Fariz hanya tersenyum memandang Salina dari tadi sehingga Salina terasa wajahnya hangat.
“Malulah tu, kita renung-renung dia.” Fariz masih senyum manakala Salina tergelak.
“Iyalah. Renung-renung orang, dah kenapa?”
“Rindu.” Terlepas gelak Fariz kali ini.
“Iya?”
“Iya.”
Senyum manis Salina hadiahkan pada Fariz.
“Sayang…” Panggil Fariz.
“Iya?”
“Sayang ingat tak, kali pertama kita jumpa?”
“Tak.”
“Tak ingat?” Fariz sudah buat muka.
“Ingatlah. Takkanlah tak ingat.” Segera Salina berkata. Buah hati nampak macam nak merajuk, kena cepat pujuk.
“Orang tu kan, masa tu sombong. Tegur pun tak nak layan.”
“Iyalah. Masa tu mana kenal lagi. Awak kan baru masuk kerja. Dah lah nampak macam poyo, macam bagus-bagus je.”
“Bila dah kenal?” Fariz senyum senget.
“Bila dah kenal…” Bibir bawahnya digigit. Salina memandang ke arah lain. “Bila dah kenal, jatuh cintalah pulak.”
“Apa dia? Tak dengar. Boleh ulang balik tak?”
“Jatuh. Cin…ta.” Salina memandang Fariz kali ini, tepat pada mata. “Dan sampai sekarang, saya masih ingat lagi macam mana rasanya bila pertama kali jatuh cinta…dengan awak.”
Fariz senyum. Wajah Salina direnung lagi.
“Sayang.”
“Hhhmmm…”
“Sempena ulangtahun perkahwinan yang ketiga ni, saya ada benda nak beritahu awak.”
“Okay. Apa dia?
“Kita bermula sebagai kawan. Dari situ, saya kenal siapa awak. Sikap awak, warna hati awak. Dan perlahan-lahan, saya mula rasa hati saya terikat pada awak. Saya bersyukur sebab jumpa orang yang hatinya sama cantik dengan rupanya.”
“Awak…” Salina cuba bersuara tetapi dengan segera Fariz menutup bibirnya dengan tapak tangan.
“Boleh tak bagi saya habis cakap dulu?”
Salina angguk. Fariz melepaskan bibir Salina.
“Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya. Sayang saya seadanya. Saya ni, dah lah rupa tak kacak, badan tak sado…”
“Itulah kan. Awak kira untunglah, ada juga orang nak…” Pantas Salina memintas kata-kata Fariz.
“Perli nampak?”
Salina ketawa. Fariz merenung lagi mata Salina dalam-dalam sehingga akhirnya, tawa Salina terhenti sendiri.
“Awak...” Genggaman tangan Fariz dieratkan. “Tak perlu puji saya macam tu sekali. Saya pun manusia biasa, awak. Banyak kekurangan.” Salina tunduk seketika.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih pada awak. Terima kasih sebab menjadi seorang suami yang penyayang. Ayah yang baik pada anak-anak kita. Yang sentiasa ada bila saya memerlukan seseorang….”
“Saya…” Kelihatan air mata Salina mulai jatuh ke pipi. “Saya sayangkan awak sangat-sangat.”
Fariz mengelus lembut pipi Salina. “Saya pun sayangkan…awak.”
Bicara itu mati. Bayangan Salina turut hilang. Bayangan yang sengaja dihadirkan oleh mindanya.
Fariz merenung lagi. Yang ada dihadapan Fariz hanyalah sekujur tubuh Salina yang terbaring longlai. Masih tidak bergerak. Stroke yang dialaminya secara tiba-tiba telah menyebabkan Salina berada dalam keadaan koma dan kini bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Sudah lima hari, keadaan Salina masih tidak menunjukkan sebarang tanda positif untuk pulih.
“Anak-anak pun sayangkan awak.” Nada suara Fariz sudah bertukar. “Inas dengan Iffah rindukan awak.”
“Dua hari lepas, Inas tanya saya…mana Ibu? Saya tak tahu tak jawab apa, awak.” Nafas ditarik dalam-dalam.
“Saya sedih tengok awak macam ni. Saya terkilan sangat sebab saya rasa tak mampu nak buat apa-apa. Kalau boleh, biarlah saya yang tanggung sakit ni, bukan awak.”
Nafas dihela lagi. Sukar sekali untuk Fariz berkata-kata namun dia tetap mencuba. Dia mahu Salina mendengar suaranya ketika ini.
“Saya rindukan awak. Tolonglah sayang, bangunlah. Saya perlukan awak dalam hidup saya. Inas dengan Iffah perlukan awak.”
Wajah Salina ditatap semahunya. Pucat namun pada Fariz, wajah itu tetap cantik pada matanya. Kaku, bak potret lukisan namun tetap indah.
“Sayang…” Air mata Fariz mengalir turun. Sebak di hati tak mampu ditahan lagi.
Bangunlah dengan menyebut nama Allah.
Bangunlah, demi ayah dan ibu yang mengasihimu.
Bangunlah demi keluarga yang menyayangimu.
Bangunlah demi anak-anak yang memerlukan belaianmu.
“Bangunlah sayang. Demi aku yang terlalu mencintaimu.”
Fariz menggenggam erat jemari Salina. Berharap yang genggaman itu akan berbalas. Berharap yang Salina akan membuka mata. Berharap agar senyuman Salina akan kembali menghiasi bibirnya.
Harapan, walaupun mereka kata telah tipis namun pada harapan itulah, dia masih berpaut. Tidak akan putus asanya selagi takdir itu belum tiba.
Harapan, doa dan tawakkal. Telah dia serahkan segalanya pada Allah, yang maha Pengampun lagi maha Penyayang. Yang maha mengetahui segala rahsia kejadian.
Kekal dia berharap akan berlakunya satu keajaiban dengan izin Tuhan.
Fariz meraup wajah. Sebaknya sudah berkurangan. Jam tangan dijeling seketika. Masih ada setengah jam lagi untuk dia menemani Salina di wad ICU ini.
Surah Yassin dibuka. Suaranya mula mengalunkan ayat suci itu.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)"
*cerita ini masih belum bertemu pengakhirannya. Masih menunggu dan berharap…
Dear Brother,
(You will always be my little brother)
I know, it’s hard. I know the pain you have to go through. It’s heart-breaking to see you like this and I’m trying hard not to cry every time I think of you.
Please, be strong. We will always be there for you…no matter what.
Dear Sal,
I know you can’t read at this moment. But you should know that people loves story with Happy Ending.
I would like to have Happy Ending for this short story. In order to do that, you have to wake up.
So, please Sal. Wake up.
Help me to finish this story with Happy Ending.
oh sorry.. tak perasan pulak part bawah sekali tu.. sorryyy...
kat fb pon ada baca si isteri berulang alik tengok si suami yg kena strok tiba2
walhal si suami tak pernah sakit pon..
baca post awal2..mmg senyum bahagia sambil pk bila pulak nicki nk sambung citer Qi..tapi bila masuk posting yg citer the real situation..dh start nangis2 dh aku ni..baca posting nicki utk ur brother n SIL nie..terus sedu-sedan dah aku kat cubicle nie..
moga Allah tetapkan yg terbaik utk ur SIL and brother, nicki..have faith in Allah..
aku pun mcm ko la Nicki..citer aku pun sekadar hiburan je..
nak baca, tak nak baca...tak ada hal..
aku suka menaip kat sini..biarpun org dah jemu..
kalau hilang citer aku kat sini..memang tak adalah..aku tak ada simpanan..
tapi aku sempat copy nk terbit jadi novel..lepas tu delete separuh