Edited by Ezzie at 21-1-2015 11:26 AM
cerpen kedua nk letak kat sini...kalau ada teguran membina...dipersilakanlah yer.....
"Kauada nampak Bedah tak Joned? Dari tadi aku cari Bedah tapi jangan kata badan,suara dia pun aku tak dengar ni,” Bidin mula kalut bila buah hati yang baru semalam dapat dipikat tiba-tiba hilang dari pandangan.
“Selalunya Bedah’s Group lepak kat bawah pokok tepi bendang je kan? Kau dah cari kat sana ke belum?” tanya Joned sambil menyambung makan.
‘Kacau jelah Bidin ni. Aku baru jenak mula sarapan, dah sibuk mencari Si Bedah dia,’ rungut Joned dalam hati.
“Aku dari sana la ni. Selalunya masa-masa macam ni Bedah dah lepak kat situ tapi hari ni dia tak ada la pulak. Kaum kerabat dia pun aku tak nampak ni,” jelas riak kerisauan terpamer diwajahnya.
“Bedah ada tu, kau jangan risau la. Bukan kau tak tahu Bedah tu macam mana. Pantang lepa sikit, mula la merata dia merayap. Minggu sudah, sampai kampung sebelah dia merayap. Puas jugak Pak Ayob cari dia,” ujar Joned selamba.
“Tu minggu lepas punya cerita. Masa tu Bedah bukan gepren aku, dia nak merayap ke mana tu dia punya pasal la tapi hari ni lain, Bedah tu dah jadi gepren aku. Kalau ada yang mengurat melepas la aku,” Bidin dah tak senang duduk. Hari ni dalam sejarah buat Bidin, selalunya masa-masa macam ni dia sedang bersantai elok depan rumah Tok Ketua tapi disebabkan Bedah, rutin hariannya dah berubah.
“Kau dah cari kat tempat lain ke?” malas betul Joned nak melayan kerenah Si Bidin ni. Pagi-pagi lagi dah buat kecoh, macam la Bidin tak tahu kerenah Bedah tu macam mana. Asal terleka je, habis satu kampung dijelajahnya.
“Belum lagi, aku baru cari kat tempat dia selalu lepak je. Aku gerak dulu la, nak cari Bedah, sambil-sambil tu aku nak cari makan. Hari ni aku belum makan apa-apa lagi ni,” pantas Bidin berlalu meninggalkan Joned yang sedang leka menjamah sarapan.
Bidin betul-betul risau. Macam mana dia tidak risau, sudah hampir dua bulan dia cuba memikat Bedah namun bukan mudah Bidin nak mendapatkan Bedah. Bedah cukup liat membalas cintanya. Pertama kali menatap wajah ayu Bedah, hati Bidin sudah terpikat. Bila mendengar suara Bedah, hati Bidin macam nak jatuh ke tanah. Bila Bedah jeling....Bidin rasa macam nak pengsan. Belum pernah Bidin rasa macam ni. Dia betul-betul jatuh cinta dengan Bedah.
“Mana la Bedah hilang ni....”guman Bidin sendirian.
Dua bulan lalu......
“Aku dengar Pak Ayob bawak keluarga baru. Yang bestnya, ada ‘bunga’ baru la wei,” Kumat selaku pembawa makluma tmembawakan maklumat yang cukup membuatkan suasana sunyi bertukar riuh rendah.
“Bunga baru? Megancam tak?” Dol yang berkulit hitam manis mula menunjukkan miangnya. Dalam group bujang teruna ni, Dol lah yang paling hitam tapi yang peliknya, banyak pulak ‘bunga-bunga’ yang sukakan Si Dol ni. Pantang Si Dol ayat sikit, kompom banyak ‘bunga-bunga’sangkut. Sampai ada yang tak nak balik rumah lah dibuatnya dan yang paling peliknya pulak, Si Dol ni nampak je miang tapi berani dari jauh je. Bila‘bunga’ dah ada depan mata, dia pulak yang lari tak cukup tanah.
“Bergetah wa cakap lu. Ada empat ‘bunga’ baru cuma nama je aku belum sempat dengar tadi,” beria-ia Kumat bercerita.
“Ala Kumat....kenapa kau tak tunggu lama sikit. Kalau kau tunggu lama sikit, kompom la kau dapat nama ‘bunga-bunga’tu,” Kyol merungut tak puas hati.
“Kau nak mampus, kau tahu ajelah Pak Ayob tu macam mana. Kalau dia nampak aku dekat kawasan rumah dia, mahunya dia kejar aku dengan parang. Orang tua tu bukan boleh dibuat main,” baran betul Kumatd engan Kyol ni. Bukan Kyol tak tahu Pak Ayob tu macam mana. Bukan dia aje yang kena kejar tapi semua geng-geng bujang teruna ni Pak Ayob tak suka. Menyemak katanya.
“Betul ke cerita kau ni Kumat? Aku tak nak jadi macam tiga bulan lepas. Beria kau bagitahu kononnya Wak Deraman bawak balik ‘bunga’ muda, alih-alih tengok ‘bunga’ dah layu,” Bedul yang diam dari tadi mula menyampuk.
“Ha a Kumat.....kau ni bawak cerita betul ke tak ni? Aku tak nak jadi macam yang lepas je. Bukan main seronok lagi nak kenal, alih-alih.....kau dulu yang cabut lari,” Bidin mula menunjukkan riak yang kurang senang.
“Kali ni memang kompom la. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Hari tu aku nampak belakang je tapi kali ni aku tengok depan-depan tau. Memang cair habis la aku kali ni,” terbayang di ruang mata Kumat keempat-empat ‘bunga’ yang dibawa Pak Ayob tadi.
“Kalau macam tu esok pagi kita jumpa kat tempat biasa. Aku tak sabar nak tengok ‘bunga-bunga’ baru ni,” ujar Bidin teruja.
“Ok set,” ujar bujang teruna serentak.
“Bidin...oooo Bidin.....kau tak reti nak balik ke? Dah nak magrib ni,” sayup kedengaran suara Pak Hassan memanggil Bidin.
“Aku chow dulu la. Orang tua aku dah panggil tu,” Bidin pantas berlari ke arah suara Pak Hassan.
|