CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6621|Reply: 1

Nasi Beriani Kambing di Shahza Beriani Shah Alam

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Buat penggemar hidangan Asia Barat, makanan berat seperti beriani kambing pasti membuka selera.
Bagi mereka yang berada di Shah Alam, Restoran Shahza Beriani menawarkan menu istimewa Nasi Beriani Johor  merangkumi daging ayam dan semestinya daging kambing.
Shahza Beriani baru sahaja dibuka di Seksyen 7 Shah Alam beberapa bulan yang lepas. Menurut pemiliknya En. Fakhrul, idea untuk membuka Restoran Shahza Beriani bermula selepas sekian lama bekerja di luar negara.
Oleh kerana makanan halal di luar negara sukar ditemui dan mahal harganya, beliau mengambil inisiatif untuk masak sendiri. Kerana minat memasak yang sangat mendalam, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Nasi Beriani Johor di Shah Alam.
Nasi Beriani Johor di Shahza Beriani Shah Alam

Shahza Beriani Shah Alam

Menu makanan di Shahza Beriani Shah Alam

Nasi Uduk Indonesia di Shahza Beriani Shah Alam

MenuMenu istimewa di sini adalah Nasi Beriani Kambing dan juga Nasi Uduk Indonesia.
  • Nasi Beriani Ayam Masak Merah RM10.80
  • Nasi Beriani Ayam RM10.80
  • Nasi Beriani Daging RM11.80
  • Nasi Beriani Kambing RM12.80
Betul ke sedap Nasi Beriani Kambing?Nasi Beriani Kambing di hidang bersama-sama gulai kambing, acar, papadom dan juga kuah dalca.
Teksturnya tidak berminyak kerana menggunakan beras yang terbaik. Kambingnya sangat lembut teksturnya begitu lembut dan seakan-akan mencair apabila dikunyah. En. Fakhrul menjelaskan yang daging kambingnya dimasak dalam pressure cooker.! Jadi, tiada istillah gigi tercabut semasa makan beriani kambing di sini ye.. gulai kambingnya juga tidak pedas.
Kesemua menu dihidangkan dalam saiz hidangan yang pasti membuatkan pengunjung berpuas hati.
Lebih membuat beriani ini istimewa adalah acar atau lebih dikenali sebagai jelatah. Rasanya yang manis bila dimakan bersama dengan nasi benar-benar menyelerakan.

Pelanggan juga harus mencuba hidangan istimewa yang berasal dari Indonesia iaitu Nasi Uduk. Nasi Uduk kelihatan seakan-akan sama macam Nasi Ayam Penyet. Menurut En. Fakhrul terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Nasi Uduk ayamnya di rebus dahulu sebelum digoreng. Bagi kami, sambalnya merupakan pelengkap kepada Nasi Uduk ini.
Oh ya! Pisang Goreng Cheese Coklat kini boleh didapati di Shah Alam. Bagi anda yang sudah lama mengidam Pisang Goreng Cheese boleh order di Shahza Beriani. Harganya semurag RM5.50 sepinggan
Pisang Goreng Cheese Shah Alam

Bagi anda yang meminati Nasi Beriani Johor, boleh singgah di Shahza Beriani seperti alamat dibawah:
Shahza Beriani
No. 16 Jalan Kristal K7/K, 40000 Shah Alam, Malaysia.
012-241 5711
[email protected]
Waktu operasi :
Isnin – Khamis  11:30 am – 10:30 pm
Jumaat – 11:30 am – 12:30 pm, 2:00 pm – 10:30 pm
Sabtu – 11:30 am – 10:30 pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:58 AM | Show all posts
Nasi baik haritu mak aku baru masak beriani.
Tapi nampak macam sedap la, tgh2 lapaq ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050403 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list