CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6072|Reply: 0

Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Red Wok Steamboat salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi. Sering kali menjadi tumpuan keluarga untuk menjamu selera dengan tema “All You Can Eat Steamboat Buffet/Korean Style Sizzling Steamboat Buffet”. Ia dibuka sejak tahun 2010.
Memang senang nak kenal Red Wok Steamboat kerana restorannya berwarna merah.


Nama Red Wok pasti ada yang tertanya, “Halal ke?”. Red Wok adalah restoran halal yang bukan sahaja menyediakan steamboat tetapi turut mempunyai menu ala-cart Chinese food dan juga masakan Thai. Orang Bangi yang teringin makan masakan Chinese food, tak perlu susah-susah pergi jauh-jauh sampai Kuala Lumpur sebab kini sudah ada di Bangi.
Red Work Steamboat menjadi tumpuan kerana harganya murah!Apa yang menarik di Red Wok Steamboat? Terdapat lebih kurang 100 jenis makanan untuk dipilih penggemar steamboat seperti ayam, daging, seafood, dan pelbagai jenis bebola serta sayur-sayuran.
Selain itu pelanggan juga dihidangkan dengan menu lain seperti nasi goreng, mee goreng, buah buahan, dumpling goreng, dan juga ais krim sebagai dessert.
Di Restoran Red Work Steamboat terdapat 3 jenis kuah iaitu ayam, tomyam dan herba.
Makanan buffet seperti nasi goreng, mee goreng, daging masak kicap, ayam bakar dan lain lain.

Pelbagai jenis seafood!

Pilihan daging basah untuk penggemar steamboat!

Boleh dikatakan steamboat buffet disini lebih murah dengan harga hanya RM30++ untuk 1 orang. Sebab itu bermula pukul 8 malam, pelanggan dah mula ramai. Ada yang datang sekeluarga dan ada yang datang bersama rakan-rakan. Selain dari harga, mungkin pilihan menu yang pelbagai membuatkan Restoran Red Wok Bangi menjadi tumpuan
Bagi kami steamboat di Restoran Red Wok memang sesuai untuk keluarga kerana suasananya yang selesa. Dari segi makanan, 100 jenis bahan steamboat boleh buat anda makan sampai buncit.
Oh ya! Jangan lupa rasa sos pencicah special dari Red Wok, itu memang sedap!
Bagi penggemar steamboat yang ingin mencari steamboat murah di Selangor, lokasi Restoran Red Wok seperti alamat dibawah:

Restoran Red Wok Steamboat & Grill
Lot _T 70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.Tel no : 03-8927 4100 / 019-339 4655 (Awang Hasyim)
Email :[email protected]
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat – Dinner 5:00 pm-2:00 am
Sabtu – Ahad – 12:  pm – 2:00 am
Facebook : Restoran Red Wok

myselera.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036805 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list