CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 0

Sebab Kenapa Ayah Penting Pada Anak-anak. Role Model?

[Copy link]
Post time 21-7-2015 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa Ayah Penting Pada Anak-anak?Seorang pakar Sosiologi, Dr David Popenoe di dalam kajiannya mengatakan bahawa:

“Seorang ayah bukan sekadar orang dewasa di dalam sebuah rumah. Ia lebih daripada itu. Seorang ayah memberikan impak yang besar kepada keperibadian seorang anak”.

Kajian di luar negara banyak menunjukkan bahawa, keluarga tanpa didikan ayah akan menyumbangkan banyak gejala sosial di dalam masyarakat.



Jom, kita pandang suami kita dengan pandangan kasih sayang. Dalami jiwanya. Sentuh sanubarinya. Lihat dia sebagai ketua yang sangat berpengaruh dan penting di dalam keluarga. Anak-anak kita sangat
memerlukan seorang ayah dalam kehidupan mereka. Libatkan suami kita di dalam setiap perkara yang kita lakukakan bersama anak. Mereka mempunyai hak untuk tahu segala perkembangan anak-anak. Sebagai seorang ayah juga, mesti mengambil tahu akan perkembangan anak-anaknya. Keluarga tanpa didikan seorang ayah, akan tempang sebelah. Tidak lengkap dan kurang sempurna.

Pepatah Arab ada menyatakan: Al waladu sirru abiihi. Maksudnya, seorang anak itu adalah bayangan ayahnya.

Pentingkah seorang ayah di dalam pendidikan anak-anak? Masyarakat sering mengaitkan mendidik anak-anak hanya terletak kepada seorang ibu sahaja. Walhal amanah serta tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama.

Mengapa ayah penting kepada anak-anak?
  • ‘Style’ Mak Lain, ‘Style’ Ayah LainKomunikasi seorang ayah adalah berbeza dengan seorang ibu. Ayah itu adalah pelengkap kepada pentarbiyyah serta pendidikan anak-anak. Jika ibu tidak berjaya menasihati anaknya, mungkin komunikasi ayah yang berbeza dapat membantu.
  • Pembakar semangat anak-anakSeorang ayah membina jati diri dan keyakinan anaknya. Lihat sahaja contohnya ketika anak belajar menaiki basikal. Saya sebagai seorang ibu sangat takut melepaskan anak di jalan tetapi suami sayalah yang memberikan semangat serta keyakinan kepada anak-anak saya untuk berani berbasikal. Jika hanya saya yang berkata-kata, entah bila anak saya akan pandai berbasikal.
  • Bertegas dalam disiplinSeorang ayah mendisiplinkan anaknya dengan cara yang berbeza. Perbezaan memang perlu dalam beberapa perkara. Berbeza dengan ibu bukan bermakna cara didikan ibu itu berbeza dan tidak bersetuju dengan didikan itu, tetapi ia saling melengkapkan
  • Kepimpinan melalui tauladanAyah ialah contoh kepada anak-anak. Cara ayah makan, berpakaian, mencari rezeki akan dicontohi anak. Jika tanpa ayah, maka anak-anak tiada rujukan dan panduan. Tempanglah sebuah keluarga. Longgarkan sebuah institusi.
Ketika ibu sedang sibuk di dapur atau sedang membasuh pakaian, siapakah yang akan memerhati serta berbual-bual dengan anak-anak? Pastilah ayah. Ayah melengkapkan sebuah keluarga. Ayah ‘role model’. Ayahlah raja. Ayahlah cerminan akhlak anaknya.

Duhai ayah, engkau bukan sekadar dipinggiran. Engkau sangat perlu. Engkau aset penting. Engkau pemimpin.

Ibu dan ayah mesti berpegangan tangan dan berganding bahu. Memasang tekad dan niat bagi memberikan pendidikan serta pentarbiyyahan yang terbaik buat anak-anak.
http://siraplimau.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036272 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list