CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4951|Reply: 1

Sujud

[Copy link]
Post time 30-7-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Allah SWT mencipta manusia untuk sujud dan patuh kepadaNya..Sepertimana fitrah manusia apabila menjadi ibu dan bapa, mahu melihat anak anaknya taat, serta berjaya menempuhi rintangan hidup.

Apakah yang perlu manusia lakukan saat dirinya  telah mulai sedar bahawasanya dia tidak dijadikan sia-sia di muka bumi ini?

Bukanlah manusia itu dilahirkan untuk makan, tidur, mengumpul harta benda, berpasang-pasangan, berzuriat, kemudian mati pula.
Jika yang demikian, ia tidak berapa jauh bezanya daripada kehidupan haiwan atau tribal puak-puak asli yang tidak tahu menahu serta tidak pula mengambil tahu soal hukum hakam, moral, akhlak, agama dan sebagainya.

Itulah yang menjadikan manusia dianugerahi kesihatan akal untuk berfikir apakah sebenarnya erti hidup.

Apabila kita sudah meyakini adanya pencipta alam ini, kita lalu mempelajari berbagai jenis pengetahuan supaya dapat mendalami keajaiban ciptaanNya. Oleh yang demikian Allah SWT menghantar pesuruhNya di setiap zaman bagi memimpin manusia -manusia ini demi untuk mengenal penciptanya lalu taat dan sujud syukur kepadanya atas keajaiban dunia yang telah disaksikan dengan nikmat pancaindera bagi yang waras.

Kita perlu sedar bahawa kita tiada hak untuk menduakan, melawan, mencemuh, memaki dan berpaling kepada Maha Pencipta kerana kita ini tiada daya upaya. Sedangkan Allah SWT yang berkuasa atas sesuatu walau secebis abu sekalipun

Maka dengan sebab manusia adalah makhluk ciptaan Allah, patuh dan sujudlah dengan rasa kehambaan dan keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang balasan pahala. Apakah kita ini ada perkongsian saham dengan Allah sehingga tergamaknya kita meminta-minta kepada Allah pahala dan syurga? Apakah tidak cukup kita berterima kasih telah diberikan nyawa untuk memimpin fizikal, hati untuk merasa pedih, mata untuk menyaksikan subuh, kepala otak untuk berfikir, telinga untuk mendengar alunan alam, tangan untuk bekerja, kaki untuk berjumpa dengan makhluk lain, perut untuk merasa nikmat kenyang dan lapar, punggung untuk berehat, dan tulang belakang untuk menyatukan seluruh anggota? Kalian sambunglah lagi nikmat-nikmat lain seperti darah oksigen, jantung dan askar-askar organ lainnya yang bekerjasama demi untuk menyokong fungsi dan nikmat satu sama lain.

Apabila diseru makhluk yang bernama nafsu jahat turut serta, kerja badan jadi rosak. Ini kerana hati belum cukup syukur menikmati kesempurnaan. Bagaimana iman boleh kalah kepada nafsu, maka carilah semula erti dan tujuan hidup.

Manusia perlu menjadi amanah dan bertanggungjawab terhadap suratan hidup. Apabila Allah mengatakan kamu hidup senang, makan kamu perlu amanah terhadap harta tersebut dan serahkan kepada yang berhak. Apabila Allah mengatakan kamu hidup di dalam kedaifan, maka laluilah dengan gembira dan nikmat,  syukurlah kerana ujian kamu tidak seberat ujian orang kaya yang lebih besar tanggungjawabnya. Sakit, pedih, manis, adalah rasa yang sangat nikmat. Jika ditarik nyawa manusia itu, tiadalah dia merasa lagi apa-apa sensasi. Waktu itu barulah manusia merasa rindu dengan kehidupan.. Tiada istilah neraka dunia kerana segalanya adalah indah-indah belaka. Jika tidak Allah jadikan kita di dunia ini, tiadalah kita merasa nikmatnya haus air, panas terik,  sejuk ais, sengat bisa ular, pedas cili, dan tidak tersebut lagi dengan kata-kata..

Maka dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada manusia, sujudlah bersyukur dan taat tanda penghargaan, tanda terima kasih, tanda gembira, sedangkan Allah tidak perlu apa-apa dari manusia, hanya manusia sahaja yang seringkali lupa daratan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:51 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.042566 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list