Baru-baru ni kami intai 1 kedai makan yang wajib dicuba kat Shah Alam ni. Tambah pula peminat-peminat ketam macam aku ni. Memang terkinja-kinja nak merasa.
Kami bertolak dari rumah agak lewat, sampai sana jam 10 malam kedai dah nak tutup rupanya. Sebab orang agak ramai kami ingatkan masih dibuka. Terus tiba main duduk je. Rupanya kedai dah nak tutup, menu banyak dah habis.
Bila disogokkan dengan ketam nipah, memang tak tolak punya lah. Kite dijemput ke kaunter pilih ketam dan udang yang ada, cari2 betina dah habis. Ada jantan je, ok je lah sebab sentap dengan sepit ketam nipah yang besauuuuu tuh!!
Mereka akan timbang dan kirakan tuk kita sekali berapa harga nak kene tambah harga mee ..hehehe..
ok in the budget!!
Tak lama tu nampak dah mereka tengah sediakan mangkuk2 kami..yeahhh!!! tak sabarrrrr wooo..
Sekali tiba, sempat snap2 sebab memang niat mencanak2 nak share tempat ni dengan korang2 kan. Harus la ada bukti gambar yang sahih & jelas sebelum terusik!!
Dah tiba tentula kene makan…sekali makan……..hmmmmmmmmmmmmmmm SEDAPPPPP WOOOOO!!! puas hati.. dah la makanan sedap, pekerja pun ramah. Walaupun kami sampai tepat kedai dah nak tutup tapi mereka tetap layan kami. Meh layan gambar..
mee kari ketam + ketam nipah
harganya mee RM4 + ketam nipah rm13.10 (RM5/100g)
mee kari udang galah
harganya mee RM4 + udang galah rm9.10 (RM7/100g) Ha….teruja la tuh tengok sepit mengancam. Walaupun camera aku cabuk tetap bersungguh nak ambik tang sepit tu..sengaja bagi korang terliur..hehehehe.
Memang terbaik lah…kami suka…
Total pembedalan ialah RM34.50 (termasuk air teh o ais 2)
Oh ye bagi tips sikit : kalau nak ketam banyak isi pilih la yang betina.
(kalau minat makan ketam tak tahu jantan betina…fail la tuh :-P…)
Mee Kari Ketam
No 11, Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,
40000 Shah Alam (belakang UNiSEL)
Waktu operasi:
Selasa-Ahad : 12:30tgh – 10:00pm
Jumaat : 5.00pm-10.00pm
Isnin CUTI
Hubungi : 019-2346388 (Usmah) , 0192496054 (Ubai)
myselera.com
|