View: 2762|Reply: 0
|
Intel Compute Stick Mula Ditempah
[Copy link]
|
|
Intel Compute Stick merupakan sebatang dongle yang boleh mengubah mana-mana skrin yang dilengkapi port HDMI, menjadi sebuah komputer PC yang dilengkapi Windows 8.1 penuh. Ia diumumkan di acara CES 2015 dan kini ia akan memasuki pasaran di Amerika Utara.
Intel Compute Stick Mula Ditempah
Intel Compute Stick akan mula memasuki pasaran Amerika Utara dengan Amazon dan Newegg membuka laman webnya untuk tempahan peranti ini. Tetapi nampaknya Amazon menjual versi Windows 8.1 peranti tersebut pada harga USD180. Versi ini dilengkapi pemproses quad-core 1.33GHz Intel Atom dengan 2GB RAM dan 32GB ruang storan. Versi sama dijual pada harga USD150 oleh Newegg. Versi Linux dengan 1GB RAM dan 8GB ruang storan pula dijual pada harga USD 130 oleh Amazon namun tidak dijual di Newegg.
Malangnya melihat pada laman web Amazon, ia telah menurunkan laman tempahannya atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Newegg pula hanya boleh menghantar sehingga Singapura sahaja dan dijual pada harga USD202.53.
Namun harus diingat, Google juga telah melancarkan sebuah dongle yang menjalankan ChromeOS digelar Chromebit dan ia dijual pada harga yang lebih murah sekitar USD100. Namun, jika anda mahu lakukan lebih dari melayari internet dan menonton video, Compute Stick menawarkan lebih banyak fungsi memandangkan ia menjalankan versi penuh Windows 8.1.
Pada kami, peranti ini sangat berguna kepada mereka yang tidak banyak menonton Astro, sebaliknya memuatturun kebanyakan rancangan TV yang mereka hendak tonton. Dengan adanya port USB pada peranti ini, pengguna boleh menyambungkan peranti storan luaran untuk mengakses simpanan rancangan TV dalam simpanan mereka.
Namun, belum dapat dipastikan samada peranti ini akan dibawa masuk ke Malaysia. Jika ia dibawa masuk ke pasaran Malaysia, harganya akan berada di sekitar julat RM450-550.
kredit:www.techkini.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|