Ramai di antara kita mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit ialah :
Tekanan (tension headache)
kemurungan
Migrain (pengecutan salur darah)
Penyakit serta ketegangan dalam mata
Sakit gigi dan tulang rahang
Sakit telingga, hidung dan tekak
Kejang otot
Kecederaan kepala dan tengkuk/leher
Angin Ahmar
Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (tumor)
Tekanan darah tinggi
Cara-cara adalah seperti berikut :
Guna limau kasturi
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama, Perah limau kasturi atas kepala dan ramaskan. Sambil ramas rambut picit bahagian kepala yang rasa sakit. kemudian masukkan Kulit limau dalam mangkuk berisi air bersih. Selepas itu jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.
Gunakan Pek ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala, ini akan membuat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.
Jauhi MSG
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. La berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migran atau lain-lain jenis sakit kepala.