CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5965|Reply: 1

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap!
Dulu keropok losong memang popular dan sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun beratur… Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka giliran seperti di Bank dan Pejabat pos untuk mengelakkan barisan yang panjang. Sistematik kan?

Keropok Bukit Tok Beng terkenal dengan kesedapan keropoknya yang mempunyai kuantiti isi ikan yang banyak. Kebanyakan penjual keropok lekor yang lain kurang rasa ikannya kerana harga ikan yang mahal. Sos pencicahnya yang pekat dan pedas berjaya menambat hati penggemar keropok lekor. Boleh dikatakan setiap kali balik Terengganu penulis akan membeli lebih untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.
Ada dua jenis keropok lekor yang biasa dijual, yang bergoreng dan yang direbus. Keropok Lekor Bukit Tok Beng turut menjual keropok lekor yang siap divacuum dalam plastik. Kelebihan yang divacuum ini adalah ianya lebih tahan lama sebab kedap udara. Tetapi, perlu order sehari sebelum.
– Keropok yang di Vacuum perlu di order sehari sebelum


Kalau rasa nak makan keropok lekor panas-panas pun boleh. Di sini turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus yang sememangnya sangat enak. Jadi, sambil tunggu keropok lekor siap dibungkus boleh order untuk makan terus terutama bagi mereka yang akan berjalan jauh.
– Kaunter 1 : Ambil nombor sekiranya ramai orang, tunggu nombor di panggil.. Kalau tiada orang, boleh terus membeli di kaunter 1


– Kaunter 2 : Jualan keropok keping ..


– Kaunter 4 : Sementara tunggu keropok rebus, boleh beli keropok goreng untuk dimakan sementara menunggu.



Sekarang, anda boleh buat tempahan keropok lekor di laman web rasmi Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Senang sahaja, ia termasuk delivery.

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel :  012-562 0748
Website : www.btblekor.com.my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:33 AM | Show all posts
wowww.. kepok leko tok beng buleh wat delivery lening! dh lama x mknkepok BTB sb dh jemu asik makang sokmo2 tp kepok ni mmg thorrbaik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035806 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list