|
KEJOHANAN Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 yang akan berlangsung dari 2 hingga 8 Mac di Kelab Golf Diraja Selangor di sini, dijangka meletakkan Malaysia dalam peta sebagai tuan rumah acara tenis bertaraf dunia.
Pengarah kejohanan, Keld Kristiansen berkata kejohanan yang diluluskan Persatuan Tenis Wanita (WTA) bernilai AS$250,000 (RM885,250) itu telah berkembang setiap tahun dari segi penonton, liputan media, kedatangan pengunjung dan pulangan ke atas pelaburan (ROI) kepada negara ini.
“Ia kini satu acara utama dalam kalendar Malaysia, tuan rumah kejohanan antarabangsa yang bukan sahaja memberi negara ROI yang baik dari segi pendedahan dan jumlah pengunjung tetapi juga menawarkan platform pembangunan mantap untuk sukan Malaysia,” kata Kristiansen yang juga Pengerusi Eksekutif Carbon Sports Sdn Bhd dalam satu kenyataan, semalam.
sumber:sinar harian
|
|