CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6357|Reply: 1

Cendol Seksyen 7 Shah Alam, Belakang UNISEL

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Musim Panas, musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di Shah Alam. Erm.
Terdapat satu gerai cendol Melayu yang yang menjadi tumpuan di Shah Alam iaitu di Seksyen 7, terletak di belakang UNISEL. Tak susah pun nak cari. Boleh nampak gerai ini selepas masuk simpang ke Seksyen 7 belakang Unisel.
Ia hanya sebuah gerai yang kecil dari sebiji motor sahaja, terletak di atas bukit. Boleh tahan ramai yang datang makan cendol disini.
Cendol pulut cendol pulut!

Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara!.
Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa!
Makan atas bangku plastik santai-santai tepi jalan! Konsep kat gerai ni, order, makan dan bayar.

Nikmat makan cendol musim panas!Memang nikmat makan cendol di musim panas. Cendol Seksyen 7 Shah Alam ini boleh dikatakan sedap. Cukup rasa dan pulut dia banyak. Sesetengah penjual cendol ada yang kedekut pulut. Tapi yang ini memang banyak. Kuah manis dan berlemak. Cukup rasa.
Kalau ada pilihan jagung atau kacang mesti lagi sedap kan?
Laksa pula, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kurang rasa, dan kurang umphh! Atau sebenarnya Laksa Utara dari Jitra Kedah memang rasa macam ni?
Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain selera.
Harga kami makan 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk laksa jumlah RM8! Ok la…Harga biasa bagi cendol dan laksa.
Cendol extra Manis!

Laksa Jitra Mari!

Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat dibawah:
Cendol Seksyen 7, Shah Alam
Kordinat : 3.075688, 101.496437



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:55 AM | Show all posts
Sedapnyeee.............laksa dgn cendol tu.
Terasa sampai ke sini.
Bile lah nak lunch ni.
Dah kenyang nanti baru lah tak terliuq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035175 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list