CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5700|Reply: 2

Nasi Ayam Sedap di Restoran Tempayan Sungai Buloh

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ni kami dah review masakan kampung di Restoran Tempayan Sungai Buloh. Sebenarnya selain dari masakan kampung terutamanya asam pedas, ada menu istimewa lain yang menjadi kegilaan pengunjung tegar Restoran Tempayan!  Perlu cuba? Mesti la perlu. Sebab ini antara makanan yang dapat vote paling tinggi di sini.
Nasi Ayam & Lempeng
Jika tengok di Foursquare, ramai yang berpendapat Nasi Ayam dan juga lempeng di Restoran Tempayan ni sedap! Jadi kali ini kami ingin mencuba sendiri.
Lempeng!

Nasi Ayam!

Betul la yang dikatakan oleh penggemar Nasi Ayam Restoran Tempayan. Nasi dan ayam sememangnya lembut. Ditambah lagi dengan sambal yang kurang pedas. Portion ayam juga sesuai bagi yang medium saiz.
Lempeng pula dihidang bersama kuah. Tak cukup 1 mangkuk kuah, kena minta lebih. Lempeng kalau tak dimakan bersama kuah pun sedap! Pendek kata memang wajib cuba.
Selain dari Nasi Ayam dan Lempeng, menu lain yang ada adalah Mee Udang, Set Nasi bersama Asam Pedas, dan juga Set Nasi + Ayam Kampung Berempah.
Set Nasi dan Ayam Kampung Berempah

Set Ikan Bawal Bakar!

Mee Udang! Memang penuh udang disajikan untuk anda! Wajib cuba ni!

Turut dihidangbersama ulam, sambal belacan dan kari ikan

Jika anda penggemar makanan western jangan risau, Restoran Tempayan turut menyediakan makanan western pada waktu malam!
Harga
  • Mee Udang – Rm15 (biasa), RM20 (Special)
  • Set Asam Pedas – RM9.50
  • Set Nasi Ayam – RM5.80
  • Set Ayam Kampung Berempah – RM6.50
  • Lempeng Kari Ayam – RM4
  • Cucur Udang – RM2
Selain itu, kalau ingin mengadakan jamuan makan bersama rakan sekerja, restoran ini juga menyediakan ruang khas untuk makan berkumpulan.
Secara keseluruhan kesemua makanan yang disajikan sedap dan cukup rasa. Terdapat beberapa menu yang menjadi pilihan kami. Tak rugi datang ke restoran ini.
Pada yang berminat untuk berkunjung, boleh hubungi maklumat seperti dibawah :
Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi : Isnin- Ahad (7am-12am)
No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221
Facebook : Restoran Tempayan
myselera.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 05:44 PM | Show all posts
taste bud lenlain definitely - pada aku xla sedap mana pun... mahal lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 07:12 PM | Show all posts
just nak ckp servis di tempayan teruk.
x mesra pelanggan.

harga mahal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031798 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list