CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16922|Reply: 142

Apa aku nak buat ni? Bagi cadangan & pendapat sikit.

[Copy link]
Post time 8-5-2015 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EPO at 8-5-2015 01:48 PM

Errr...cemana aku nak start eh? BTW, aku mengaku ni mmg MN aku, buat satu ID baru demi meluahkan masalah aku ni. Kang kot guna nick biasa, takut ummah2 pprt suka PA, terutama kat bod Gossip sinun. Cerita pasal retis tapi last2 PA fellow forumner based on diorang punya kisah peribadi. Choyyy
Ehh..melalut lak aku nih.

Ok, gini ceritanya: Ni second marriage aku. Berkahwin dgn lelaki yg agak muda dari aku.Ala2 Rita Rudaini/Aidil Zafuan & Che Ta/Zain Saidin. Tapi masa aku kawin dulu pun aku tak lah seexcited mana & niat aku berkahwin semula sbb nk elak fitnah & senang nak masuk syurga melalui suami aku, juga utk meringankan beban aku dlm mnjaga ank2 aku yg 4 org tu. Money? Not at all. Sebab yg penting pada aku ialah kasih sayang sbb mmg aku ni lack of kasih sayang sejak dari dulu sbb parents aku bercerai dan aku dijaga oleh atok nenek.

So aku mmg tau yg bakal laki aku masa tu sengkek, setakat kerja2 biasa aje. Tak apa lah, aku tak kisah. Dgn ex laki pun banyak duit aku jek yg keluar so pasal kemewahan ni aku tak heran sgt. Even masa kawin pun aku tak mintak apa2 dari pihak lelaki. Kiranya mmg laki aku sekrg kawin free

Aku nak suami yg fatherly. Yg boleh bimbing aku dan sentiasa sayangkan aku, belas dgn aku. Laki aku sekrg ok, ada ciri2 tu TAPI 3 tahun dulu! Sekrg betul2 hampeh

Aku harapkan bila aku dah lepaskan dia dari tanggungjawab kewangan, dia bertanggungjawab pada aku dari segi tenaga dan kudrat. Awal2 dulu mmg dia rajin tolong aku smp jiran2 semua puji bila tengok dia jemur baju angkat baju, hantar & ambik anak sekolah. Aku pun senyum smp telinga masa tu. Dia mmg tak bantu aku langsung dari segi kewangan even baju2 dia pun aku belikan. Tapi utk elakkan dia lepas tangan 100%, pulak tu dia dok umah aku, aku soh dia bayar bil fon, api & air. And lauk kat umah

Tapi sejak setahun kebelakangan ni, dia dah mula tunjuk true colours dia. Dah mula tak nak bantu aku langsung. Kerja tau nak membuta aje. tapi dia masih baik dgn aku, aku tak kisah lagi. 4-5 bulan ni dah makin teruk. Langsung tak peduli apa dah. Bila aku bising sbb penat dia tak bantu aku, dia marah balik bgtau knp tak suruh anak2 aku. Ada anak dara, anak bujang buat apa. Aku bukan tak suruh dan anak2 aku bukan tak tolong tapi korang tau lah, budak2...buat mana yg diorang dan aje lah. Lagi pun diorang sekolah, kadang balik sekolah dah penat. Abih dia buat apa? membongkang depan TV aje 24 jam

Kitorang dah makin kerap gaduh sekrg ni. Aku ni keje jauh, smp rumah kdg2 dlm 7.30 mlm so aku harapkan dia tolong hantarkan ank2 aku mengaji & tuition. Aku mmg tak sempat. Nak Maghrib pun terkejar2, mana nak masak segala lagi. Tapi dia lebih rela dok lepak2 suka2 kat umah family dia yg tak jauh dari umah kitorang. Kdg2 aku baca dlm WA grup family dia sibuk ambik adik & anak2 buah dia dari sekolah tapi aku? Dibiarkan buat sendiri segalanya. Langsung tak ada belas dari dia. Walhal dia tau keadaan aku yg kelam kabut bila kat rumah. Aku dah lama kecik hati. Bila aku cakap aje, mesti gaduh. Balik2 dia ungkit, anak bujang ada, motor ada, buat apa? Tapi sbg suami bukan ke keutamaan dia pada family dia dulu? Aku faham itu anak2 tiri aje tapi masa kawin dulu bukan dia tak tau. Dia pun ok, dia faham. Siap cakap dgn mak cik dan pak cik aku, dah ambik emaknya kenalah ambik ank2nya sekali. Suka mak cik pak cik aku dengar.

Sekrg makin teruk. Dah mula tak balik rumah, dah mula jadi bujang balik. Lepak 2-3 pagi dgn kawan2 bujang. Bila bergaduh, lari balik umah family dia. 2-3 hari kat sana, tak contact aku tak bgitau apa2. Ada sekali tu aku kena pegi hospital smp kawan ppuan aku yg temankan, mintak izin dari suami dia sbb masa tu laki aku dah berapa hari tak balik. Even kalau dia balik rumah pun, dia cuma akan balik bila dah tengah malam, bila aku dah nk tido lepas keletihan settlekan hal rumah & anak2. So kesimpulannya mmg hubungan kitorang tak berapa baik kebelakangan ni.

Panjangnya karangan aku. Korang kena sabor sikit eh sampai klimaks cerita aku ni. Kang cerita sekerat2 kang, korang marah pulak
Sambung kat bawah, second posting

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 01:25 PM | Show all posts
ko pilih dulu yg kat bawah ni

a) ko kena kawin paksa
b) suka sama suka
c) kawin sbb simpati
d) kawin sbb desperate

lps tu br aku bole bg pendapat yg bernas
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 01:38 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 8-5-2015 05:25 AM
ko pilih dulu yg kat bawah ni

a) ko kena kawin paksa

seram aku nak tunggu pendapat bernas kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 01:44 PM | Show all posts
#Part 2

Sekarang ni kadang2 weekend pun dia tido kat umah parents dia dgn alasan senang nak bangun pagi tolong parents dia kat kedai. Macam lah jarak tu dari Kedah ke Johor. Walhal kat rumah setiap kali aku kejutkan tapi tak jugak reti nak bangun, suruh kejut kol 6.30 pagi, setiap jam aku kejutkan tapi smp pukul 12 tgh hari pun tak bangun. Hari tu aku bgtau aku kena followup kt sepital, dlm hati berharap dia offer nk temankan tapi hampeh, alasan nak kerja, cari duit. Ok lah tak apa, aku faham so aku pegi aje lah sorang2. Tapi bila kat umah kejut soh gi tolong kat kedai bukan main liat pulak nak bangun. Bila ajak teman sibuk pulak kata nk tolong kat kedai.

Hari Isnin hari tu dia ada kat rumah, membuta smp tghari, bangun terus melantak lunch yg aku masak. Petang dia keluar bgtau nk kena beli barang2 kedai. Ok lah, aku tak ada masalah. Tapi smp pukul 12 tgh mlm tak balik2. Dah lah dari Maghrib aku rasa macam tak sedap hati, asyik takut2. So aku call lah dia, nak tau kat mana? Kat mamak lepak minum. Masa tu dah pukul 1 lebih. Lepak minum???? Mau aku tak angin. Itu pun entah iya entah tidak kat mamak sebab dengar suara lelaki bersembang menjerit2 mcm bunyi kat rumah bujang aje. Aku mmg tak boleh kontrol dah, mmg aku marah dlm fon. Tengah bercakap2 diselang seli dgn tangisan aku, dia terus off fon. Sakitnya hati aku. Lepas tu aku WA suruh dia balik jugak sbb aku takut, rasa semacam, haram tak dibacanya. Macam biasa, bila gaduh mcm tu dia terus tak balik rumah berhari2 & tak contact. Tetiba semlm aku balik kerja nmpk dia tercongok kat rumah baru lepas anta ank2 aku mengaji. Mungkin nak ambik hati aku agaknya.

Ok sekrg baru aku nk tanya pndapat korang. Sebelum ni bila dia selalu buat perangai tak balik rumah, aku selalu berendam air mata. Bila dia ada kat rumah selalu jugak aku suarakan rasa tak puas hati aku, cuba bgtau dia tapi biasanya berkahir dgn pertengkaran sbb dia tak mau dgr langsung. Lepas tu bila dah marah mula mencarut maki hamun aku guna panggilan kau aku. Memang aku menangis aje lah setiap kali, smp aku jatuh sakit. BP aku sentiasa tak stabil, baru2 ni tiba2 kolesterol level aku naik, kesan dari stress menyebabkan aku makan yg bukan2.

Tapi sekrg hati aku macam dah kering. Dia balik semlm aku langsung tak pandang muka dia dan buat hal aku aje. Keluar pegi kedai pun aku tak bgtau dia, lalu jek depan dia. Wpun disudut hati aku aku gembira dia dah balik tapi kesakitan dari perbuatan dia selama ni pada aku melebihi segala2nya. Aku tak pasti aku nak buat apa. Kdg2 aku rasa macam nk gaduh betul2 dgn dia, nak tumbuk dia utk lepaskan perasaan sakit hati aku ni tapi aku dah letih bertekak dgn dia over and over again pasal bnda yg sama. So aku decided utk diam aje buat tak tau. Aku buat hal aku, dia buat hal dia. Tapi aku takut pulak dia terus menjauh terus buat perangai dok umah family berhari2 tak balik2 which aku tak mau jugak if it happens.

So apa pendapat korang kat sini? Apa yg patut aku buat? Kalau korang bgtau cuba bawak berbincang, aku tak rasa ia akan berjaya sbb aku dah buat bnyk kali tp at the end gaduh besar & dia tak balik lagi

Aku buntu. Kesihatan aku pun dah makin terganggu. And most of all, aku sunyi...sepi....tak ada tempat nak sembang2, bermanja mencurah kasih. Nasib ada anak2 sbg pengubat duka
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 01:45 PM | Show all posts
dah setengah jam tgu
mn sambungan ni?

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 01:53 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 8-5-2015 01:25 PM
ko pilih dulu yg kat bawah ni

a) ko kena kawin paksa

dah tahu dah answer dia
d) kawin sbb desperate
e) kawin sbb nak org tolong ringan kan beban dan tak mau org lain ckp dia janda gatal

and the worse...pilih org yg tak kerja dan muda....haiz...hampa

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2015 01:57 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 8-5-2015 01:25 PM
ko pilih dulu yg kat bawah ni

a) ko kena kawin paksa

Suka sama separuh suka

Asalnya dulu aku kawan2 aje. Memenuhi masa lapang. Tetiba dia yg suka kat aku. Approach aku, tapi aku tolak sbb jarak usia. But kitaorg still kawan. Dan mmg aku selesa dgn dia sbb dia bujang. Aku tak kacau hak orang. Aku geli ngan laki org yg suka mengendeng kat aku time tu

So kitorang terus kawan masa tu. Tapi at the same time dia bgtau family dia yg dia suka aku, nk nikah ngan aku. mmg kena hencap teruk lah. Disebabkan tak tahan dgn hencapan terutamanya sepupu2 dia, dia jauhkan diri dari aku. Aku pun tak kisah, ok lah,aku faham. Time tu dia kapel pulak ngan sorang anak dara. Tapi anak dara, korang tau lah, gedik & mengada terlebih, dia tak tahan & putus dgn awek tu. Masa tu baru family dia bukak mata & sedar kehendak dia. So dia datang cari aku balik. Masa ni baru aku terima dia wpun tak 100%

Macam aku kata aku terima dia sbb nak elak fitnah, nak masuk syurga melalui suami aku ( ini cara paling mudah utk org ppuan masuk syurga) dan nak disayangi.

So fifie olin , aku dah jawab soklan ko. Sila beri pendapat ko yg bernas
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 01:57 PM | Show all posts
palomaf4 replied at 8-5-2015 11:38 AM
seram aku nak tunggu pendapat bernas kau

aku just nak tau knp dia pilih lelaki tu utk jd suami dia ...
so drp situ aku dpt tgkp ape tersurat tersirat hati somi dia ....gitewww

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 01:58 PM | Show all posts
winsonyu replied at 8-5-2015 11:53 AM
dah tahu dah answer dia
d) kawin sbb desperate
e) kawin sbb nak org tolong ringan kan beban dan  ...

begitu jujur skali jwpn ko nok...


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 01:58 PM | Show all posts
Patutla mak jemah kat bod gossip tu mulut sengsorang hangsuang sgt...
rupanya majority hidup bermasalah...ala2 nk lepas stress hidup so kutuk retis sana sini....
seeloknya perbaiki diri berhentila mengutuk retis2 tu & fokus pd hidup sendiri yg tunggang langgang tu...

btw, pendpt berkaitan masalah hang ni nnt aku taip.....nak rehat jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 02:03 PM | Show all posts
Edited by EPO at 8-5-2015 02:05 PM
winsonyu replied at 8-5-2015 01:53 PM
dah tahu dah answer dia
d) kawin sbb desperate
e) kawin sbb nak org tolong ringan kan beban dan  ...

Apa yg ko ckp tu semua betul tapi bukan pada aku, maybe pada sesetengah org lain. Especially part takut org kata aku janda gatal. Ungkapan tu sesuai utk org non muslim macam ko tapi pada aku dan dalam situasi aku it's more towards nak elakkan fitnah

Hal duit ringgit harta benda ni aku tak heran. Tak boleh bawak masuk kubur. Aku lebih pentingkan kasih sayang, tanggungjawab dan sebuah institusi keluarga yg kukuh since aku tak dapat rasa ni dari dulu.

Itu sbb aku tak kisah kalau suami aku tak berharta dan kerja biasa2 aje. Aku boleh bantu dari segi kewangan. Matlamat hidup aku bukan nak bermewah2. Janji aku & anak2 cukup makan pakai sudah. Dan ada tempat bergantung, ada org yg SAYANG kami
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:09 PM | Show all posts
Macam aku kata aku terima dia sbb nak elak fitnah, nak masuk syurga melalui suami aku ( ini cara paling mudah utk org ppuan masuk syurga) dan nak disayangi.


apakah pompuan tak bersuami susah masuk syurga?? kasihan betul mereka
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:11 PM | Show all posts
EPO replied at 8-5-2015 02:03 PM
Apa yg ko ckp tu semua betul tapi bukan pada aku, maybe pada sesetengah org lain. Especially part  ...

oic...so kira salah ye anggapan saya? so errmmm...then napa nak merungut kalau cik kawin yg bukan dalam anggapan saya?
yg tak paham apa maksud cik bila cik kata tak nak org fitnah? dalam segi apa?

btw...tahniah sbb tahu saya ni bukan muslim...banyak yg ingat saya ni org melayu..haizzz..pelik kan

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:11 PM | Show all posts
EPO replied at 8-5-2015 11:57 AM
Suka sama separuh suka

Asalnya dulu aku kawan2 aje. Memenuhi masa lapang. Tetiba dia yg su ...

Suka sama separuh suka

ko x trima dia sepenuh hati rupanya...serupa terpaksa kawin la ni kan...nk elak fitnah bagai dikata kan
tu silap nya...kita semua kalo boleh nak masuk syurga ALLAH....tp bkn dgn cara ni jek..byk cara kot

sikap somi ko berubah sbb dia dh BOSAN....
sblm tu dia pendam je...dia ikot je kehendak ko...btl x...
smpi masanya dia akan meletop gak nok
faktor umo pon mainkan peranan gak...
x byk skit ego dia tercabar jua akhirnyaa...

so skg ni atas ko jek..
**kalo ko masih syg kan dia...nak seidop mati dgn dia...ko mntk dgn ALLAH ...doa byk2...kita ni beragama Islam bergantung dgn ALLAH je...dapatla kebahagiaan
** tapi kalo ko dh nyampah...bosan...sakit jiwa dgn somi ko..mntk la berpisah secara elok...ko sanggop ke tanggung dosa selama idop dgn somi ko...mmg x nak la kan....

lelaki ni ade masa2 nya dia nk tenangkan diri...kebebasan...tu jeee




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:12 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-5-2015 02:09 PM
apakah pompuan tak bersuami susah masuk syurga?? kasihan betul mereka

kesian kan semua perempuan tu....so kepada sesiapa yg tak suami tu boleh cari saya utk masuk syurga nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:13 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 8-5-2015 01:58 PM
begitu jujur skali jwpn ko nok...

hahahhaa...maybe coz too bored in the office sampai merapu dah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 02:19 PM | Show all posts
Innrukia replied at 8-5-2015 01:58 PM
Patutla mak jemah kat bod gossip tu mulut sengsorang hangsuang sgt...
rupanya majority hidup bermas ...

hahaha... mengata prong prang prong prang..pastu malu pulak kalu orang tau dia pun tak bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:20 PM | Show all posts
parent mertua tidak menegur ke kelaluan anak lelaki beliau ini?
yelah sudah ada rumahtangga sendiri tapi masih lagi balik tdo umh parent
tak bawak family
anak2 TT tidak merungut? tidak bercakap apa2 kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 02:20 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-5-2015 02:09 PM
apakah pompuan tak bersuami susah masuk syurga?? kasihan betul mereka

Tak susah tapi Allah kata lebih mudah pada yg bersuami, as long as dia
1) Solat
2) Berpuasa di bulan Ramadhan
3) Menjaga kemaluan
4) Mentaati perintah suami
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 02:23 PM | Show all posts
winsonyu replied at 8-5-2015 02:12 PM
kesian kan semua perempuan tu....so kepada sesiapa yg tak suami tu boleh cari saya utk masuk syurg ...

sini tak boleh advertise ye..potong kredit -10000 nanti










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064348 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list