CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 3

8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Kolesterol jahat dalam badan memang tidak baik kerana anda akan mendapat pelbagai macam penyakit seperti  hipertensi, diabetes dan jantung.  Namun anda jangan bimbang kerana menurut American Heart Association (AHA),anda boleh menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh anda dengan cara memakan makanan yang sihat.


Berikut ini ada 8 makanan terbaik untuk menurunkan kolesterol jahat :











Anggur Merah
Anggur merah boleh menurunkan kolesterol jahat pada tubuh anda. Menurut kajian, buah anggur merah yg digunakan untuk membuat Red Wine mempunyai kesan penting dalam menurunkan kolesterol jahat.




Oat
Anda perlu membiasakan diri untuk mengambil oat setiap hari jika ingin menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh anda. Menurut sebuah kajian,  mengambil dua bahagian oat setiap hari boleh menurunkan kolesterol jahat sebanyak 5.3% hanya dalam 6 minggu kerana oat mengandung zat yg disebut beta glukan, yang boleh menyerap kolesterol jahat.



Ikan salmon
Jenis-jenis ikan seperti ikan salmon, ikan sardin dan ikan herring boleh membantu dalam meningkatkan kadarkolesterol baik sebanyak 4% dan mengandungi asid lemak omega 3 sehingga dapat menjaga kadar kolesterol agar tetap dalam kawalan dan boleh mencegah penyakit jantung dan strok.


Kekacang dan biji-bijian
Kacang merah, kacang hitam, dan kacang pinto adalah jenis kacang yang boleh diambil untuk memenuhi satu pertiga daripada keperluan serat harian anda. Lemak tak tepu yang ditemui pada kacang & biji bijian mempunyai molekul asidlemak yang rendah dan merupakan yang terbaik di antara 3 jenis lemak, iaitu lemak politaktepu, lemak tepu & lemak tak tepu. Kekacang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 8%.



Teh
Teh dipercayai dapat mengikis lemak dan menurunkan kolesterol jahat. Teh mempunyai antioksidan dan kandungankafein lebih sedikit daripada kopi. Dalam secawan kopi mengandungi sekitar 135 miligram kafein, sedangkan tehhanya mengandungi 30 - 40 miligram. Kandungan phytocemical dalam teh juga boleh membantu melindungi tulang.Sebatian tersebut juga berperanan sebagai pertahanan besar terhadap kadar kolesterol jahat (kolesterol LDL)



Coklat hitam
Coklat hitam mempunyai kandungan antioksidan yang banyak dan mempunyai peranan untuk mengurangkankolesterol. Pada satu kajian menyebutkan bahawa kandungan antioksidan pada coklat hitam dapat mengurangkankerosakan pada pembuluh darah yang boleh mengancam kesihatan orang dengan sirosis (penyakit hati kronik). Para ahli menyarankan untuk mengambil 100 gram coklat hitam setiap hari dalam membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 21%.



Bayam
Sayur Bayam mengandungi sekitar 13 sebatian flavonoid yg menjauhkan anda dari kanser, penyakit jantung, &osteoporosis. Beberapa literatur menyebut, mengambil sayur-sayuran yang kaya kandungan lutein ini akan menjaga kita dari serangan jantung.



Minyak zaitun (olive oil)
Minyak zaitun (olive oil) mempunyai banyak manfaat kesihatan. Asam lemak tak jenuh tunggal pada Minyak zaitunboleh melindungi jantung kerana boleh menurunkan kolesterol, trigliserida, dan kolesterol LDL (jahat), tanpamenurunkan kadar kolesterol baik.
yanawanie.
[size=14.8500003814697px]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 01:25 PM | Show all posts
Good Info... thank you TT..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 10:59 PM | Show all posts
maksih infonya kk, sangat bermanfaat untuk menambah pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 08:27 PM | Show all posts
good info tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054256 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list