View: 1500|Reply: 0
|
BGI sedia dana hingga RM10j bantu usahawan
[Copy link]
|
|
- Ismail (kiri) bertukar dokumen perjanjian usahasama dengan Ahmad Fadzir (tengah) melibatkan kerjasama antara Kota Mas dan BGI bagi program pembangunan keusahawanan.
BUMI Gemilang Industri Sdn Bhd (BGI) memperkenalkan program pembangunan keusahawanan (PPK) dengan kerjasama Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas) melibatkan hampir 20,000 ahli koperasi tersebut.
Pengerusi Kota Mas, Datuk Ismail Nordin berkata, bagi menyokong program tersebut Kota Mas akan menyediakan dana sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta.
“Kami akan beri dana maksimum RM100,000 bagi ahli Kota Mas yang berminat dan berkelayakan menyertai PPK kerana tidak mahu mereka meminjam terlalu banyak.
“Bagi permulaan, kami akan mulakan dengan ahli Kota Mas di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan 10,000 ahli yang berdaftar,” katanya selepas pelancaran program pembangunan usahawan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ismail berkata, pihaknya berharap ahli Kota Mas dapat memanfaatkan peluang yang ditawarkan untuk mengembangkan perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Urusan BGI, Ahmad Fadzir Ahyat berkata PPK akan menyediakan tapak perniagaan, bantuan dana pinjaman perniagaan, pengurusan atur cara majlis, kursus perniagaan dan membekal pelbagai jenis barang keperluan perniagaan.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|