Selang beberapa hari lagi kita menyambut lebaran, dengar-dengar pula saudara-mara akan datang menyerbu rumah anda dahulu. Alamak... macam mana ini? Nasi Beriani, ok itu sudah semestinya menu wajib rumah anda, rendang tok sudah siap.
Cuma tinggal manisan... nak buat apa ye.. Tak sempat lah nak membakar-bakar nak buat kek dengan banyak lagi persiapan lain tak buat lagi.
Jangan gusar ya, jom kita buat kek versi No Bake ini, jimat masa anda.
1. Dalam periuk -satukan tepung, tepung jagung, dan serbuk koko (dikacau)
2. Tambahkan Gula sedikit susu dan kacau sehingga sebati
3. Panaskan di atas dapur dan kacau sehingga semua bahan pekat.
4. Tambah butter ke dalam adunan tadi dan tutup api dan dibiarkan sejuk sedikit.
5. Alaskan plastik dan susun biskut lemak/ biskut kurang manis/biskut marie.
6. Ratakan sebatian coklat tadi dan untuk
7. Ulang langkah 5 dan 6 dan susun potongan pisang di tengah-tengah.
8. Habiskan dengan coklat tersebut.
9. Balut plastik tadi dalam bentuk segitiga dan diletakkan didalam peti sejuk untuk 2 jam.
10. Dan kek anda sedia dinikmati -CARI Infonet.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Iya.. bentuk segi tiga juga boleh tiru supaya nanti pisang dapat rasa semua bahagian. Dan dicadangkan guna pisang rastali supaya enak dan tahan lama kek.