View: 11354|Reply: 25
|
Kemana perginya kereta yang dihancurkan dalam filem Fast & Furious?
[Copy link]
|
|
Edited by berun at 7-4-2015 05:05 AM
Kemana perginya kereta yang dihancurkan dalam filem Fast & Furious?
Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta kereta yang dirosakkan dalam filem Fast & Furious 7 atau 6 filem terdahulu? Kereta kereta itu dihapuskan.
WSJ dalam satu artikel menyebut, pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk ‘Furious 7′ dan mereka mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk membersihkan kereta kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di Colorado.
Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr Jensen menerima panggilan daripada krew Furious 7 selepas mereka terlihat papan tanda “we buy junk cars” beliau di lebuhraya.
Mr Jensen dan krewnya, menghabiskan beberapa hari mengangkut kereta kereta rosak ke dalam sebuah trak. Pembuat filem mahu mereka menghancurkan terus kereta kereta tersebut untuk mengelakkan sesiapa saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak. Antara kereta yang mereka perlu hancurkan ialah beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero.
Walaupun orang ramai maklum yang kereta kereta ini dipersiapkan dengan baik untuk filem aksi tapi apakah yang terjadi kepada kereta kereta yang dijatuhkan dari kapal terbang dan di langgar selepas filem tamat?
Menurut Dennis McCarthy, koordinator kereta untuk francais Fast & Furious, krew filem perlu mematuhi protokol yang spesifik, mengira setiap kereta yang dirosakkan dalam setiap filem atas sebab sebab akaun dan liabiliti.
Pembuat filem “Fast & Furious” merosakkan beratus kereta bagi setiap filem. Lebih daripada 230 kereta untuk Furious 7. Pada tahun 2013, semasa Fast & Furious 6, apabila kereta kebal merosakkan beberapa kenderaan tentera dan kereta di lebuhraya di Pulau Tenerife, Sepanyol, krew filem berurusan dengan pemilik pelupusan barang tempatan. “Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata McCarthy. Untuk 2011 “Fast Five” yang mana krew Furious melarikan bilik kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem berurusan dengan kerajaan untuk menghantar kereta kereta terpakai dengan murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran, merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.
Selepas penggambaran Furious 7 untuk babak kejar mengejar di lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew kereta menyimpan kereta kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran Monarch Ski Resort. Mr Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk mengalihkan kereta kereta itu supaya resort tersebut boleh membuat persiapan untuk upacara pembukaan musim.
http://thevocket.com/apakah-yang-terjadi-kepada-kereta-kereta-rosak-dalam-furious-7/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kereta prince Abu Dhabi, ape cite ? hanya 7 di dunia katenye ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
beratus kereta di rosakkan? ishish
|
|
|
|
|
|
|
|
kaye namenye...dah tu duit bnyk2 xtau nak letak mn.....stakat kete apela sgt...dia punya untung lagi masyuk...![](static/image/smiley/onion/gimme.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
body kete je yg hancur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka lebih untung hasil penjualan tiket filem tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
kaya apanya cuma keta lama jerrkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
opsss lupa ndak ckp keta kat sana x kena cukai melampau cam kat sini.ekekkeee |
|
|
|
|
|
|
|
Elok le gi recycle balik nak simpan pun dah tak guna nak repair buat penat je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk meksia ni lain cita dia ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh begiiiituuuuu...
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Untung byk buat filem ni...apa la sangat setakat beratus buah kereta tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pelaburan besar takpe.... pulangan pon berganda besarnye... |
|
|
|
|
|
|
|
budget rosakkan 230 tu aku rasa mcm nak beli 1 buah kereta kat Malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
patut hanto kat Malaysia.. kereta potong... |
|
|
|
|
|
|
|
maklumlah reta terpakai kat sana murah gilakkk
|
|
|
|
|
|
|
|
bkn replica je ke kete2 yg guna dalam F&F ni??...
kalo gitu laa habis hancor seme kete2 mahall..perghhhhhh....rugi2... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk movie ni smalam.. walau xmnat paul wanker tp cam sedih plak .. dialog dia kt nk abis pun sgt mngharukan.. sgt2 best citer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
paul walker............... |
|
|
|
|
|
|
| |
|