View: 2554|Reply: 1
|
Agaknya Apa Rasa Susu Ibu Pada Pandangan Anak?
[Copy link]
|
|
Pernah tak ibu terfikir apa agaknya rasa susu kita yang diminum oleh si kecil? Adakah kalau kita makan makanan yang terlalu pedas, susu ibu juga akan berasa pedas? Kenapa anak yang menyusu susu ibu terlalu suka susu tersebut.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Karleen Fribble dari UWS Schoolf of Nursing daripada beberapa orang kanak-kanak yang menyusu susu ibu mendapat jawapan yang sangat mengejutkan mengenai rasa susu ibu.
Menurut si kecil, rasa susu ibu mereka seperti coklat dan adakalanya lebih sedap daripada aiskrim.
Antara jawapan lain yang diberikan iaitu rasa strawberi, mangga, pai epal, sirap, madu, dan berubah-ubah rasa setiap hari.
Jadi, betul sekali penemuan para pengkaji dari University of Copenhagen di Denmark yang membuktikan bahawa rasa susu ibu dipengaruhi oleh apa yang dimakan oleh si ibu. Semua rasa susu ibu yang berlainan itu akan hilang dalam jangka masa lapan jam. Ini juga sama dengan susu ibu perahan yang disimpan dalam bahagian dingin beku peti sejuk.
Lupakan sahaja beberapa mitos tentang rasa susu ibu yang kerap diperdengarkan kepada kita seperti berikut.
*Rasa susu ibu jadi pedas bila ibu makan makanan yang pedas dan anak yang minum susu ibu tersebut boleh mengalami cirit birit. Ia adalah mitos. Anak tidak pernah merasa kepedasan ketika minum susu ibu daripada ibu yang makan makanan pedas. Tiada perubahan ekspresi pada anak yang minum susu ibu ‘pedas’.
*Susu ibu boleh menjadi sejuk jika ibu minum ais. Sebenarnya susu ibu tetap hangat walaupun ibu minum ais. Suhu badan manusia berada pada sekitar 36.5 – 37 °C dan realtif stabil sekiranya ibu dalam keadaan sihat. Semua cecair yang keluar dari badan adalah hangat termasuk susu ibu. Sekiranya ibu banyak minum air berais ketika daya ketahanan tubuhnya menurun, maka ibu boleh jatuh sakit dan jika tidak berhati-hati boleh menjangkiti bayinya.
*Susu ibu jadi pahit kalau ibu makan ubat. Memang sebahagian ubat mempunyai rasa yang pahit, tetapi ia tidak memberi kesan kepada susu ibu. Si kecil tidak pernah menolak susu ibunya walaupun ketika itu ibu sedang makan ubat kerana sakit. Bagaimanapun ibu menyusu tidak boleh makan sebarangan ubat. Dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.
PA&MA
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohh gitu ek.. hmm nanti sy try dan bagi tau if really rasa cam coklat; ragu ragu I nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|