setelah mengupas kategori TERBAIK, penulis ingin beralih kepada kategori popular pula. You Who Came From The Star dan Temptation meraih pencalonan tertinggi kategori popular pada kali ini dengan masing-masing 12 dan 9 pencalonan. Kedua-duanya mempunyai pengikut setia dalam kalangan forumer CARI. Untuk kategori Popular Actress, sekali lagi Gong Hyo Jin tercalon, dan dapatkah beliau mengekalkan takhta Popular Actress pada edisi kali ini dan mengalahkan populariti Jun Ji Hyun? Seperti juga Popular Actress, kita dapat perhatikan Lee Jong Suk (Doctor Stranger) juga tercalon buat kali kedua untuk kategori Popular Actor pada edisi kali ini setelah tercalon tahun lepas (melalui drama I Can Hear Your Voice) dan beliau dijangka mengekalkan pencalonan pada tahun ini juga menerusi drama Pinocchio jika mendapat sokongan hebat forumer CARI sekalian. Pada tahun sebelumnya, Lee Jong Suk tewas pada Lee Min Ho (Heirs).
Untuk kategori Memorable Scenes, ada enam calon yang dipertandingkan. Adakah ‘adegan’ melalak dan kecewa Choi Song Yi (Jun Ji Jyun) bakal dipilih Best Memorable Scene? Adakah adegan mati anjing kesayangan forumer CARI, Dal Bong dari drama My Lovely Girl bakal dipilih sebaliknya? Semuanya bakal ditentukan oleh anda. Akhir sekali, kategori Couple of The Year menyaksikan persaingan menarik ‘remake couples’ antara Jang Hyuk-Jang Na Ra (Fated To Love You), Lee Dong Wook-Lee Da Hae (Hotel King) dan Kwon Sang Woo-Choi Ji Woo (Temptation). Ketiga-tiga mereka masing-masing pernah disatukan dalam drama ber’rating’ tinggi, Successful Story of Bright Girl (2002), My Girl (2006) dan Stairway To Heaven (2004). Mereka bakal bersaing dengan dua pasangan baru, Kim Soo Hyun-Jun Ji Hyun dan Jo In Sung-Gong Hyo Jin.
Kesimpulannya, dengan berakhirnya Pengumuman Debaran Top 5 kelmarin, maka saringan berikutnya adalah undian akhir yang bermula mulai pada 18/1/2015. Undian akhir ini akan ditutup pada 14 Februari 2015. Pihak penganjur juga berharap dengan adanya anugerah seperti ini, dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk menilai dan memberikan buah pandangan pada drama-drama yang telah dihasilkan. Sedikit penambahbaikan ingin dibuat pada sesetengah forumer yang telah membuat review. Mulai segmen akan datang, pastikan anda mengulas sedikit dan alasan bagi setiap elemen tertentu yang anda telah tentukan rating. Hal ini memudahkan para auditor yang dilantik saban tahun untuk memilih review anda samada wajarkah review anda diterima dan dinilai pihak kami. Akhir kata, ingin kami merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada forumer @mafilee @inaniloquent @trexxxxxi @runaway_dida @cess @naqibnasuha @manganini @YoonArang @azie.dz @ismaha @WeAiNe @ayushuhada04 @ichi @meth.90 @Lorra2411 @milanhawkin @tuna_sandwic dan lain-lain yang tidak disebut yang tidak kunjung-kunjung menghantar ulasan mereka bagi setiap drama yang ditonton untuk penilaian pihak kami.
UNDIAN AKHIR berserta Calon-Calon Top 5 : KLIK SINI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KEPUTUSAN RASMI TOP 5 ANUGERAH CARI K-DRAMA 2014
KATEGORI TERBAIK:
Drama of The Year [KBS] BeyondThe Cloud / Full Sun [TvN] Emergency Couple [SBS]God Gift 14 Days [SBS] It's Okay, It's Love [TvN] Liar Game [TvN] Misaeng [jTBC] Secret Love Affair [TvN] Surplus Princess / The Idle Mermaid [SBS] You Who Came From the Stars
Best Director Park Shin Woo - Angel Eyes Kim Jung Min - Bad Guys Kim Kyu Tae - It's Okay, It's Love Kim Won Suk - Misaeng Jang Tae Yoo - You Who Came Fromthe Stars
Best Screenplay Han Jung Hoon - Bad Guys Choi Ran - God Gift 14 Days Noh Hee Kyung - It's Okay, It's Love Kim Hong Sun - Liar Game Jung Yoon Jung - Misaeng
Best Actor
Best Actress
My Destiny, Lyn - YouWho Came From the Stars Goodbye My Love, Ailee - Fated To Love You That Place, Moon Myung Jin - Temptation Temptation 유혹 ,Eru - Temptation Words I Couldn't Say Yet, Lee Hongki - Bride Of The Century
Best Album Production You Who Came From the Stars It's Okay, It's Love Angel Eyes Fated To Love You Trot Lovers
Best Cinematography Secret Love Affair God Gift 14 Days Mr Back/Mr Baek You Who Came From the Stars Bad Guys Doctor ‘s Stranger
PD'S Award For The Best Ensemble Casts God Gift 14 Days It's Okay, It's Love Liar Game Misaeng Secret Door
Worst Overrated Drama Doctor’s Stranger Modern Farmer My Lovely Girl Prime Minister & I The Night Watchman
Drama Poster’s Choices Fated To Love You It's Okay, It's Love You Who Came From the Stars My Lovely Girl Temptation
Popular Rookie Actor
Ahn Jae Hyun - You Who Came From the Stars /You Are AllSurrounded Do Kyung So (D.O.) - It's Okay It's Love Kwak Dong Yeon - Modern Farmer / InspiringGeneration Park Bo Gum - Cantabile Romance Seo Kang Jun - Cunning Single Lady
Popular Rookie Actress Ji Woo (You're All Surrounded) Jin Se-yeon (Doctor Stranger) Kim So Young (Temptation) Lee Sung Kyung (It's Ok, It's Love) Mina -AOA (Modern Farmer)
Popular Child Actor Ahn Do Gyu (You’re All Surrounded) Choi Soo Han (Prime Minister & I /Reset) Goo Soo Hyun (Doctor Stranger) Lee Do Hyun (Prime Minister & I )
Popular Child Actress Jeon Min Seo - Prime Minister and I Ji Woo -You Are All Surrounded Kim Hyun Soo - You Who Came From the Stars Kim Ji Young - Doctor Stranger /Temptation/Come! Jang Bori Kim Yoo Jung - Secret Door
Cha Seung Won(You Are All Surrounded) Kam Woo Sung (MySpring Days) Kim Chang Wan (YouWho Came From the Stars) Shin Ha Kyun (MRBaek)
Kim Hae Sook - Marriage, Not Dating/ HotelKing Lee Mi Young - Mr Baek/Emergency Couple/BelAmi Na Young Hee - You Who Came From the Stars Park Joon Geum - Emergency Couple Song Ok Sook - Fated To Love You
Choi Ji Woo & Kwon Sang Woo(Temptation) Gong Hyo Jin - Jo In Sung (It's Okay It'sLove) Jang Hyuk & Jang Nara (Fated to LoveYou) Kim Soo Hyun - Jun Ji Hyun (You Came FromStars) Lee Dong Wook & Lee Da Hae (Hotel King)
Hotel King - pertama kali jaweon dan melafazkan i love you kat mone dan berakhir dgn bed scene It's Ok It's Love - 1st night jaeyeol dan haesoo Temptation – Epi 11: Seok Hoon kiss SeYoung kat depan galery You Who Came From the Stars –Epi 24: last episode semasa Song yi pi award night.Min Joon berhentikan masa & terus mengucupi Song yi selepas itu You'reAll Surrounded – Epi 6: Kejutan ciuman Daegu kat Soosun sehingga membuatkan SeoPan Suk terlihat dan tersentak
Best Memorable Scene DoctorStranger - Episode 20 (Jaehee + Hoonhappy ending) Temptation - Epi 10: 4 rivals bertemu depan mata MR Baek - Epi 2: Jang Nara (Na Soo) di minta utk melakar gambarajah penyamun yg datang merompak banglo Choi boi gong. You Who Came From the Stars - Epi 11: Song yi melalak nangis selepas kecewa di’dump’ oleh Do min joon Emergency Couple - Epi 6 : Gary cameo jadi driver She So Lovable – Epi 14: Dalbong mati
Jo In Sung (It's Ok, It's Love) Joo Sang Wook (Cunning Single Lady) Kim Soo Hyun (You Came From Stars) Lee Dong Wook (Hotel King) Lee Jong Suk (Doctor Stranger )
Go Ahra - You Are All Surrounded Gong Hyo Jin-Its Okay, Its Love Jang Nara - Mr Baek/Fated To Love You Jun Ji Hyun/Giana Jun - You Who Came Fromthe Stars Song Ji Hyo - Emergency Couple
CARI K-drama Popular’s Choice You Who Came From the Stars
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2 kasih
buletin mantopp |
|
|
|
|
|
|
| |
|