View: 1259|Reply: 0
|
Cara Pastikan Kesegaran Ikan sebelum Beli
[Copy link]
|
|
Bau
Ikan yang segar lazimnya kurang berbau. Beberapa jam selepas itu, Trimethylamine akan terhasil dan menyebabkan ikan berbau seperti hanyir. Semakin lama terbiar, bau itu akan semakin kuat.
Mata
Biasanya mata ikan yang masih segar terang/cerah dan bulat/besar. Anak matanya juga kelihatan hitam. Mata ikan yang merah atau keputihan dan anak mata kelabu menandakan itu bukan ikan segar.
Insang
Bagi ikan yang segar ia akan kelihatan berwarna merah dan keras. Ikan yang tidak segar pula akan kelihatan kelabu dan lembut.
Sisik
Ikan segar akan mempunyai sisik yang kukuh melekat pada bahagian kulitnya serta susah ditanggalkan. Manakala, ikan tidak segar adalah sebaliknya.
Perut
Pada bahagian perut ikan segar, ia akan kelihatan putih dan tegang. Ia akan bertukar menjadi kelabu dan lembut beberapa lama selepas itu.
panduansihatselalu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|