View: 1507|Reply: 0
|
Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh
[Copy link]
|
|
Siapa yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak selesa. Selain makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman.
Jangan risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Selamat mencuba!
pama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|