CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10693|Reply: 1

Crispy Apam Balik di Bukit Ferringhi, Penang

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Tak lengkap kalau pergi makan angin ke Pulau Pinang tetapi tak singgah ke Batu Ferringhi kan? Di Batu Ferringhi terletaknya Pasar malam atau lebih dikenali sebagai Night Market Batu Ferringhi. Di sini boleh dikatakan merupakan tempat shopping termurah di Pulau Pinang.
Sepanjang berjalan di Night Market, kami terjumpa sebuah gerai yang menjadi tumpuan ramai. Dari jauh pelik juga kenapa ramai orang yang sedang beratur. Rupa-rupanyanya gerai tersebut menjual “Crispy Apam Balik”
Apa yang menariknya apam balik ini sama seperti di Kuala Lumpur yang dijual dengan harga RM0.40 sehingga RM0.50 di pasar malam, cuma yang membezakannya adalah terdapat banyak perisa seperti perisa Coklat, Coklat Cheese, Coklat Oreo, Coklat campur pisang, Nutella, Nutella campur pisang dan lain lain.
Harga dan jenis Apam Balik Crispy Feringhi

Menurut pemiliknya En. Shah, sebelum ini beliau berniaga di Georgetown sebelum berpindah lokasi di Batu Ferringhi. Beliau sudah menjual apam balik rangup bersama isteri selama 2 tahun.
Benda-benda yang unik memang mendapat permintaan tinggi. Kami sempat merasa menu terbaru iaitu Apam Balik Ayam!
Pemilik Crispy Apam Balik – Shah sedang menyiapkan tempahan pelanggan

Crispy Apam Balik Lain Dari Yang Lain!Sebelum ini pergi pasar malam, hanya makan crispy apam balik yang ada kacang, gula dan jagung. Kali ini merasa juga makan yang berinti tambahan coklat, coklat dan pisang serta ayam!
Apam Balik Rangup perisa Coklat + Pisang

Bagi peminat coklat dan Nutella wajib cuba Apam Balik Nuttella + Pisang atau Coklat + Pisang.
Keraknya yang rangup dan kemanisan coklat dan pisang memang terbaik!
Apam Balik Rangup Ayam! Menu Baru

Ini lain dari menu lain. Ayam di campur telur dan cheese dimasak lama sedikit sebelum diletak sos. Kalau nak lagi sedap, minta potong dan letakkan sos serta cheese seperti gambar dibawah.
Apam Balik Ayam bersama Sos Cili dan Cheese

Apam Balik Rangup Biasa

Apam Balik di Bukit Fetringhi, Penang

Harga
  • Apam Balik + Coklat – RM2.50
  • Apam Balik + Coklat + Pisang – RM3.50
  • Apam Balik + Nutella – RM4.00
  • Apam Balik + Nutella + Pisang – RM5.00
  • Apam Balik Original – RM1
Memang harga sedikit mahal berbanding yang di pasar malam. Tapi kalau dah sedap, tutup sebelah mata je.
Sedap!

Bagi yang ada perancangan nak ke Pulau Pinang, jangan lupa teroka makanan sedap di Penang dan juga Crispy Apam Balik sedap di Batu Ferringhi!.
Crispy Apam Balik Shah
Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, 11100 Penang, Malaysia
No tel : 019-5153711
Waktu operasi :
Selasa – Ahad – 4 pm – 11pm
Isnin – Tutup!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:53 AM | Show all posts
Sedapnye.............haritu pergi tak sempat nak merasa.
Nanti kena cari hot n roll jelah jawabnyeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038246 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list