Saya ada berniaga kecil-kecilan secara online, baru je lagi dalam 3 bulan. Niche adalah barangan bayi dan kanak-kanak.
Macamni..saya ada tanya-tanya pasal booth di hypermarket macam Tesco, Mydin, etc. dan alhamdulillah masih ada booth yang available tapi sangat limited. Sewa booth untuk sebulan ramadhan tu lebih kurang 3.5k + deposit 500. Tapak standard 8x6. Tempat tu memang strategik dah, tumpuan orang ramai bukan weekend pun boleh tahan penuh especially waktu malam. Saya plan nak jual pakaian dan aksesori kanak-kanak (target untuk pakai raya). Tujuan buka booth ni di samping berniaga pakaian tu saya nak promosi kedai online saya jugak sebab banyak lagi barang saya jual tapi tak muat & tak sesuai nak sumbat kat booth.
Soalan saya sekarang berbaloi tak risiko yang saya ambil ni? memandangkan sewa booth agak mahal dan ini first time saya nak berniaga secara offline. Saya kena peruntukkan juga untuk gaji sorang pekerja jaga booth boleh ganti-ganti. Puasa tak larat kot pagi sampai malam melangut kat booth.
Warga Cari yang pernah buka booth dalam supermarket/hypermarket masa bulan puasa silalah share pengalaman ye. Saya nak belajar dengan otai-otai kat sini