Edited by liya71a at 25-2-2015 03:38 AM
Assalamualaikum wbt.
Setelah makan tahun untuk menghasilkan karya, kali ni percubaan seterusnya.. wish me luck!.. Bismillah....
Bab 1
Bunyi bising motorsikal berkuasa-tinggi membelah suasana sunyi di Villa Amani. Jam berdetik tiga kali menandakan sudah jam tiga pagi. Riana yang sedang enak beradu terjaga pabila telinganya bingit dengan deruman enjin kuasa besar itu.
'Huhhh.. tak reti-reti lagi, dah tengah-tengah malam baru nak balik. Kok ye pun kau ada motor besar, tak yah la nak bising memalam.. Aduihhhhh'... Riana menekup kepalanya dengan bantal empuk. Meneruskan tidurnya yang terganggu tadi.
Villa Amani sudah kerap kali disapa deruman enjin kuasa tinggi sejak beberapa bulan lalu. Daniel Iskandar menarik helmet fullface nya perlahan, berhati-hati agar tidak menarik keluar earphone dari lubang telinganya. Sejak akhir-akhir ini, dia terpaksa balik lewat, hanya kerana mengejar dateline tender bernilai jutaan ringgit. Daniel melangkah perlahan ke pintu utama Villa Amani. Lucy si kucing parsi berwarna putih menjengahkan kepalanya di tepi pintu kecil tempatnya keluar masuk seraya menyambut tuannya pulang.
Daniel Iskandar bin Datuk Borhan, aset paling bernilai dalamsyarikat multi-nasional milik Datuk Borhan. Sebagai graduan kejuruteraan dariluar negara, ilmu dan pengalaman di Wisconsin dulu sedikit sebanyak membantudalam penyediaan tender baru. Dalam usia baru menjejak 26 tahun, DanielIskandar diberi tanggungjawab cukup besar, bagi membawa syarikat D’BayuzInternational ke persada antarabangsa.
Dia menunduk, menghulurkan tangannya, lalu mengambil si Lucydengan sebelah tangannya. Sebelah tangan lagi memeluk helmet fullfaced. Denganpakaian lengkap setanding dengan motor berkuasa tinggi, Daniel tampak segak,walau hanya disoroti lampu di balkoni. Dia membuka pintu utama hanya denganmenyentuh jari telunjuknya di bahagian kotak pengesan. Pintu terbuka senyap. Teknologi terkini, memudahkan segalanya. Usaimenapak ke dalam, pintu tertutup sendiri, bak di pejabat, begitulah juga diVilla Amani. Keselamatan penghuninya menjadi agenda utama di situ.
Lucy meloncat turun lalu berlari mendaki anak tangga yangsuram. Daniel Iskandar mengeluh perlahan. Penat. Dia menuruti Lucy ke biliknya.Tiba di atas, kelihatan si Lucy sudahpun membaringkan dirinya di atas sofaruangan menonton.
Daniel merebahkan dirinya di atas katil empuk. Terasa nyamansaat tubuhnya menyentuh permukaan tilam. ‘Uhhh lega nya....’
Dia bingkas bangun, ‘Ahhh bau peluh...’ lalu menuju ke bilikmandi.
|