CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3071|Reply: 0

Magnum Cafe Kuala Lumpur Mula Saji Masakan Melayu Barat

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Magnum Cafe semakin mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia apabila beberapa cawangan kini dibuka di kompleks beli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti di Midvalley dan IOI Mall Putrajaya.
Restoran pertama Magnum Cafe dibuka di Midvalley, Kuala Lumpur pada 14 November 2014. Berada di tingkat 3 dan 4 Mid Valley Megamall dengan rekaan dalaman yang sangat eksklusif dan sangat menarik.
Magnum Cafe memberi peluang kepada penggemar pemanis mulut seperti ais krim Magnum yang dihasilkan hiasannya mengikut permintaan pelanggan.
Magnum Cafe Kuala Lumpur agak mudah diakses melalui pengangkutan awam seperti bas dan KTM.
Magnum Cafe Kuala Lumpur Saji Fusion Melayu BaratSudah sedia tahu bahawa Magnum Cafe menyediakan ais krim creation yang mendapat tempat di hati peminat aiskrim.
Kini anda boleh menikmati sajian Melayu Barat yang di Fusionkan di Magnum Cafe Mid Valley. Saya sendiri sudah mencuba menu-menunya dan memang best!
Antara menunya adalah :
1- Sup Tulang dan Nasi Sushi (Oxtail Soup with Sushi Rice) – RM35.00
Nasi Sushi dihidang bersama cili kicap dan juga keropok ikan. Nasi yang agak lembut, cuma keropok ada bau hanyir sikit. But still nice.
Dimakan pula dengan sup ekor!  Tak sangka pula sedap! Daging yang sungguh mudah dikunyah bersama sayuran seperti lobak merah dan tomato yang sememangnya memberikan tekstur rasa yang seimbang.
2- Chicken Toasties – RM 20.00

Ini adalah roti yang dibakar bersama cebisan ayam di bahagian atas. Jika perlu cicah bersama dengan sos tomato. Bagi yang kurang suka tomato, boleh makan begitu sahaja pun sedap.
3- Chicken Rendang Pasta – RM 36.00Bagi penggemar rendang jangan lupa untuk mencuba spaghetti rendang di sini. Agak memuaskan dan yang pasti potion untuk spaghetti rendang agak banyak. Jadi memang sesuai untuk berkongsi.
Cuma spaghetti rendang agak berminyak.

4- Aglio Olio with Shrimps – RM 40.00
Ini antara makanan kesukaan saya di Magnum Cafe Kuala Lumpur. Aglio Olio dengan udang! Dimasak bersama bawang putih dan juga cili.
Bawang putih memang agak kuat rasanya. Yang ni pun portion pubanyak. So lebih elok berkongsi.
5- Carbonara Pasta – RM46.00
Ini paling maveles! Peminat carbonara wajib order yang ni. Spaghetti  yang dimasak bersama sos carbonara memang betul betul creamy. Ditambah pula dengan sos keju dan juga kepingan daging salai.
Tak dapat nak terangkan macam mana melainkan anda cuba sendiri! Pasti puas hati dengan portion yang sememangnya banyak!

6- Death of Chocolate – RM32.00
Tak lengkap kalau makan tak ada dessert. Ini death of Chocolate. Satu mangkuk warm chocolate malten lava cake dan aiskrim magnum chocolate brownies serta chocolate crunch pearls dimakan bersama dengan susu cair!
Tengok saja pun dah terliur. Apa lagi bila dah makan! Cair dalam mulut
Bagi yang nak mencuba makanan fusion Melayu Barat, boleh ke Magnum Cafe Mid Valley Kuala Lumpur! Pasti puas hati!

myselera.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.415244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list